BAB 6

Romance Completed 2736

“Dia kemalangan. Keadaannya tenat sekarang. Umi Azwan telefon tadi. Dia cakap Azwan nak jumpa kau. Aku rasa baik kau pergi sekarang.”

Nadilla terduduk lemah, tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya. Azwan kemalangan? Tidak Ya Allah, tidak! Air mata mula mengalir laju membasahi pipi putihnya.

“Azwan kat mana sekarang?”

“Jom cepat! Aku bawak kau pergi sana.”

Sepanjang perjalanan Nadilla tidak henti-henti berdoa. Dia juga telah menelefon Alif supaya menyusulinya ke hospital. Saat getir seperti ini, dia amat memerlukan seseorang untuk menemaninya. Tapi itu semua tak penting. Azwan, macam mana boleh jadi macam ni? Ya Allah, selamatkanlah Azwan. Berikanlah kesempatan untukku untuk menemuinya, rintih hati kecilnya.

Sesampai sahaja di hospital, dia terus menuju ke wad yang dicari-cari. Terlihat kelibat Umi dan Ayah Azwan sedang duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan Nadilla menghampiri.

“Umi…” panggil Nadilla.

“Dilla… Azwan. Dia tenat sekarang. Dia nak jumpa kamu. Pergilah sebelum terlambat.” Pinta Umi Azwan. Tanpa berlengah Nadilla terus melangkah masuk ke dalam wad di mana Azwan ditempatkan.

Betapa pilu hatinya saat ini apabila melihat kondisi Azwan dan serentak dengan itu air jernih mengaburi matanya, lantas Nadilla menapak ke sisi Azwan. Diraihnya jemari milik Azwan dan menatap mata yang penuh dengan keikhlasan itu. Sungguh, ada air mata yang telah lama bertakung di kelopak mata itu. Hatinya menjadi sebak tiba-tiba. Betapa Azwan menanggung derita yang amat berat selama ini.

“Dilla…” Azwan menyeru namanya lemah.

“Iya Wan. Dilla datang ni. jangan tinggalkan Dilla, Wan. Dilla tak sanggup. Bertahanlah Wan.” Nadilla cuba memberi kata-kata semangat kepada Azwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience