Bab 6 : Kim Seokjin

Fanfiction - KPOP Completed 2655

Aku pulang ke rumah bersama Jin. Yoongi sibuk,V sebenarnya nak hantar aku tapi ada hal jugak.

---------------
•FLASHBACK

"Saya dah boleh pulang?" tanyaku kepada dokter.

"Ya,awak dah boleh pulang. Tapi,awak perlu banyak berehat. Badan awak masih sakit kan?" Aku hanya mengangguk.

"Ok,saya akan bagi awak ubat dan awak akan pulih dalam masa beberapa hari lagi" jelas dokter lalu pergi.

"Sorry Yoonhe,aku takleh nak hantar kau. Aku ada kerja skit,aku taknak kau cedera lagi so kau pilih lah jejaka idaman kau" kata Yoongi sambil senyum sinis ke arah member BTS.

"Aku nak teman!!" ujar V kuat.

"Ehem,kau dah periksa jadual ke Taehyung?" tanya Jimin ke V lalu menyiku lengan V.

V diam sebentar sebelum riak mukanya berubah.

"Alaaa,aku ada hal lah" kata V sedih.

"Sokay V" ujarku dengan senyuman yang sungguh terharu.

"Aku kalau boleh nak hantar kau,tapi aku ada hal dengan Hoseok and Suga" kata RM pula.

"Aku ada hal dengan Taehyung and Jimin hyung" Jungkook turut membuat muka sedih.

Semua memandang ke arah Jin yang tengah duduk acah² model dekat hujung wad. Dia memang nak lari ke?

"Haih,ye aku takde hal. Cepat bersiap,aku nak balik tidur" kata Jin lalu berdiri.

"Takpe lah kalau takleh hantar aku balik,I understand. You all kpop idol,so you guys busy right?" kataku kesal,Jin cam tak ikhlas je.

Semua terkejut dengan ape yang aku cakap. Semua memandang Jin dengan jelingan yang tajam. Jin plak kecut perut bila semua memandangnya begitu.

"Haish,kenapa cakap camtu? Aku tengah rajin ni" katanya sambil senyum. Aku tahu tu 'Fake Smile'.

Tanpa banyak cakap,aku pun bangun dan menukar pakaian.

-----------------
"Jauh lagi ke?" tanya Jin.

"Tak,dah dekat. Hantar sampai sini je lah. Dah nak sampai" kataku. Aku takut gak Jin kena serang bila sampai kat kawasan perumahan aku nanti.

"Betul ni sampai sini je?" tanya Jin untuk kepastian.

Aku sekadar mengangguk.

"Ok,pastikan kau ok sampai rumah ye?" kata Jin.

Aku terharu weh bila dia cakap camtu. Betapa risaunya dia dekat aku.

"Bukan ape,aku takut Yoongi smack down aku kalau kau tak sampai rumah. Walaupun aku hyung tertua tapi orang lebih takut dekat dia"

Aku tersenyum senget.

"Ok,aku pergi dulu" ujarku lalu pergi. Malas nak hadap muka dia lama²,nanti meletup aku depan dia. Bagi 'Fake Hope' je budak ni.

Apabila aku hampir sampai rumah,tiba² ada orang kepung aku. Semua pakai topeng warna putih. Mereka memegang tangan aku,arh sudah.

Ada seseorang datang dekat dengan aku,dia pakai topeng warna hitam. Dia ketawa di depanku,dah kenapa minah ni?

"Kau bahagia dengan oppa² kiteorang?" dia tanya aku sambil menepuk pipi aku perlahan.

Aku tak tahu nak buat ape skarang. Nak lari masuk dalam rumah and kunci pintu lepastu call Yoongi? Aku rasa tak sempat,sebelum masuk rumah pun aku rasa tak sempat sebab ramai sangat.

"Kau seronok dapat perhatian dari oppa² kiteorang" dia menepuk pipiku kali kedua tapi sedikit kuat.

Aku rasa cam nak terkencing. Sumpah weh aku takut skarang. Kalau dia just nak tampar aku okey lagi,kalau dia main senjata² tajam mati lah aku.

"Kau dapat perhatian pun,skarang mereka takde. So nampak sangat dieorang tak suka kau pun" katanya lalu mengangkat tangan mahu menamparku.

Aku just tutup mata dan terserah kepada takdir. Tapi aku berharap sangat sape² yang baik datang tolong aku skarang.

Sebelum dia menamparku,aku terdengar bunyi seseorang yang kena tampar. Aku juga turut merasai yang tangan aku dah dilepas dan semua menjauh dari aku.

Aku membuka mata,ada seorang lelaki yang ada di depanku skarang. Orang yang bertopeng hitam tu pula terkejut sambil memegang pipinya.

Orang di sekelilingku juga turut terkejut,aku lagi lah terkejut. Nasib ada yang datang tolong aku.

Lelaki tu tiba² pegang tangan aku.

"Saya bagi amaran,jangan sentuh dia. If you touch her,you are not real ARMY. Korang ni kira tak menghormati privasi BTS,so please not be SASAENG" kata lelaki tu sebelum membawa ku pergi.

Apabila sampai di depan rumahku,aku tarik lengan bajunya.Cam kenal je baju ni.

"Thanks" ucapku.

Lelaki tu berpaling ke arah ku. Alangkah terkejutnya aku bila aku tahu siapa lelaki tu.

"Nasib aku patah balik tau" kata Jin,dengar jugak nada risau.

Aku sekadar menunduk. Serius,skarang aku takut nak keluar pergi mana².

"Btw,kau ok tak?" dia tanya aku sambil membelek mukaku.

"Aku ok" balasku dengan senyuman.

"Nasib" dia menghembus nafas lega dan kami kiteorang masuk ke dalam rumah. Dia terus ke dapur.

Aku sekadar duduk atas sofa di ruang tamu. Maybe dia lapar,ambik lah nak ape. Tu je yang aku mampu untuk ucap terima kasih kat aku.

Tanpa aku sedar,aku tertidur di ruang tamu.

Tik Tok Tik Tok

Aku tersedar bila aku rasa ada yang tengah tengok TV. Aku bangun dan melihat Jin yang leka tengah tengok Anime.

"Jin oppa?" panggil ku. Dia terus berpaling ke arah ku sambil senyum.

"Sorry arh kalau buat kau terjaga" katanya lalu mendekatiku.

Krekkkk~~~~

Aku dan Jin saling berpandangan bila perut aku berbunyi. Sumpah aku malu skarang. Jin pula ketawa.

"Nampaknya aku tak perlu tanya yang kau lapar ke tak" katanya sambil ketawa. Muka aku pulak dah merah macam tomato.

Dia terus ke dapur dan membawa makanan ke aku. Pesal aku rasa cam agenda ni pernah berlaku herh?

Dia meletakkan steak di depan aku. Meleleh air liur aku,lapar² camni memang sedap makan makanan camni.

Aku terus makan,Jin juga turut makan.

"Kau dari petang takdi lah duduk sini?" tanya ku.

"Ha ah,sebenarnya aku dah lama masak steak ni tapi aku tengok kau tidur. So,aku tunggu lah kau bangun" penjelasannya buat aku terkejut.

"Dah,kau tak lapar ke?"

"Tipu lah kalau cakap tak lapar,tapi camtu lah. Kesian plak nanti kau makan sorang" katanya sambil meneruskan makannya.

Sumpah weh aku rasa terharu teruk skarang ni. Aku rasa takde alasan Yoongi kan dalam hal ni? Aku sekadar menangguk,senyum tu takyah nak cakap lah. Sampai ke telinga senyuman aku.

Selesai makan,aku pergi mandi jap. Dia still tunggu aku.

"Kunci semua pintu and tingkap tau. Aku akan bagitau Yoongi tentang kes takdi" katanya. Aku sekadar mengagguk faham lalu dia pergi.

Aku cepat² kunci pintu. Tingkap aku dah kunci awal² takdi. Aku pergi ke dalam bilik aku lalu baring di atas katil.

Aku teringat yang dia macam malu² bila dia cakap yang dia tunggu aku bangun untuk makan.Haih,umur dah 27 tapi muka cam 17.

Aku tersenyum sorang² sebelum aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience