Bab 7 : Kim Namjoon

Fanfiction - KPOP Completed 2655

°Ding Dong°

Aku bangun dari katil dengan teramat lah malas. Baru pukul 8:00 pagi,siapa yang datang pagi² buta ni?

Aku membuka pintu dan melihat Yoongi. Muka dia nampak risau. Dia terus peluk aku lepastu membelek muka aku.

"Kau ok? Jin dah cerita semua kat aku. Aku patut tangguh je kerja aku semalam" kata Yoongi,terselit juga nada kesalnya.

"Aku ok,nasib Jin datang. Kalau tak aku rasa mungkin aku masuk hospital plak" kataku dengan nada bergurau. Yoongi melihat ke arah mukaku bagaikan nak makan aku.

Harh,takkan nak membebel plak.

"Kau fikir ni main² ke? Aku betul² risaukan kau skarang ni tapi boleh plak kau bergurau" katanya kemudian masuk ke dalam rumah.

Aku gurau nak suruh dia rilex skit,ni marah plak. Aku tak faham lah dengan abang aku sorang ni.

Dia duduk di sofa ruang tamu lalu mengeluarkan telefonnya. Aku hanya memandangnya,aku sendiri blur ape tujuan dia datang skarang ni.

Dia sedar yang aku tenung dia,dia melihatku.

"Kau dah kenapa? Taknak mandi ke?" dia tanya aku kemudian kembali bermain telefonnya.

"Mandi? Kenapa? Aku bukan nak kluar mane² pun. Yang kau datang rumah aku pesal?" aku tengah bengang skarang ni. Dia sendiri tahu aku ni spesis malas mandi.

Dia melihat ke arahku dengan mata bulat. Nampak muka dia terkejut,aku pun tak pasti.

"Kau ni anak dara apa malas mandi? Camne nak kahwin lepastu jadi bini and emak kepada anak² kau? Kau nak tunjuk sikap yang tak elok ni ke kat anak² kau nanti?"

Wow²,rilex arh. Ape ke jauh sangat sampai aku kahwin tu?? Dia sendiri yang belum kahwin,herhh suke² je nasihat orang. Dia ngan aku 2×2 je.

"Herhhh,aku muda lagi lah. Aku baru 21 tahun,kau tu 26 tahun bila nak kahwin?" Yoongi senyap bila aku balas. HAHAHA,rasakan.

"Takde jodoh" dia jawab dengan penuh tenang. Ewahhh,senang jawapan.

"Dah arh,gi mandi. Aku nak bawak kau pergi dekat Big Hit ni,takut aku nak tinggal kau sorang². Aku takut rumah ni terbakar nanti" katanya,mata dia plak tak lepas dari telefon.

"Ouh,cakaplah awal². Ish" aku terus pergi mengambil kain tuala tapi sebelum tu aku cari dulu ape tu Big Hit. Sebenarnya aku tak tau pebenda Big Hit tu.

Aku rasa nama restoran kot...

Aku search and rupe² nye tu syarikat yang buat BTS ni harh. Aku ingatkan restoran,dah lah aku tengah lapar skarang ni.

Tapi aku happy jugak sebenarnya sebab aku boleh jumpa...

KIM TAEHYUNG

Aku tersenyum sorang² kemudian aku eleng kepala aku. Aku memang dah pasti,100% aku memang dah suka dekat V.

Aku menampar diriku sendiri lalu masuk ke dalam bilik air.

---------------------
"Whoa" tu je perkataan yang keluar dari mulutku apabila melihat bangunan Big Hit. Serius,bapak besar wehh.

Aku mengikuti Yoongi,sampai di depan pintu masuk aku kena halang di security guard. Aku melihat Yoongi masuk meninggalkan aku yang kena block ni.

"Bagi kad yang puan menandakan puan dibenarkan masuk" kata security guard tu. Aku blur,dah aku nak bagi apa?

"Ermmm. Saya Min Yoonhe,adik kepada Min Yoongi. Takdi dia baru masuk,saya datang dengan dia lah takdi" kataku walaupun sedikit berdebar.

Camne kalau security guard ni tak percayakan aku? Arh,kesah ape? Aku ada nombor Yoongi boleh je call biar dia dengar sendiri.

"Walaupun puan cakap camtu,saya tak benarkan kerana ramai sangat skarang sasaeng yang menipu guna cara ni" katanya dengan tegas.

Ok,guna plan B lah jawapannya. Sejak bile aku ada plan B ni pun aku tak tahu.

"Saya boleh call Yoongi kalau encik tak percaya" aku mengeluarkan telefon aku. Malang tak berbau,telefon aku takde bateri.

Oh god~

"Puan,sila pergi" suka hati je dia usir aku.

"Tapi saya memang betul² adik Yoongi lah" kataku dengan bersungguh. Security guard tu tetap mengeleng kepalanya dan menolak ku suruh pergi.

Harh,ni yang buat aku nak marah ni.

"Encik! Saya memang adik Yoongi! Kenapa encik ni susah sangat nak percaya?!" aku dah mula menjerit ni. Ramai tengah tengok aku. Kesah ape aku.

Security guard tu bagaikan dah habis kesabaran. Dia tarik lenganku suruh pergi. Mane Yoongi ni woiii???

"Lepaskan dia,dia memang betul² adik Yoongi. Saya kenal dia" kata satu suara dari arah belakang. Aku dan security guard serentak berpaling.

"Ouh ok,maaf puan" security guard itu menunduk mintak maaf kepadaku. Kalau ikut aku nak je tarik telinga security guard tu,tapi takpelah. Buat contoh yang baik ok?

"Tak mengapa,bukan salah encik pun" ujarku dengan senyuman. Eceh,baikkan aku?

Aku melihat ke arah lelaki tu.

"Jom naik" ujar RM kepadaku. Aku sekadar menganggukkan kepala lalu masuk ke dalam bangunan itu.

Aku naik lift dengan dia. Yeah hanya kami berdua. Aku rasa akan ambik mase jugak ni duduk dalam lift sebab tingkat yang kena naik ialah tingkat 22.

"I'm so sorry" katanya tiba².

"Wae?"

"Pasal security takdi lah"

"Sokay"

"Awak ni baik lah,tak macam abang awak" katanya sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Hahaha,saya ni 2×2 je dengan dia" kataku sambil ketawa. Dia juga turut ketawa.

"Tak payah panggil awak saya lah,panggil aku kau je. Aku rasa sungguh janggal sebab panggil saya awak" kataku dengan senyuman.

"Ok" balasnya sepatah,dia juga membalas senyumanku. Haish,aku jelaous dengan dia...

KENAPA DIA ADA LESUNG PIPIT SEDANGKAN AKU TAKDE??!!

¤¤¤¤¤¤¤

Sampai di tingkat 22. Aku masuk ke dalam bilik ruangan BTS. Aku melihat Yoongi yang tengah tengok aku dengan jelingan maut.

"Kau pergi mane takdi harh?!" tanya Yoongi. Boleh plak dia tanya??

"Siapa yang tinggal adik dia sendiri dekat luar lepastu security guard block lansung tak ambik kesah" aku balas dengan penuh sindiran.

Yoongi nampak tengah berfikir sebentar sebelum dia tersengih².

"Aku nak gi tandas,byeee" Yoongi terus pecut kemudian hilang bagaikan Ninja Hatori.

"Nampak sangat dia yang salah" ujar RM kemudian semua orang ketawa termasuk aku. Kadang² lawak jugak abang aku ni.

Tiba² ada orang peluk aku. Jujur weh,aku rasa cam jantung aku nak tercabut je. Terkejut weh,dah lah besar.

"Lama tak jumpa" kata V yang masih lagi peluk aku. Lama? Ok anggap je lah lama ye.

"You miss me?" tanyaku dengan nada bergurau tapi tetap membalas pelukannya.

"Ofc" balasnya. Aku melihat dia dan dia melihatku. Dia memang betul² tengok dalam mata aku,aku pun sama.

Aku dapat rasa yang jawapan 'ofc' dia tu ada double meaning. Aku dapat rasakan yang dia cuba sampaikan benda lain tapi tak boleh cakap.

Tiber...

"Syalala la la la la la~"

Semua member BTS(kecuali V) menyanyi 'syalala' tu. Kemudian baru lah aku sedar yang aku dan dia dah lama berpelukan.

V dan aku meleraikan pelukan. Dia menggosok belakang tekaknya manakala aku pula menggosok tanganku. Serius,aku malu skarang. Suasana dah jadi hening.

"Aku nak pergi beli makanan skejap" kata Yoongi untuk menamatkan suasana yang sungguh hening ini.

"Aku nak ramen!" jerit V tiba². Aku rasa V ni memang suka jerit.

"Herh,ramen buat sendiri. Btw,korang nak ape?" V mencebik apabila Yoongi cakap camtu.

"Aku nak jjamjjamyeon(Ntah betul tak aku eja lantak arh)" kataku.

"Kiteorang pun nak jjamjjamyeon jugak" kata RM wakil member BTS yang tak jawab lagi.

Yoongi mengangguk kemudian dia pun pergi. V baru nak ajak aku berbual,tapi aku ternampak beg duit Yoongi atas meja.

"Jap" ujarku lalu mengambil beg duit Yoongi dan pergi menaiki lift. Aku dengar V panggil nama aku tapi aku buat tak endah je. Ni bukan drama lahhh.

Aku keluar dari bangunan Big Hit tapi aku tak nampak Yoongi. Cepat kebenor dia jalan. Tapi kan,aku rasa bukan dia yang cepat jalan,aku baru turun dari tingkat 22 woiii.

Tiba² ada orang menjerit.

"AWAS!!!"

Aku berpaling ke arah kanan. Aku melihat ada kereta hitam yang datang laju ke arahku. Takkan lah sekali lagi???

Serious,kali ni memang aku panik gila² sebab kereta ni bapak laju. Aku akan merima takdir yang aku akan tidur skali lagi di hospital tapi mungkin ada sedikit kesakitan lah.

Tiba² ada orang tarik aku dari arah belakang. Dia memeluk aku. Aku melihat kereta itu pergi jauh,memang nampak sangat tu sasaeng yang nak langgar aku.

"Are you ok?" tanya suara yang memeluk aku. Aku cam kenal suara ni. Aku menganggkat muka dan betul lah siapa yang aku teka.

"I'm ok,thanks RM" aku senyum kepada RM. RM melepaskan pelukan tapi tiba² aku jatuh. Dah pehal dengan aku ni?

"Are you sure are you ok?" tanya RM risau.

Aku mengeleng dan aku mengangguk. Aku sendiri tak tahu aku ok ke tak. Aku takde rase aku kena langgar ke ape,tapi aku tak dapat rasa kaki aku.

RM mendukung ku lalu membawa aku masuk kembali ke dalam bangunan. Dia meminta tolong seorang staff untuk menolongnya menekan butang lift.

Nasib bilik rawatan di tingkat 8 je,kalau tak kesian RM. Aku dan dia masuk ke dalam bilik rawatan dan dia meletakkan aku di atas katil.

Seorang dokter datang memeriksa aku. Aku bukannya fokus dengan keadaan aku skarang,aku tengah teringat detik² yang mencemaskan takdi lepastu RM tarik aku untuk selamatkan aku.

Agak² cam dalam drama tak???

"Dia ok,mungkin dia sedikit terkejut. Tak perlu risau,nanti dia boleh berjalan seperti biasa" kata dokter tu kepada aku dan RM.

"Ok,thank you" ujar RM dengan senyuman. Dokter tu juga membalas senyuman RM. Aku pelik,camne dokter tu boleh tak pengsan sedangkan aku kat sini hampir pengsan.

Dokter tu keluar. Keadaan menjadi hening. Aku tak tahu nak bual ape dengan dia.

"Aku akan call Yoongi,kau berehat lah ye" katanta dengan senyuman kemudian keluar. Dia ni senyum je slalu,haishhh.

Dan kemudian,aku pun termenung masih mengingati peristiwa takdi dan kemudian aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience