BAB 1

Romance Completed 2736

“Wan, sebenarnya saya ada perkara yang nak beritahu awak ni. Saya harap kita boleh bincangkan mengenai hal ini dengan tenang.”

Azwan yang mengambil tempat di sebelah Nadilla tersenyum, menanti bait-bait kata-kata Nadilla yang selanjutnya.

“Iya sayang. Ada apa?”

Saat itu, dada Nadilla berombak kencang. Hampir mati akal dibuatnya. Namun apabila memikirkan tujuannya untuk berjumpa Azwan pada hari itu, dia terpaksa. Terpaksa meluahkan segala-galanya sebelum terlambat.

“Err…”

Azwan mengerut kening memandangnya. Nadilla gugup seketika. Apakah dia harus memberitahu perkara itu? Ya, dia harus! Azwan mesti tahu hatinya saat itu.

“Dilla…”

Lembut suara itu membelai hatinya. Seketika dia cuba bermain dengan fantasi namun bayangan Alif yang muncul tiba-tiba terus mematikan angannya yang semakin menjauh.

“Err saya nak mintak putus. Kita clash!” Ada getar pada suara Nadilla namun cuba dikawal sedaya mungkin. Sedihkah dia dengan keputusan ini? Menangiskah hatinya saat itu? Entahlah.

“Dilla apa yang Dilla cakap ni? Dilla sedar tak ni? Dilla ni kan suka main-mainkan Wan.”

Azwan tergelak kecil. Mungkin lucu dengan keputusan Nadilla sebentar tadi. Nadilla hanya diam sambil tunduk memandang lantai. Azwan yang perasan perubahan riak wajah Nadilla berhenti memandang Nadilla.

“Dilla serius ke ni?”

Nadilla mengangguk lemah. Sungguh, hatinya turut berasa sedih untuk melepaskannya pergi.

“Wan ingatkan Dilla main-main. Kenapa Dilla mintak putus? Apa salah Wan, Dilla? Apa salah Wan? Wan tak cukup baik ke dengan Dilla? Cakaplah Dilla. Kenapa diam aje ni?”

Buat kesekian kalinya, air mata Azwan gugur. Nadilla melihatnya dengan pandangan pilu. Tidak dinafikan hatinya turut berasa sebak. Sebak kerana melihat air mata yang semakin laju membasahi pipinya.

“Wan dah cukup baik dengan Dilla. Tak mungkin Dilla akan dapat kenal dengan orang yang lebih baih daripada Wan. Dilla nak Wan tahu, Dilla sayangkan Wan. Dilla tak sanggup nak kecewakan hati Wan. Dilla…”

Nadilla tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Air mata yang cuba ditahan sedari tadi akhirnya mengalir jua. Azwan pula hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Seketika mata mereka berdua bertaut dan saat itulah dia dapat melihat ada sinar keikhlasan sebalik wajah itu.

“Dilla dah ada orang lain?”

Jujur pertanyaan itu. Nadilla serba-salah untuk menjawabnya. Namun agar segala-galanya jelas, dia harus meluahkan segala-galanya.

“Dilla mintak maaf Wan. Dilla silap. Perasaan itu terlalu sukar untuk diungkapkan. Dilla terperangkap antara dua. Kat sini Wan dan kat sana Alif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience