BAB 3

Humor Completed 1654

Selesai tazkirah maghrib, aku segera bergegas ke bilik rakanku yang aku kenali sebagai Noah. Kenapa Noah?

Sudah tentulah sebab dia orang kelantan. Itu sahaja penjelasan yang aku mampu berikan berkaitan dengan ‘Noah ’.

Noah sememangnya dikenali sebagai seorang yang ladies man.Sangat rapat dengan rakan-rakan perempuan di sekolah aku.

Aku pula seorang yang kurang aktif dalam bersembang dengan pelajar perempuan. Tapi dalam hal lain, aku memang aktif.

“Noah!” aku memanggil Noah dari luar biliknya sambil mengetuk pintunya beberapa kali.

Namun tidak dijawab. Aku terus membuka pintu biliknya yang tidak berkunci.

“Ya Allah, aku panggil korang patutlah tak jawab… Dengar MP3 pakai volume berapa ni!?”

Hasbul yang turut berada bersama Noah mengeluarkan salah satu earphone dari telinganya.

“Eh, Tareeq. Kau cakap apa tadi?” soal Hasbul kepada aku.

Aku hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala sebagai tanda aku tak pernah mengeluarkan apa-apa perkataan sebelum ini.

“Epul, aku nak bincang sikit dengan kau…”

Hasbul memandang aku sambil tersengih seperti mengetahui apa yang ingin aku bincangkan.

Kemudian Hasbul menunjukkan isyarat mata yang melirik ke arah Noah yang masih diulit dengan lagu dari MP3.

Aku membalas dengan menganggukkan kepala. Kemudian Hasbul membisikkan ke telinga Noah tentang keadaan ‘angau’ aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience