Bab 18 : 2 Kali Terkejut

Fanfiction - KPOP Completed 2655

Aku bangun tidur keesokan harinya. Aku memandang ke sebelah kiriku. Yoongi dah takde. Maybe dah pergi practice kot.

Aku bangun,kemudian memutarkan lagu 'Fire' supaya tidak kesunyian. Aku menari di part depan lagu 'Fire'. Apabila bahagian rap Yoongi,tiba²...

Da mansinchangiro chwihaesseo chwihaesseo
Mak yokhae gireseo gireseo
Na masi gassji michinnom gatji
Da eongmangjinchang livin’ like beep

Eh?

Aku melihat Yoongi keluar dari bilik air dengan senyuman. Aku memandangnya malu,mungkin dia dah tengok aku menari.

Tapi ada alasan lain yang buat aku malu...

"Oppa,pakai baju tu please" ujarku lantas menutup muka. Yoongi hanya memakai kain tuala di paras pinggang. Dia hanya senyum.

"Wae? Malu?" tanya Yoongi mendekat. Aku mengundur ke belakang beberapa tapak.

Aku mengundur dan mengundur,akhirnya jumpa dinding. Yoongi mendekati mukanya ke mukaku lalu mencium bibirku.

Wait,whutttttttt

Dia lambat² menjauh mukanya dariku dan senyum. Dia mengambil pakaiannya dan pergi ke dalam bilik air. Selesai dia memakai baju,dia terus pergi.

Aku masih lagi tercegat. Apakah? Aku bermimpi?

Bunyi telefon berhentikan lamunanku. Aku mengambil dan melihat tertera nama Sanhae di telefon.

Aku segera mengangkat dan menceritakan apa yang terjadi. Mula² dia senyap lepastu dia cam takut nak cakap.

"Oh camtu... Maybe Yoongi tengah mabuk kot" ujar Sanhae cam tak yakin.

"Kau ada something ke dengan Yoongi?" tanya aku curiga. Sanhae macam sembunyikan sesuatu dari aku.

"Takde" balasnya perlahan. Aku menghela nafas. Aku kenal sangat perangai Sanhae ni,taknak cerita ape² kat orang.

"Takpe arh,aku pergi dulu" ujarku sebelum mengeluh panjang. Aku meraup mukaku kasar. Aku mengambil tuala terus ke bilik air untuk mandi.

Selesai mandi,telefonku berdering.

'Yoongi oppa'

Aku takut nak angkat,jadi aku biarkannya. Tapi 3 kali ia berdering dan akhirnya aku angkat dengan ragu².

"Oppa?"

"Kau tak siap lagi ke mandi? Or kau sambung tidur balik?" tanya Yoongi. Ok,dia dah jadi diri dia balik.

"Taklah mana ade. Wae?" tanyaku.

"Eh,boleh kau tanya kenapa. BTS dah nak gerak ni" ujar Yoongi yang membuatkan aku mengangguk.

"Oh lah,aku ikut?" tanyaku ketawa kekok.

"Eh,tak. Kau tak ikut" ujar Yoongi menyindir. Aku sekadar ketawa geram. Perangai dia ni betul ke tak?

"Dalam masa 5 minit aku turun" ujarku lalu menutup telefon. Aku malas nak marah pagi² buta ni.

Aku bersiap dan pergi turun ke bawah.

Sampai di tingkat paling bawah,aku rasa cam nak kencing. Aku pun pergi cari tandas.

Sampai di kawasan tandas,aku melihat seorang lelaki tengah bercakap telefon. Aku nak abaikan dan terus berjalan,tapi langkah ku berhenti apabila melihat itu Yoongi.

Bapak kuat suara telefon. Sampai orang suara yang dalam tu pun aku boleh dengar. Tapi,suara ni macam familiar arh.

"Pehal kau gi cium dia b*do?" tanya suara dalam telefon itu.

"Aku,takleh kawal nafsu" ujar Yoongi sedih.

"Kau cium dia,camne nanti kalau dia tau yang kau bukan abang kandung dia?" tanya suara dalam telefon tu lagi.

Aku terkejut tapi segera menutup mulutku. Aku taknak keluarkan suara sebelum dia habis bercakap.

Aku dengar Yoongi hanya mengeluh.

"Tu masalah aku,bukan masalah kau" ujar Yoongi yang tegas.

"She my BFF. So,aku berhak masuk campur dalam hal ni! Aku taknak dia sedih,kecewa" ujar suara dalam telefon tu.

Arh! Aku tau! Tu suara Sanhae.

"Sanhae,tolong aku" ujar Yoongi mendatar.

"Kau nak suruh aku tolong ape?" tanya Sanhae.

"Aku,suka dia" ujar Yoongi yang membuatkan aku terduduk.

Yoongi memandangku dengan muka terkejut. Aku menatapnya tak percaya. 2 kali aku terkejut harini.

"Yoonhe..." belum sempat Yoongi mahu bercakap,aku mengumpul semua tenagaku untuk bangun dan lari.

Aku melihat ada 4 buah van di depan hotel. Aku pakat naik je van mana² asalkan tak satu van dengan Yoongi.

Aku mempuka pintu van dan terus masuk tanpa melihat siapa dalam van tu.

"Yoonhe?" aku berpaling apabila terdengar suara yang memanggilku.

V dan Jimin memandangku pelik dan cemas.

"Pesal dho? Ada sasaeng kejar kau lagi ke?" tanya V cemas.

"Tak²" ujarku sambil melihat ke luar tingkap.

"Are you sure?" tanya Jimin yang ikut cemas.

Aku melihat Yoongi keluar dari hotel dengan muka cemas. Dia memeriksa satu² van dan nasibnya,van aku yang paling hujung.

Aku mengantar mesej padanya.

'Oppa,aku dalam van skarang tapi aku taknak cakap van mana. Sorry'

Aku melihat dia membuka telefon dan menghela nafas lega. Yoongi berjalan masuk ke dalam van yang kedua sedangkan aku van keempat.

"Yoonhe,muka awak pucat" ujar Jimin. Aku mengambil cermin dan melihat wajahku. Betul weh,bapak putih muka aku.

"Hahaha,aku ok. Maybe sebab aku tak sarapan kot" ujarku lalu memakai lipstick supaya nampak bibirku menjadi merah.

V mengulurkan roti dan air tin kepadaku.

"Ambiklah" ujar V.

"Kau sarapan tak lagi?" tanyaku.

"Tak,tapi aku tengok kau cam dah nak pengsan" ujar V yang masih lagi mengulurkan roti dan air tin.

Aku mengambil dengan ragu² dan makan.

Takpe arh,rezeki jangan ditolak.

••••••••••••
@I just want to say sorry because all my typo...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience