Bab 15 : Lupakan Semuanya Sekejap

Fanfiction - KPOP Completed 2655

°Skip time-Hari konsert
-------------------------------------
Sebenarnya Yoongi dan yang lain menasihatiku untuk still kat hotel tapi aku taknak. Skali skala nak jugak tengok abang sendiri buat konsert.

Walaupun aku takut ARMY akan ada cam aku nanti,tapi aku kena rilex². Aku pakai topeng,topi,baju oversize,seluar jeans panjang yang semua berwarna hitam. Aku juga memegang Army Bomb supaya nampak cam real ARMY.

Aku mengambil tempat duduk di baris depan. Skarang,tiada siapa yang perasan aku. Aku hanya buat² bermain telefon,ia untuk mengelak supaya ARMY mengecam wajahku.

Pukul 5:00 petang,tiba masanya untuk memulakan konsert. Aku melihat semua ARMY dahulu. Semua bersemangat.

Aku mendengar jeritan para ARMY apabila terpapar muka semua member BTS. Aduh,rilex arh. Aku ingat BTS dah kluar takdi.

Kemudian,BTS naik ke atas stage dengan penuh bergaya. Semua ARMY menjerit histeria. Aku hanya meniru gaya ARMY,nak suruh nampak cam ARMY.

Pembukaan konsert dimulakan dengan lagu Diyonsus(aku lupa camne nak eja). Semua member BTS semangat. Sama cam ARMY,dengan aku skali rasa semangat.

Konsertnya sungguh menyenangkan. Aku mengikut ARMY lain mengangkat Army Bomb ke atas.

Apabila persembahan lagu Boy With Luv,aku cuba untuk tahan jealous. Aku mendengar para ARMY juga tengah tahan jealous kat belakang.

Ha Ha Ha,maksudnya normal lah kalau aku jealous kan? Aku dikira ARMY arh kan? Ke guane?

Skali lagi aku melihat Jimin dan Halsey berpeluk mesra. Tolong kuatkan kesabaran aku. Jangan sampai Army Bomb kat tangan aku ni terbang kat arah mereka.

Selepas lagu Boy With Luv,tiba masanya lagu Mikrokosmos(entah betul aku eja). Member BTS berjalan di seluruh stage.

Yoongi melihatku tapi dia hanya mengabaikanku. Herph,taknak herh dengan kau. Aku melihat Jimin dan V yang mahu melakukan highnote.

Bila highnote,semua ARMY menjerit. Aku juga tak boleh sorok kekaguman ku. Aku turut menjerit sekuat hati.

Asyik aku melihat Jimin dan V,tanpa ku sedar ada salah satu member BTS di depanku. Aku melihat dan Jhope sedang tersenyum girang.

Aku senyum tapi mungkin Jhope tak nampak kot aku senyum sebab aku pakai topeng. Jhope memberikan mini love dan pergi dengan senyuman.

Semua ARMY di sekitarku menjerit histeria. Arh,dia bagi mini love tu kat aku or ARMY kat belakang? Jangan bagi aku 'Fake Hope',Jhope.

Lagu Anpanman juga ada. Aku hanya ketawa dengan kelakuan semua member BTS yang macam budak kecik. Yoongi pun cam budak,terkejut gak aku.

Konsert selesai dan skarang pukul 11:00 malam. Semua ARMY bersurai termasuk aku. Aku pergi ke belakang stage.

Aku happy sangat sebab harini aku boleh tengok perangai abang aku yang selamani dia tak pernah tunjukkan dekat aku. Aku juga bersyukur sebab tiada ARMY yang sedar aku di sane.

Aku pergi berjumpa BTS di belakang stage dan aku melihat mereka tengah mengambil gambar. Apabila mereka selesai,aku mendekati mereka.

"Hey!" sapaku. Semua member BTS memandangku pelik.

"Kenapa baju kau basah dho?" tanya Jungkook. Aku sekadar terdenyum senget.

"Aku tak tahu manusia mana yang lempar air kat aku takdi" jawabku sambil menahan marah. Kemudian aku memandang ke arah Jin dengan pandangan maut.

Jin sekadar tersengih seperti kerang busuk. Memang Jin sengaja nak tarik perhatian Yoonhe sebenarnya.

"Takkan tak kering lagi?" tanya Yoongi hairan.

"Takdi nak kering,tapi..." aku tidak menghabiskan ayat tapi aku melihat RM dengan jelingan maut.

"Wae²?" tanya RM yang takut tapi juga turut hairan.

"Tapi ada seorang lagi yang lempar air and terkena aku" sambungku sebelum menjelingkan mata.

Semua orang ketawa. Yeah aku tahu,bagi ARMY tersangatlah berharga sehelai baju kalau kena simbah air di BTS. Tapi bagi aku,aku rasa cam nak pukul je dieorang. Bukan free ini punya baju tau tak?

Aku pergi menukar baju yang diberi oleh seorang staff perempuan kemudian aku dan para member BTS makan malam.

Serius,walaupun kena simbah air dua kali tapi malam ni ialah malam yang takkan dilupakan olehku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience