BAB 8

Humor Completed 1654

Nasihat Hasbul benar-benar membuatkan aku terjaga dari lamunan. Aku tahu segala percaturan aku bakal mejadi sia-sia jika tidak disusuli dengan permintaan hamba kepada Pencipta.

Malam itu juga aku beristikharah sebanyak dua rakaat memohon agar dibuka jalan yang selamat dalam menghadapi masalah ini.

Namun jauh disudut hatiku mengharapkan agar ini bukanlah satu masalah tetapi satu rahmat yang membawa tuah. Aku harapkan Melrose menjadi yang terbaik untukku.

Akan tetapi semuanya terletak di atas kekuasan-Nya.

Keesokan harinya, kehidupan aku kembali normal. Tiada lagi fikiran yang ligat memikirkan strategi dan taktik memikat Melrose.

Hidup aku berhadapan dengan cubitan perut oleh Miss Rossalyn. Juga berhadapan dengan gemuruhnya jiwa dalam menjawab kertas soalan peperiksaan STPM.

Selesai sahaja menjawab kertas subjek terakhir peperiksaan STPM, aku terus pulang ke asrama secara sendirian. Aku hantar SMS kepada Noah untuk bertanyakan sama ada dia dapat jawab soalan kertas tadi atau sebaliknya. Bukan itu saja, dalam SMS itu aku nyatakan bahawa aku ada satu lagi idea untuk memikat Melrose.

Tiba-tiba, tanpa disangka, aku menerima satu SMS dari Melrose ‘Dah buang tebiat ke Melrose ni? Tak pernah-pernah SMS aku sebelum ni…’ getus hatiku. Aku terus membacanya,

‘Alhamdulillah… Saya dapat jawab… Awak? Anyway, thanks cozawak bagi hadiah dolphin tu. Saya hormati perasaan awak tapi kenalah minta izin dari mak saya dulu. Baru kena caranya.’

Aku menjerit sendirian dalam bilik air kerana mengalami dua perasaan emosi dalam masa yang sama. Emosi pertama adalah gembira kerana perasaan aku ni tidaklah bertepuk sebelah tangan. Tapi emosi kedua adalah malu kerana tersalah hantar mesej kepada Melrose yang sepatutnya aku hantar kepada Noah.

“Alahai…” aku mengeluh sebagai tanda pasrah dan malu sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience