BAB 4

Humor Completed 1654

Saat aku memikirkan apakah perasaan aku ini hanya sementara, tiba-tiba helai tawa Noah memecahkan suasana bening malam.

“ Melrose?” soal Noah kepadaku aku bagi mendapatkan kepastian. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

Sekali lagi Noah ketawa berdekah-dekah. Namun kali ini ketawanya turut disertai dengan tawa dari Hasbul yang sudah lama tidak dapat menahan ketawanya dari tadi.

“ Aku tahu benda ni mustahil tapi…” aku tak sempat menghabiskan kataku kerana Noah meletakkan jari telunjuknya ke bibir aku.

“ Macam filem romantik tak?” usik Hasbul.

“Hahaha!” Noah dan Hasbul terus ketawa. Aku sudah agak perkara ini akan berlaku.

“Aku tak kisah kalau kau nak kapel dengan siapa pun… tapi takkan dengan dia?” sampuk Noah.

Sebenarnya aku, Hasbul dan Noah serta semua pelajar lelaki batch aku kenal dengan Melrose, dengar kata dia dah berpunya.

Buktinya ramai kawan-kawan aku yang pernah cuba pikat dia, tapi semuanya menemui jalan yang buntu. Akhirnya aku termenung sekali lagi.

“Kesian pulak aku tengok kau ni… Fikir elok-elok, betulke kau serius nak dapatkan dia?” pujuk Hasbul pada aku.

Barangkali dia sangka aku sentap dengan apa yang dikatakan oleh Noah sebelum ini.

Hendak sahaja aku jawab, sedangkan yang bertunang pun boleh putus, inikan pula yang belum ada apa-apa ikatan.

“Jangan pula kau nak bagi alasan bertunang pun boleh putus, kahwin pun boleh cerai sudahla…” aku terkesima dengan kata-kata Noah. Seakan-akan dia mampu mengagak apa yang ada dalam fikiran aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience