Bab 11 : Jeon Jungkook

Fanfiction - KPOP Completed 2655

"Woi"

Aku terus terbangun dari tidur apabila aku terdengar satu suara. Aku melihat Yoongi di sebelah aku. Aku menarik nafas lega,ingatkan siapa lah.

"Pehal dho pagi² memekak?" tanyaku sambil menggeliat.

Aku terdengar Yoongi tengah ketawa. Dah kenapa dia ni sorang?

"Pesal?" tanyaku hairan.

"Pagi buta? Kau pasti?" kata Yoongi yang masih lagi ketawa. Apa yang lawak sangat sebenarnya ni?

Dia menunjuk ke arah jam. Aku pun melihat jam kemudian baru lah aku tahu kenapa dia ketawa. Rupanya² dia ketawa sindir ya bukan ketawa sebab lawak.

"Harh,anak dara apa bangun pukul 3:00 petang ni?" tanya Yoongi sindir. Aku sekadar tersengih² seperti kerang busuk.

"Hehehe,sorry" kataku yang masih lagi tersengih tahan malu. Betul gak ape yang dia cakap,mana ada anak dara bangun pukul 3:00 petang?

"Dah arh,kau pergi mandi and then kau kemas semua barang kau" kata Yoongi yang membuatkan aku blur.

"Wait,what? Kemas barang? Nak pergi mana?" tanyaku hairan.

"Aku kena pergi ke LA" kata Yoongi selamba. Membulat mata aku.

Serius arh weh? Aku memang nak pergi sangat LA.

"But,why?" tanyaku hairan.

Haish,aku dari takdi duk hairan².

"BTS buat promosi dekat sana" katanya. Skarang aku baru faham. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"Dah pergi mandi. Aku taknak tinggal kau sorang² dekat sini. Apa jadi lah kat kau nanti. Lagipun aku tahu kau nak sangat pergi LA kan?" Yoongi memandangku dengan senyuman.

Aku mengangguk dengan laju. Dia sekadar senyum dan menggosok kepalaku.

"Dah,pukul 8:00 malam nanti bertolak. So kena siap awal² ye. Bawak segala keperluan sebab mungkin akan duduk di sane selama seminggu. Kalau kau tak bawak barang perempuan jangan mintak dengan BTS" kata Yoongi sambil senyum.

Aku rasa cam ayat akhir skali tu cam sindir arh. Tapi aku hanya mengangguk. Malas nak gaduh,taknak stress² sebab nanti aku akan ke LA!!!

Yoongi kemudiannya keluar dari bilik aku. Aku segera mencapai kain tuala aku dan mandi.

-------------------
•Pukul 7:00 petang di bangunan Big Hit.

Aku turun mengikuti Yoongi. Kalini Yoongi memegang tanganku. Taknak lah kejadian haritu berulang kembali.

Apabila aku mahu masuk,aku ternampam security guard haritu. Dia memandangku dan hanya senyum dan tunduk. Aku membalas senyumannya.

Aku tak simpan dendam kat dia. Tak baik kan?

Aku dan Yoongi masuk ke dalam lift.

--------------------
Aku dan Yoongi masuk ke dalam ruangan BTS. Aku melihat semuanya dah ada di situ.

"Heyyo!! Jarang kau datang lewat ni" ujar Jin sambil menepuk bahu Yoongi.

"Herph,M.A.S.A.L.A.H P.E.R.E.M.P.U.A.N" kata Yoongi sambil menyebut satu persatu. Aku tahu dia sedang sindir aku ni.

×××××××××××
°Flashback

"Weh cepatlah,dah nak pukul 7:00 ni. Aku dah cakapkan bersiap awal²? Kalau tak skarang ni kita dah lama ada dekat sane tau?" kata Yoongi sambil melihat ke arah jam tangannya yang menunjukkan pukul 6:30 petang.

"Iyer²,sabar" kataku sambil mencari pencuci muka dan ubat gigi baharu. Mana plak nih? Aku rasa aku dah beli haritu.

"Cari apa lagi?" Yoongi tiba² datang dari arah belakangku yang membuatkan aku terkejut.

"Abang,aku tak jumpa ubat gigi and pencuci muka aku" kataku cemas.

"Elah kau,haish jom pergi beli je lah" Yoongi menarik tanganku.

-Selesai membeli-

"Kau ni takdi aku dah bagi masa 3 jam kat kau but kau still lewat. Kau ni sambung tidur balik ke lepas aku pergi tu?" tanya Yoongi sambil membawa kereta dengan laju.

"Ehhh,tak. Kau ni bukan faham perempuan sebab kau tu lelaki. Ni MASALAH PEREMPUAN ye" kataku sindir.

Yoongi sekadar menjelingkan matanya dan teruskan pemanduan.

×××××××××××
Aku sedakar tersengih.

Tiba² ada orang peluk aku dari belakang. Aku dah boleh agak walaupun aku tak tengok muka.

Aku baru nak sebut namanya tapi apabila aku melihat ke hadapan,bukan dia.

Aik? Ni bukan V? Dah tu ni siapa?

"Alah,kalau V awak peluk balik. Kalau saya awak tak bagi respons pun" bulat mata aku bila aku dengar suara ni.

"Chimmy?" aku melihat ke arah belakang dan betul tu Jimin. Dia senyum ke arahku dengan 'eyes smile'nya itu.

"Arh sorry,saya tak tau yang awak peluk saya" ujarku kemudian aku peluk Jimin. Dia senyum dan kemudian dia membalas pelukanku.

Aku terpandang V yang melihat aku dan Jimin berpeluk dengan muka marah. Jangan cakap dia jealous?

Aku dan Jimin meleraikan pelukan. Aku sekadar senyum ke Jimin dan Jimin pula senyum ke aku.

"Saya nak gi tegur V jap" kataku. Jimin hanya mengangguk dan dia pergi.

Aku mendekati V yang sedang main telefon. Aku duduk di sebelahnya tapi dia buat² tak tahu. Aku menatapnya but dia still main telefonnya.

"V" panggilku. Dia lansung tak berpaling.

Wah,palau itu sakit.

"V" aku memegang lengannya. Dia still tak layan aku. Haish kurang kesabaran gue.

"Dah arh" aku malas nak pujuk² orang ni sebab biasa orang yang pujuk aku. Aku pun pergi meninggalkan V sorang² di situ.

Aku join RM,Jhope,Jin dan Jungkook yang tengah rancak bersembang tu.

"Hey oppa²ku yang handsome sekalian" ujarku lalu duduk di sebelah Jungkook.

"Hey princess" ujar Jungkook yang membuatkan aku tiba² malu. Pehal Jungkook ni? Kan tak pasal² nanti muka aku merah.

"Weh,kenapa kau tinggal Taehyung sorang² kat sane?" tanya Jhope yang membuatkan aku menjeling ke arah V.

"Entah dia pesal palau aku" kataku dengan marah. Eeeii,geram aku nak mengamuk. Semalam bukan kemain cam dalam drama.

"Dia jealous kot" kata RM tiba² yang membuatkan semua terkejut.

"Why dia jealous herh?" tanyaku.

"Alah,takkan kau tak tau yang auch" RM mendengus kesakitan apabila Jin mencubitnya. Jhope,Jin dan Jungkook mebulatkan mata mereka. Alah,cakap melalui mata plak.

Walaupun ayat RM tak habis tapi aku dah tahu apa jawapannya. Saje nak tengok V ni dah bagitahu ke orang lain tentang semalam.

"Dah pukul 7:15,mari kita bertolak ke lapangan terbang skarang" ujar seseorang. Aku mrlihat ke arahnya.

Dia memakai kaca mata. Tinggi tu tinggi lah dari abang aku. Sedikit tua but yeah ok.

Aku pergi mengambil begku. Tiba² aku bertentang mata dengan V. V menatapku seperti semalam tapi aku palau dia. Padan muka.

"Chimmy,jom!" kataku sambil memegang lengan Jimin. Macam pasangan kekasih kan?

Jimin sekadar senyum dan mengangguk. Dia biar ke aku pegang lengan dia. Haish,nasib dia tak marah. Risau gak takut² dia marah aku kan.

Aku dan Jimin naik kereta yang sama.

"Chimmy,boleh tak tutup semua tingkap? Saya takutlah kalau ada sasaeng lempar batu or kejar kita ke" kataku manja. Saje je nk test Jimin ni penyabar tak.

Jimin senyum kemudian dia menutup tingkap tanpa membunyikan suaranya.

Whoa

Aku sendiri terkejut. Kalau aku suruh abang aku,jangan harap arh weh nak buat semua ni. Kalau terpaksa sangat pun dia membebel aku dulu baru tutup.

Jimin membuka telefonnya. Aku taknak lah tengok dia main ape dalam telefon dia tu. Privasi dia kan?

Aku membuka telefonku. Membulat mataku apabila aku melihat ig penuh dengan gambar² aku bersama BTS dan komen² negetif.

"Arh,ni dah melampau"

"Kenapa BTS still lindungi sampah ni?"

"Sebab dia skarang sasaeng serang BTS"

"Oh god,bila budak ni nak mampos syial?"

"Budak pembawa malang!"

Aku menutup telefonku dan cepat² masukannya dalam poket. Aku dah malas nk scroll lagi,smakin baca smakin sakit.

Aku menutup mata sebelum aku mengeluh panjang. Beratnya rasa beban ni. Tiba² aku merasa seseorang menggenggam tanganku.

"Yoonhe,tak perlu fikir sangat pasal benda tu ok?" kata Chimmy yang membuatkan aku mahu menangis sekali lagi.

Jimin sedar yang aku mahu menangis. Jimin meletakkan kepalaku di dadanya. Aku cuba kawal emosiku.

"Thanks" ujarku tahan nangis.

"Your are welcome" balas Jimin.

"Ehem? Kau dua orang ni tengah bercinta or what?" tiba² kedengaran suara dari sebelah kiriku.

Ouh lupa,Yoongi pun naik kereta skali dengan aku dan Jimin. Aku dan Jimin hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Eh,mana ada" kataku dan Jimin serentak.

-----------------
•7:50 petang di airport

Aku,Jimin dan Yoongi turun dari kereta. Penuh dengan wartawan dan para ARMY sekalian. Aku dan Jimin pula tak berpegangan tangan takut nanti orang salah fikir.

Sebenarnya Jimin menawarkan kalau mahu pegang tangannya tapi aku menolak.

Aku cuba mengikut mereka dalam lautan manusia. Tapi aku mula kehilangan mereka apabila semua manusia di sini macam halang aku dari ikut member BTS yang lain.

Aku tiba² ditarik dan jatuh. Arh sudah,aku rasa tiada siapa akan selamatkan aku sebab semua member BTS dah pergi depan.

Staff² ada nampak aku tak? Aku rasa kalau dieorang nampak aku pun mesti fikir aku ni salah satu dari ARMY sebab pakaian aku nak dekat sama cam ARMY.

Aku rasa betul sangkaan aku. ARMY² ni taknak bagi aku pergi bersama BTS. Wartawan dan ARMY semakin ramai yang membuatkan aku mula sesak nafas.

Aku takleh bangun skarang sebab bila aku nak bangun macam ada orang tolak aku balik untuk duduk.

Aku cuba banyak kali tapi aku rasa bahu dan punggungku dah rasa sakit. Lebih² lagi bahagian punggung sebab selalu jatuh. Bahu pula aku rasa ada orang tolak aku kot.

Tiba² ada seseorang menarik lenganku kasar. Aku serah kepada takdir kalau dia ada nak buat apa² kat aku sebab aku rasa BTS dan staff lain dah pergi kot.

Tapi lain aku bayangkan,aku ditarik oleh seorang lelaki.

"Tolong jangan seperti ini" ujar lelaki itu dengan suara yang tegas.

Semua ARMY dan wartawan terkaku apabila lelaki itu berkata begitu. Aku memberanikan diri untuk melihat wajah lelaki itu.

Jungkook?

Wait,it is real Jungkook?

Aku terkejut bila aku lihat Jungkook. Serius,skarang Jungkook nampak lain dari masa first time aku jumpa dia.

Masa first time aku jumpa dia,muka dia cam arnab cute je. Skarang nampak gentleman. Dan baru lah aku sedar yang badan Jungkook sasa ya.

"Tolong beri laluan kepada kami" ujar Jungkook lagi kemudian dia memegang bahuku untuk pergi bersamanya.

Ramai security guard menghalangi ARMY² daripada mencedarakan ku dan Jungkook. Tapi aku rasa ARMY ni nak mencederakan aku sebenarnya.

Aku melihat Jungkook sanggup diraba(Eheks) semata² mahu melindungiku. Aku tengah terharu ni.

Sampai di dalam kapal terbang,semua memandangku dan Jungkook dengan muka pucat.

"Jungkook! Yoonhe! Korang berdua ok? tanya RM risau.

"Ada arh sakit skit bahu and punggung but sokay. Aku rasa tak teruk sangat" kataku. Kalau lah tak sakit aku takkan cakap tapi masalahnya sakit woiii. Nak nangis pun ada rasa.

"Haih,lain kali pegang tangan aku je" kata Yoongi yang paling nampak muka pucatnya. Aku pergi memeluknya nak suruh dia hilang skit bimbang tu.

"Sokay,nasib Jungkook ada takdi" ujarku dengan senyuman.

"Haish budak ni. Btw,thank you kook" ujar Yoongi kemudian dia pergi duduk. Aku mengikutnya dan pergi duduk di sebelahnya.

"No problem hyung!" ujar Jungkook dengan tersenyum yang comel.

Eih,budak ni ada dua karakter ke ape?

Aku cuba melelapkan diriku tapi masih ingat hal takdi. Aku paling ingat perkataan yang Jungkook sebut takdi.

"Tolong jangan seperti ini"

Aku tersenyum sorang² apabila teringat Jungkook berkata begitu dengan penuh gentleman.

Share this novel

Mohd Rosnan
2020-06-10 20:31:47 

syok la citer ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience