BAB 4

Romance Completed 2736

Nadilla menundukkan kepalanya. Malu untuk menatap sepasang mata itu. Izzah pula hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju sama sekali dengan keputusan yang telah dibuat oleh Nadilla.

“Dilla, aku nak kau fikir kejap. Tujuh tahun dilla, tujuh tahun. Kau sanggup sia-siakan semuanya hanya kerana seseorang yang baru kau kenal. Aku tak tahulah Dilla. Aku tak tahu nak anggap kau ni apa. Kau nak aku anggap apa? Kejam, tak pun tak berhati perut. Macam tu?””

“Izzah, aku perlukan kau sekarang ni. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Kau pun tahu kan, Azwan cinta pertama aku dan Alif… dia hadir secara tiba-tiba. Aku tak tahu macam mana aku boleh suka pada dia. Aku tak tahu macam mana aku boleh berikan hati aku ni pada dia. Sedangkan aku tahu, Azwan setia menunggu aku. Sabar melayani semua kerenah aku.

Aku tahu Izzah, kau tak suka aku buat keputusan ni tapi kau kena ingat. Soal jodoh bukan kat tangan kita. Antara kami mungkin tiada jodoh. Itu aje yang aku boleh cakap.”

“Senang kan kau cakap. Dilla, kalau soal jodoh memanglah kat tangan DIA tapi kau jugak kena ingat. Untuk seseorang itu kekal dalam perhubungan, dia juga kena berusaha untuk mewarnakan perhubungan itu. Kau nak tahu tak Dilla? Aku rasa kau ni dah buta. Buta dalam menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.”

“Izzah, kau tak kan pernah faham perasaan aku. Segala-galanya bukan dalam perancangan aku. Perasaan itu begitu halus, membelai jiwa aku saat aku kesunyian. Aku pula lebih senang hanyut dalam dunia tu.” Jujur Nadilla meluahkan kata-kata.

“Kau pun dah buat keputusan kan? Jadi, aku tak boleh nak buat apa-apa. Cuma aku harap keputusan kau ni tak kan buat kau menyesal suatu hari nanti. Okey?”

Izzah menguntum senyuman. Nadilla cuba membalasnya namun hambar. Bicara antara mereka berdua meninggalkan kesan mendalam ke lubuk hati Nadilla. Akalnya menerima hujah Izzah namun hatinya menolak sama sekali. Apakah dia harus menurut kata hati tanpa timbangan akal sama sekali? Entah, dia sendiri bingung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience