BAB 1

Humor Completed 1654

Lamunanku terhenti saat namaku dipanggil. Panggilan yang aku pasti bukan dari Miss Rossalyn, yakni guru MUET-ku.

Garang dan kegemarannya adalah mencubit perut pelajar yang tersalah dalam menyebut perkataan Inggeris.

“Tareeq …. Gula-gula?” sekali lagi suara itu kedengaran dipersisir telingaku. Nyamannya. Seakan-akan aku kenal suara yang lembut itu.

Dan aku pasti jarang sekali nama aku dipanggil oleh suara itu. Ermm… Mungkin kerana nama aku sering dilaungkan bersama suara Miss Rossalyn.

“Oit, Tareeq!” sampuk Hasbul. Aku terkejut dari lamunan.

Rupa-rupanya peristiwa dalam kelas selepas peperiksaan MUET masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiran aku.

“Sekarang pukul berapa?”

“Dah nak masuk waktu maghrib dah…” jawab Hasbul yang tampaknya baru selesai mandi. Aku melihat sahaja tingkah-laku Hasbul.

Mataku melirik tepat ke arah gula-gula yang berada dalam loker Hasbul.

“Erm…Hasbul, nak tanya sikit?”

“Fasal apa?”

Aku memberanikan diri untuk mengatur ayatku supaya tidak nampak seperti orang yang terdesak, “Aku rasa macam kenal jer gula-gula tu…”

Hasbul yang sebelum ini sibuk mempersiapkan diri tiba-tiba berhenti dan ketawa… “Hahaha…”

“Apa yang lawaknya?”aku kehairanan. Hasbul datang kepadaku sambil membawa gula-gula tersebut.

Dia duduk dibelakang aku. Hasbul cuba membisikkan sesuatu kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience