BAB 7

Romance Completed 2736

“Dilla… Wan nak Dilla tahu, Wan sayangkan Dilla sangat-sangat. Apa yang berlaku antara kita dulu, Wan dah lupakan. Wan pun dah maafkan Dilla. Wan nak Dilla janji dengan Wan, boleh?”

Nadilla mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Dilla janji dengan Wan, walau apa pun yang berlaku, Dilla kena kuat. Jangan lemah. Wan tak suka tengok air mata tu. Lap, sayang.”

Dalam kepayahan, Azwan cuba menggapai pipi Nadilla dan meyapu air mata yang berbaki di hujung matanya. Azwan cuba tersenyum. Betapa tulus kasihmu, Azwan. Maafkan aku kerana telah menyakiti hatimu, bisik hati kecil Nadilla.

Serentak dengan itu, dada Azwan berdetak kuat. Nadilla tergamam. Azwan dilihatnya sedang menekan dadanya sambil menahan sakit. Kolam matanya mula bergenang. Pantas dia menghampiri Azwan.

“Azwan!!!!!!”

Umi dan Ayah Azwan serta Izzah bergegas masuk ke dalam wad sejurus terdengar jeritan Nadilla. Ya Allah, selamatkan dia, doanya.

“Bawak mengucap Azwan. Ikut ayah, nak… asyhaduallailahaillallah…”

Tangisan semakin bergema. Nadilla di sisi setia menanti. Dadanya berombak kencang. Apakah ini kesudahannya Ya Allah? Redhakanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu ini, Ya Allah…

“Dilla, ingat ni. Wan akan terus menyayangi Dilla…” Azwan terus menekan-nekan dadanya yang sakit. Tangisan Nadilla semakin kuat, menunggu bait kata-kata yang selanjutnya oleh Azwan.

“…hingga nafas Wan terhenti buat selama-lamanya.”

“Dilla akan ingat Wan. Mengucap Wan, mengucap.”

Nadilla menggenggam kemas jemari Azwan. Dia seakan-akan turut merasakan kesakitan yang maha berat yang sedang ditanggung Azwan saat ini. Air mata setia menemaninya sedari tadi. Ya Allah, permudahkanlah baginya untuk ke sana. Redhakanlah hatiku untuk menerima perpisahan ini Ya Allah, doanya penuh kudus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience