BAB 6

Humor Completed 1654

Katakanlah bahawa di asrama pelajar lelaki, semua sudah tahu bahawa aku dan Melrose sering dikaitkan bersama.

Walaupun hakikatnya adalah tidak pernah berlaku. Bahkan, Hasbul dan Noah merakamkan jawapan aku di luar pengetahuan aku. Sekurang-kurangnya itulah ideanya.

“Tapi kau nak baca surah apa?” soal Noah kehairanan.

“Erm… surah apa ek?” Hasbul juga tak dapat membantu.

“Kalau surah an-Nisa’ boleh? Sebab surah tu banyak sebut tentang wanita…hehe…”

“Boleh, tapi baca ayat yang tengah-tengah. Kalau awal ayat nanti nampak sangat buat-buat” jawab Noah. Kami ketawa bersama.

Noah telah menghantar rakaman MP3nya kepada seorang pelajar perempuan yang mengenali Melrose.

Noah memberitahu aku bahawa Melrose telah mendengar rakaman tersebut. Responnya dingin. Tak teruja. Barangkali kerana aku bukan lelaki idamannya.

Sekurang-kurangnya itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan keadaan aku pada waktu itu.

Sungguhpun aku tak berjaya dalam memikat Melrose melalui percubaan rakaman MP3, namun berita mengenai aku sedang hangat bercinta dengan seorang pelajar perempuan di sekolah aku telah mengejutkan aku.

Bukan kerana aku tidak menyangka pelajar sekolah ini sukakan gosip, tetapi aku terkejut bila mendapati pelajar perempuan yang dimaksudkan dalam gosip liar itu adalah bukan bernama Melrose.

Bukan Melrose, sekali lagi aku ulangi. Mungkin sebab itulah ia dikatakan gosip liar.

Oleh kerana ia adalah gosip maka aku biarkan ia berlalu ibarat dedebu pasir yang sering mengkaburi mata si pengembara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience