BAB 5

Romance Completed 2736

Sebulan berlalu dan selama itulah Nadilla dan Alif berpacaran. Nadilla berjaya menemui cinta kali keduanya iaitu apabila hatinya terpaut pada Alif. Apa kelebihan yang tidak ada pada Azwan tapi ada pada Alif, dia sendiri tidak tahu. Apa yang penting, hatinya benar-benar terpaut pada kebaikan yang tersemat dalam jiwa Alif.

Azwan. Sebaris nama itu tidak pernah luput dari ingatan Nadilla. Masih terbayang-bayang saat terakhir mereka bertemu dan selepas saat itu mereka tidak juga ketemu. Hatinya berasa tidak enak setiap kali memikirkan tentang Azwan. Baik-baikkah dia di sana? Bahagiakah kehidupannya sebagaimana yang dia telah jalani kini? Nadilla berharap apa yang didoanya saban hari menjadi realiti yang sebenarnya.

‘Saya akan terus menyayangi awak sehingga nafas saya terhenti buat selama-lamanya’. Bicara Azwan yang terlahir dari hatinya yang tulus masih terngiang-ngiang di telinganya.

‘Percayalah Dilla. Saya sanggup buat apa sahaja demi awak. Saya sayangkan awak’. Kata-kata yang diungkapkan oleh Alif benar-benar menyentap nalurinya sebagai seorang perempuan.

Kala ini Nadilla bingung. Bingung memikirkan hal yang semakin serabut dalam kepalanya. Walaupun Azwan jauh meninggalkan dirinya, namun rindu yang seringkali menjengah ke dalam hatinya agak sukar untuk dimengerti. Masih sayangkah dia akan Azwan, dan bagaimana pula dengan Alif? Ahh!! Sukarnya untuk memahami!

“Dilla! Umi Azwan telefon. Dia cakap…”

Laungan Izzah di luar bilik menghentikan lamunan Nadilla yang melayang entah ke mana sedari tadi. Pantas dia bertistighfar panjang sambil mengurut dadanya.

“Kau ni Izzah, buat aku terkejut aje. Kenapa ni? Aku tengok kau gelabah semacam aje. Kenapa?” Soal Nadilla kehairanan.

“Azwan, dia…”

“Dia kenapa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience