Bab 16 : Masalah Ape Plak Skarang?

Fanfiction - KPOP Completed 2655

Hari kedua konsert aku malas nak pergi. Aku hanya duduk di dalam bilik sambil membuat video call dengan Sanhae.

Aku berbual beberapa perkara tentang dia. Makanan yang sedap,barang make-up yang perlu dibeli dan barang² berjenama yang baru keluar.

Aku dan Sanhae juga turut bercakap tentang BTS. Dia juga tanya aku ok ke tak. Auch,dia kawan yang baik kan?

Aku sekadar mengatakan 'iya' dan bertanya tentang abangnya,Choi San.

"Weh abang aku smakin sibuk arh. Dia dah tak layan aku cam dulu" ujar Sanhae sedih.

"Alah rilex arh dho. Aku pun sentiasa diabaikan oleh abang aku" kataku selamba. Aku dah biasa diabaikan oleh Yoongi masa dia baru nak up dulu.

"Kau best arh,abang kau sibuk² pun tetap ada dengan kau skarang kan? Abang aku dah 2 minggu tak call aku" ujar Sanhae yang masih sedih.

"Haha,tapi aku tetap menderita skit tentang..." aku mengeluh sedikit. Sanhae sedar tentang hal itu dan dia terus ubah topik.

"Eh dho,aku lupa nak bagitau. Aku dah putus dengan kekasih aku" ujar Sanhae selamba. Membulat mata aku.

"ARE YOU SERIOUS?" tanyaku tak percaya.

"Iye²,takyah arh menjerit" ujar Sanhae dengan muka anoying.

Aku pun ape lagi. Mencarut arh dekat kekasih dia tu sebab alasan putus ialah sebab Sanhae suka pakai minyak wangi yang tak sesuai dengan taste dia.

Tiba² aku terdengar seseorang mengetuk pintu bilikku. Aku dan Sanhae melihat sesama sendiri dulu sebelum aku perlahan² mengintai dari lubang pintu.

Aku dah mula panik bila aku melihat tiga orang perempuan sedang tunggu di depan pintu bilikku. Aku sah dieorang ialah sasaeng.

Aku segera pergi berlari ke arah telefonku yang masih lagi belum end call dengan Sanhae.

"Wae²?" tanya Sanhae cemas bila dia nampak aku cemas.

"Help me Sanhae! Ada sasaeng depan bilik aku" kataku yang takut dan masih berbisik. Sanhae turut cemas.

"Kau call salah satu staff yang kau kenal" ujar Sanhae.

"Takde" jawabku yang hampir terkencing dalam seluar.

"Dah tu? BTS takkan lah tak habis lagi konsert maseni?" tanya Sanhae.

"Takkk,pukul 11 konsert selesai" ujarku lalu melihat jam yang menunjukkan baru pukul 10:15 malam.

Aku mendengar pintu diketuk kali kedua dan kedengaran agak kuat.

"Kau buka pintu!" ujar salah seorang dari perempuan itu di luar.

"Sanhae! Help me!" ujarku yang panik. Sangat panik,lebih panik dari yang aku nak kena langgar kereta haritu.

Masa nak kena langgar haritu ada lah jugak orang tengok aku and tolong aku,but now? Tiada siapa akan tolong aku. Aku takut dibunuh dan mayat aku dieorang buang dalam sungai ke ape ke.

"Yoonhe²! Calm down! Aku tahu camne nak buat" ujar Sanhae. Aku mendengar cadangannya.

"Kau pasti boleh berjaya?" tanyaku yang kurang pasti. Sanhae mengangguk yakin.

Beberapa minit kemudian...

Tiga orang perempuan itu menempuh masuk ke dalam bilikku. Mereka melihat sekeliling bilikku. Mereka memeriksa semua ruang.

Bilik air,almari dan apabila mereka sampai di luar jendela...

"Please!" ucapku perlahan sebelum...

Mereka bertiga terkejut melihat sesuatu yang terjun dari jendela. Mereka segera memandang ke bawah dan melihat satu tubuh badan dan telefon di sebelah tubuh itu.

"Harh bagus! Kan senang bunuh diri awal²! Takyah menyusahkan aku bunuh kau!" ujar salah seorang perempuan itu.

Mereka bertiga segera turun ke bawah dan melihat mayat itu.

--------------------------
*YOONGI POV

Aku tiba² rasa tak sedap hati. Aku melihat semua member tengah happy skarang.

Aku cuba sedaya untuk senyum tapi rasa tak sedap hati ni terus menerus. Aku teringat Yoonhe yang berada di hotel. Itu membuatkan aku lebih rasa tak sedap hati.

Masa yang slalu terasa skejap bagaikan lama berjalan. Apabila selesai konsert,aku terus ke belakang stage.

"Hyung" panggil RM dari belakang.

"Herm?"

"Wae? Aku nampak hyung dari takdi muram" ujar RM risau.

"Aku rasa tak sedap hati" ujarku yang masih lagi tak sedap hati.

"Aku pun rasa tak sedap hati" ujar V dari mana datang.

Aku dan V saling bertatapan.

"Yoonhe" sebutku dan V.

"Jom kita bincang kat dalam dulu ape jadi" ujar RM kemudian membawa aku dan V masuk ke dalam ruang rehat.

"Arh,V dan Yoongi hyung kenapa?" tanya Jungkook.

"Aku rasa cam ada something yang berlaku dekat Yoonhe" ujarku. Bila difikirkan lagi,smakin risau.

Belum sempat member lain nak membuka mulut,salah satu manager BTS masuk ke dalam bilik itu.

"Ada kejadian takdi dekat hotel. Ada sasaeng pecah masuk bilik Yoonhe" ujar manager dengan mendatar.

"No no no,lepastu apa jadi?" tanyaku. Aku dah mula nak jadi emosional ni. Kalau jadi apa² kat Yoonhe,siap arh sasaeng tu.

"Yoonhe tak dijumpai..." belum sempat manager mahu menghambiskan ayatnya,aku memotong.

"LEPASTU?!" tanyaku yang meninggikan suara. Semua member BTS,staff dan manager juga terkejut.

"Sabar Yoongi,kita dengar dulu" ujar Jin menggosok belakangku. Aku menarik nafas dalam² dan menenangkan diriku.

"Lepastu apa jadi?" tanyaku apabila kembali tenang.

Belum sempat manager membuka mulut,tiba² ada seseorang memanggilku.

"YOONGI OPPA!"

"Yoonhe?!" aku terkejut melihat Yoonhe yang tidak memakai kasut atau selipar ape pun. Nampak muka dia dah bengkak sebab menangis.

Yoonhe berlari ke arah ku lalu memelukku. Aku segera memeluknya kembali walaupun masih banyak tanda tanya dalam fikiranku skarang.

Semua memandang kami berpelukan. Abaikan,asalkan Yoonhe selamat skarang.

*END YOONGI POV

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience