Bab 4 : Kemalangan

Fanfiction - KPOP Completed 2655

Aku bangun dari tidur,terus tengok jam. Baru pukul 8:00. Aku mengambil phone aku,penuh dengan pesan Yoongi.

Oppa Swag:
Aku xleh datang harini,sorry sangat² sebab aku x tau plak ada jadual harini. Btw,kau lapar x?Kalau lapar pergi lah beli makanan. Aku belanja kau harini,kau pergi dalam bilik aku,ambil duit dalam laci yang kedua. Ambil lah berapa kau nk,asalkan x lebih RM20. Makanan ape yang lebih RM20??Kali ni je herh aku belanja,jaga diri elok². Aku balik malam ni.

Wow,aku tak tau nak rase ape skarang. Dia ni cam prihatin ke aku tp cam tak ikhlas je. Harh,dia dah belanja,bukan slalu dia belanja ni.

Aku turun ke bawah,tiada sesiapa. Aku mencari di dapur,mana tau nanti buat suprise ke cam semalam.

Aku menjenguk ke dapur,tiada orang.

Aku mengeluh,aku pergi ke dalam bilik aku semula and ambil tuala untuk mandi. Selepas mandi,aku pun bersiap² nak pergi beli.

Aku masuk je dalam bilik Yoongi. Semua barang and perabot dia hitam putih je. Aku melihat semua rak² dalam bilik.

Weh,ada 5 rak dalam bilik dia. Takkan aku nak periksa satu²?Camne kalau aku jumpa sesuatu yang tidak diingini?

Aku membuka rak laci yang berwarna hitam,nasib terus jumpa. Kalau jumpa benda pelik² camne?

Aku mengelengkan kepala dan terus keluar dari bilik Yoongi. Bahaya duduk dalam bilik tu lama².

Tengok tuan bilik tu camne

Aku mengunci pintu rumahku dan keluar berjalan kaki. Kereta ada,tapi malas nak start enjin. Lagipun aku takut kedai tu takde parking.

Sesampainya di sana,aku pun memesan makanan. Sambil menunggu,aku membuka phone aku. Tiba² aku ketawa sendirian,orang ramai dah mula memandangku pelik.

Kenapa aku ketawa?

Dalam phone aku ada apps Foodpanda,so hermmm faham² je lah.

Aku memeriksa instagram,semua tentang Yoongi heret aku naik kereta semalam. Macam² komen positif and negetif ada.

"Tu awek Yoongi ke?"

"Tak mungkin awek Yoongi,kenapa cam tarik paksa?"

"Wahai ARMY,mari lah kita fikir positif yang ni kawan dia"

"Maybe adik dia kot,tengok sama² swag je nampak dua orang ni"

"Yoongi ada adik?"

"Sebab sama² swag lah aku fikir ni kekasih dia,pasangan cocok lah namakan"

"Aku akan cari budak ni"

Terkejut aku bila baca komen yang bawah skali. Jangan macam² herh,aku ada kat kedai ni. Aku memandang ke kiri dan ke kana,takde sape kat aku kecuali ada satu pasangan tengah makan.

Aku menutup phone aku,malas aku baca. Smakin baca nanti ada yang smakin negetif.

Aku mengeluh berat,aku memandang pasangan tu tengah makan. Tiba aku terbayang wajah semua member BTS tengah makan dengan aku.

Arhh,7 jejaka kacak tengah makan dengan aku. Patut lah fans² BTS ni nak sangat dekat dengan dieorang.

Aku tengah bayang V tengah suap makanan kat aku.

Aku tersengih sorang²,terus berhenti khayalan aku bila aku sedar yang mungkin aku...

"Kimchi siap!!!"

Aku lantas bangun dan pergi dekat kaunter. Aku membayar dan terus keluar dari kedai,terus aku teringat komen takdi.

Maybe dia just cakap camtu sebab marah je kot,dia takkan buat apa² kan?

"AWAK HATI²!!!"

Aku terdengar jeritan di belakang dan aku terus berpaling. Aku tak tau nak buat apa skarang,ada sebuah kereta sedang laju datang ke arah aku.

Aku tak boleh fikir apa² skarang,yang aku fikir skarang lompat tepi. Aku pun buat apa yang aku fikir. Sedikit terlambat.

Badan aku terkena sedikit kereta tu,nasib kepala aku tak kena apa².Aku tak rasa apa² skarang,aku hanya rasa ada cecair pekat kat badan aku.

Aku hanya serah kepada takdir. Aku tak tau nak nangis ke ape skarang. Orang ramai mula mendekati aku dan menelefon ambulans.

"Yoongi"

----------------
Yoongi POV

Aku yang tengah berolahraga ni tiba² rasa cam tak sedap hati. Pesal herh aku rasa camni?

Aku duduk sebentar,aku rasa cam ada sesuatu yang buruk dah berlaku. Aku teringat Yoonhe kat rumah. Aku berpeluh tak tentu pasal.

"Suga,kau ok?" aku mengangkat muka dan melihat Jin yang nampak risau tengok aku skarang.

"Aku tak tau,tiba² rasa cam tak sedap hati" balasku yang tengah lagi berfikir tentang Yoonhe skarang.

Sebenarnya aku dah tengok dalam media sosial yang tentang gambar aku dan Yoonhe,aku takut jadi apa². Jujur,aku takut dengan sasaeng sebenarnya.

"Hyung!Phone kau berbunyi" kata RM sambil memberikan phone kat aku.

Nombor tak dikenali

Arh,skarang aku rasa smakin tak sedap hati

"Iye hello,siapa ni?"

"Ni dokter dari Hospital Seoul,ni Min Yoongi abang Min Yoonhe ke?"

"Ha ah,kenapa?"

"Min Yoonhe terlibat dalam kemalangan,tolong hadir segera sebagai penjaganya"

Telefon ku hampir jatuh dari genggamanku,muka aku dah pucat.

"Baiklah,saya datang segera" balasku dan menutup telefon dan terus mengambil jaket.

"Hyung,kenapa?" tanya RM yang naik panik juga bila melihat Yoongi panik.

"Yoonhe,dia terlibat dalam kemalangan" balasku dengan panik.

Semua terkejut,lagi² Taehyung.

"Aku ikut hyung" kata Taehyung dengan panik jugak.

Aku menggaguk tanda setuju. Dia pergi mengambil jaket juga dan naik kereta bersamaku.

Haih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience