BAB 1

Humor Completed 895

AKU menangis teresak-esak sambil memeluk erat baju melayu Abang Danish
yang akan dipakai pada majlis akad nikahnya. Sungguh, tidak kuduga
sebegini cepat masa berlalu. Rasanya baru semalam aku menangis apabila
mengetahui dia akan berkahwin. Hari-hari selepas itu pula, aku lalui
dengan penuh duka tersimpan di dalam hati. Esok! Tidak sampai 24 jam
lagi dia akan menamatkan zaman bujangnya. Sungguh, aku tidak dapat
menerima kenyataan itu.

“Lenora … dah siap ke iron baju tu?” soal mama yang tiba-tiba terjengul
di muka pintu.

Pantas aku menyapu air mata yang membasahi pipi dengan belakang tangan.
Tidak mahu sampai terkesan di mata mama.

“Sekejap ya, mama.” Aku bangun lalu mengambil seterika yang diletakkan
di dalam almari. Perlahan saja setiap langkahku.

“Lenora , cepatlah sikit. Dah pukul 2.00 pagi ni. Dah lewat sangat.
Lenora pun bila nak tidur, kalau tak siap lagi iron baju tu? Cepat
sikit. Lepas iron baju tu nanti, tidurlah. Berehat…”

Aku mengangguk-angguk. Kata-kata mama itu memang tidak ada salahnya.
Seharian ini, aku banyak melakukan kerja melebihi pengantin. Lalu, dalam
menahan sebak yang masih menggunung, aku menyeterika juga baju melayu
Abang Danish itu. Sesekali menitis juga air mataku di atas bajunya yang
berwarna putih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience