BAB 3

Romance Completed 2736

“Jaga Dilla baik-baik. Jangan sia-siakan dia. Aku tak nak Dilla menangis lagi lepas ni. Jadikan ini tangisan dia yang terakhir. Ceriakan hidup dia. Jangan biarkan dia terus-terusan bermain dengan kenangan yang sudah pun berlalu.”

Begitu ikhlas lafaz yang terbit dari bibir Azwan. Azwan menyimpul senyuman sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua. Pastinya, dia akan menjauh, menjauh daripada bayangan Nur Nadilla Aisyah.

“Dilla, kau dah habis fikir ke? Kau nekad ke dengan keputusan yang kau dah buat ni? Ambil masa kau Dilla. Jangan buat keputusan terburu-buru. Aku tak nak kau menyesal kemudian hari nanti.”

“Entahlah Izzah. Aku sendiri pun tak pasti. Aku keliru. Aku keliru dengan diri aku sendiri. Aku…”

Nadilla tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Sungguh, perasaan ini terlalu berat untuk ditanggung apa lagi untuk dibicarakan dalam keadaan terdesak sebegini. Izzah hanya memandangnya tanpa pandangan yang sukar untuk dimengerti. Dari riak wajah Izzah, dia tahu Izzah tak akan pernah setuju dengan keputusan yang baru sahaja dibuat sebentar tadi.

“Kau jangan main-main Dilla. Perasaan orang ni kau jangan nak ambil remeh-temeh. Aku tak suka kau main-mainkan perasaan orang. Dosa, tau tak?”

Nadilla memandang Izzah. Memang, dia tahu akan hal itu. Berdosa bermain dengan perasaan orang. Tapi, segala-galanya telah terjadi. Dia telah nekad dengan keputusannya. Bulat!

“Kau tak faham Izzah. Kau tak berada kat tempat aku. Kau nak tahu kenapa aku buat keputusan ni?”

Izzah tenang mendengar bicara yang selanjutnya daripada Nadilla.

“Sebab aku tak nak dia terus tunggu aku. Penantian tu satu penyeksaan. Aku tak nak jiwa dia terseksa disebabkan aku. Aku tak nak dia meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk aku. Sedangkan aku,…”

“Sedangkan kau dah jumpa Alif, betul tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience