BAB 5

Humor Completed 1654

“Apa kata kita cuba dulu…” aku cuba memberi jalan keluar bagi masalah ini.

“Maksudnya?” soal Noah.

“Maksud kau, kita rangka rancangan untuk memikat Melrose untuk kau?” Hasbul menanti jawapan aku dari soalannya.

Aku tersenyum. ‘Ya,’ desis hatiku. Rancangan pertama aku adalah untuk dapatkan nombor telefon Melrose. Sumbernya sudah tentu Noah.

Aku hantar SMS bertanyakan tentang jadual exam STPM, namun tak dijawab. Lantas aku terus menelefonnya, namun masih tak dijawab. Pasrah.

Itulah perkataan yang sesuai untuk mimik muka aku sewaktu bertemu Hasbul dan Noah keeseokan harinya.

“Aku rasa macam tepuk sebelah tangan la…” aku mengadu kepada mereka. Hasbul cuba memotivasikan aku kembali dengan berkata,

“ Sabar… Cinta ni kalau nak dapat yang berkekalan lebih lama adalah yang susah kita nak dapat… Kalau senang dapat, senang jugaklah dapat kepada orang lain pula”

Ada benarnya juga kata Hasbul. Yang susah kita perolehi adalah yang sentiasa disisi, yang senang kita dapati adalah yang sentiasa berlalu pergi. MP3.

Entah mengapa aku asyik terpandang MP3 kepunyaan Noah. Hendak kata kerana warnanya yang hijau, itu bukan musababnya.

Akalku ligat memikirkan sesuatu yang berkaitan dengan MP3 kepunyaan Noah. Akhirnya setelah jenuh berfikir, aku punyai satu idea baru untuk memikat Melrose.

“MP3 ni boleh record tak?” soal aku spontan. Noah mengiyakan soalan aku. Aku terus menjelaskan idea baru aku tersebut.

Idea aku berbunyi begini, ibaratkan aku sedang membaca al-Quran.

Tiba-tiba datang Noah dan Hasbul mendekati aku untuk bertanya tentang seorang pelajar perempuan bernama Melrose dan sepuluh keistimewaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience