BAB 2

Romance Completed 2736

Tanpa sedar, Alif berjaya membawa cinta ke dalam hati ini. Dilla tak pernah berniat untuk curang kepada Wan tapi segala-galanya bukan dalam kawalan Dilla.

Dilla tahu Wan akan marahkan Dilla. Dilla tahu mungkin Wan akan membenci Dilla selepas ini. Dilla tak pernah berniat untuk kecewakan hati Wan. Kita sudah kenal terlalu lama. Tujuh tahun kita menyulam kasih. Tujuh tahun kita berkongsi rasa. Anggaplah kita tak ada jodoh.”

“Dilla, jangan tinggalkan Wan. Wan mintak satu ni aje. Wan tak sanggup. Wan terlalu sayang pada Dilla. Wan tak sanggup berpisah dengan Dilla. Bagi Wan satu peluang lagi?”

“Sudah terlambat Wan. Dilla mintak maaf.”

Nadilla menyeka air matanya menggunakan hujung lengan baju. Azwan terduduk lemah di atas bangku. Air matanya tidak henti-henti mengalir sedari tadi. Tidak pula dilapnya. Melihatkan keadaan Azwan tika itu, hatinya dirundung pilu. Namun apa yang boleh dibuatnya tika ini? Tiada.

“Dilla sayang. Dilla okey tak ni?”

Nadilla dan Azwan berkalih memandang arah suara itu. Kelihatan Alif sedang tersenyum memandang mereka berdua.

“Ini ke Dilla, lelaki yang Dilla suka? Lelaki yang berjaya rampas Dilla daripada Wan?”

Nadilla memandang dengan pandangan yang berkaca. Azwan dan Alif saling berpandangan. Nadilla hanya membatukan diri di sebelah Alif.

“Well Wan. Perasaan tak boleh nak dipaksa.” Alif menunjukkan riak yang bersahaja. Azwan pula hanya tersenyum sinis.

“Kalau macam tu, tak apalah.” Azwan mengangkat punggung untuk berlalu. Dia kemudiannya berkalih ke arah Alif dan menghulurkan salam. Tanpa ragu-ragu Alif menyambutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience