BAB 10

Humor Completed 895

Aku bersandar lemah di sofa. Ah, baik sungguh hati Kak Zainab . Kenapa aku
salah faham? Sepatutnya aku berterima kasih padanya yang telah
menyatukan aku dan Abang Danish . Memanglah itu aturan takdir, tapi kalau
Kak Zainab tidak mengundurkan diri, sudah tentu peluang untukku sudah tiada.

“Terpulanglah pada Danish . Pergilah pujuk anak dara mama tu.” Akhirnya
mama mengalah. Kebenaran yang terungkap tidak boleh dikalahkan sama sekali.

“Dah dengar apa yang abang cakap tadi?” soal Abang Danish sambil mencapai
alat kawalan jauh. Matanya langsung tidak memandangku.

“Kalau abang reka cerita pun, Lenora bukan tahu. Sengajalah tu nak tipu
mama sebab tak nak mama membebel,” tempelakku.

Abang Danish mencebik. “Suka hati awaklah, Lenora . Saya malaslah nak
layan. Saya tak pandai pujuk orang. So, pujuklah diri sendiri.” Abang
Danish meleretkan suara.

“Tak romantik langsung!” Bantal kecil yang ada di atas sofa kulemparkan
tepat ke badan Abang Danish . Walaupun sasaranku mengena, Abang Danish buat
tidak tahu saja.

Abang Danish bangun. TV yang masih terpasang, ditutup. “Abang
mengantuklah, Lenora . Lenora tak rasa mengantuk ke? Kenapa abang rasa
mengantuk ni? Abang masuk bilik dululah, ya.” Selamba saja Abang Danish
meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

“Abang!” panggilku.

Abang Danish yang sudah masuk ke bilik, hanya menunjukkan wajahnya
padaku. “Ada apa, Lenora ? Abang mengantuk ni. Abang tidur dulu ya.”

“Abang! Tak payahlah mengada-ngada nak tidur. Temanlah Lenora .”

Dari ruang tamu, aku dengar Abang Danish ketawa. Nampak benar kalau dia
sengaja mahu mengenakanku. Sakitnya hati dikenakan seperti itu hanya
ALLAH yang tahu. Kalau tidak mengenangkan mama dan papa yang memberi
amaran supaya aku atau Abang Danish tidak berdua-duaan di dalam bilik,
mahu saja aku menerjah tempat beradunya itu.

“Lenora …” dalam tawa yang masih bersisa, Abang Danish memanggilku.
Suaranya sedikit serak. Mungkin kerana terlalu kuat ketawa.

“Apa?” sahutku acuh tidak acuh.

“I love you!”

Mendengar kata-kata Abang Danish itu, aku tersenyum sendiri.
Berbunga-bunga hatiku. Alangkah indahnya kata-kata azimat itu. Apatah
lagi apabila Abang Danish yang melafazkannya. Kalaulah aku tahu begini
rasanya saling mencintai, sudah lama aku meluahkan isi hatiku pada Abang
Danish .

Tapi, sudah begini jalan takdir kami berdua. Meskipun cinta kami
terlewat untuk disatukan, masih juga kami akan mengakhirkan hubungan
cinta ini dengan sebuah perkahwinan. Syukurnya aku hanya ALLAH yang
tahu. Sungguh, aku gembira.

Esok, lusa atau bila-bila, apapun yang terjadi, Abang Danish sudah ada di
sisi. Aku tidak mahu memikirkannya. Biarkan semuanya berlaku mengikut
ketentuan ALLAH. Aku tersenyum simpul. Rupa-rupanya jodohku hanya ada di
depan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience