BAB 7

Humor Completed 1654

Aku teruskan usahaku untuk memikat Melrose. Kali ini melalui propaganda hadiah.

Dalam loker atau almari aku ada satu hadiah bebola kaca yang didalamnya terdapat satu ukiran ikan dolphin biru. Aku ambil satu kertas yang ada kesan koyak, lalu aku tulis :

* JADILAH SEPERTI DOLPHIN BIRU, YANG SENTIASA CANTIK TANPA DIPENGARUHI ANASIR LUAR KERANA DILINDUNGI KACA. *

Lalu aku konyokkan kertas tersebut. Aku menunggu Noah di bahagian tangga asrama. Apabila Noah turun sahaja melalui tangga tersebut, aku menyuruh Noah untuk memberikan hadiah itu bersama kertas yang dikonyokkan tadi untuk diserahkan kepada Melrose.

Aku memberi jalan cerita kepada Noah tentang hadiah itu. Jalan ceritanya seperti ini, Noah telah nampak aku buang hadiah ini dalam tong sampah. Noah ambil hadiah tersebut dan bertanyakan kepada aku,

“Hadiah ni kau nak bagi kat Melrose kan?”

Aku menjawab, “Ya…”. Itulah jalan cerita yang aku asaskan kepada Noah untuk memberikan hadiah ini kepada Melrose. Seperti biasa, responnya masih sama. Aku kembali pasrah. Huhh…

Hasbul datang kepada aku sambil menasihati aku jangan terlalu mengikut perasaan. Jangan diikutkan darah remaja.

Namun aku seakan sudah tidak berdaya. Segala daya dan upaya aku sudah digunakan untuk menafikan fitrah selama ini.

“Elok kau solat istikharah…itu yang terbaik…” ujar Hasbul.

“Aku bukan tak nak buat, tapi aku takut semua ni mainan perasaan sahaja…”

“Kalau kau yakin ini mainan perasaan, takkan kau beriya-iya buat segala macam rancangan untuk pikat Melrose …

Jangan ingat kau seorang sahaja mastermind, ada lagi Maha Mastermind yang punyai kuasa mutlak merealisasikan segala perancangan manusia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience