Chapter 10

Fanfiction - KPOP Completed 7370

Usai mandi Eunmi cepat-cepat menunggu Chanyeol di ruang tamu . Jam sudah mencecah angka 8 malam . Biasanya Chanyeol akan terus pulang ke rumah jam sebegini .

"Erm sementara Chanyeol nak sampai lagi , baik aku sediakan minuman untuk dia . Hey walaupun aku tak mahir dalam memasak tapi aku mahir dalam minuman tau . Semua jenis minuman aku tau buat". Omel Eunmi sendirian sambil terangguk-angguk .

Eunmi terus menuju ke arah dapur . Dia menilik satu per satu minuman yang tersusun bahagian kabinet .

"Selama aku kahwin dengan dia , aku tak pernah tanya pula tentang makanan dan minuman kegemaran dia . Dia suka minum apa ea? usually lelaki suka coklat. Aku buat je la minuman coklat panas .Kalau badan letih perlukan tenaga!". Eunmi mencapai bekas yang berisi serbuk koko .
***
Tiba saja di perkarangan rumah agamnya , Chanyeol keluar perlahan dari kereta sambil membawa beg hitam di tangannya . Beg yang selalu dibawanya kemana-mana saja kerana mempunyai laptop dan dokumen penting . Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia ternampak sepasang heels merah di hadapan pintu masuk .

"Dia dah balik ". Ujar Chanyeol perlahan seraya melepaskan keluhan kecil . "Syukur la dia selamat sampai ". Bisik Chanyeol dalam hati .

Chanyeol membuka kunci pintu dan memulas tombol lalu melangkah masuk perlahan-lahan .

"Hm? ". Televisyen di ruang tamu terpasang namun kelibat Eunmi tidak kelihatan .

Eunmi menuju ke arah ruang tamu sambil membawa minuman coklat di tangannya .

"Abang! dah balik?!". Eunmi menguntum senyuman .

"Erm". Balas Chanyeol bersahaja sambil menutup pintu .

"Abang , duduk la dulu . Sayang buatkan air coklat ni ". Eunmi meletakakn minuman coklat panas itu di atas meja lalu menepuk perlahan sofa di sebelahnya .

"Saya letih . Saya nak mandi , nak rehat". Tanpa mengendahkan Eunmi ,Chanyeol terus berlalu pergi .

"A-abang..". Eunmi memandang Chanyeol berlalu pergi . "Mesti dia letih sangat2 tu . Yah Eunmi , suami kau setiap hari bertaruh nyawa menyelamatkan pesakit ,kau nak cakap banyak pula dengan dia ". Omel Eunmi sendirian . "Tapi..kenapa dia masuk ke dalam bilik dia? kenapa tak masuk dalam bilik aku macam selalu ?". Soal Eunmi sendirian .
***
Chanyeol melepaskan keluhan berat setibanya di biliknya . Hatinya sakit sekali apabila memandang wajah wanita itu .

"Maaf Eunmi ..aku tak dapat layan kau macam sebelum ni lagi ..hati aku cukup sakit dengan semua tu ". Bisik Chanyeol perlahan .
***
Jam sudah menunjukkan 12 malam . Eunmi menolak perlahan pintu bilik Chanyeol sambil membawa bantal di tangannya .

"Maaf , sayang bukan nak ganggu abang tapi sayang tak boleh tidur la sorang2". Kata Eunmi perlahan lalu menuju ke arah katil Chanyeol .

Eunmi meletakkan perlahan bantal kepala di sebelah Chanyeol . Chanyeol tidur membelakanginya .

"Sayang rindu abang sangat2 ". Bisik Eunmi perlahan lalu memeluk tubuh Chanyeol dari belakang .

"Saya pun rindu awak..". Bisik Chanyeol dalam hati yang tersedar dari tidur ketika Eunmi memeluk tubuhnya dari belakang .
Skip!!
. .
Chanyeol bangun awal ketika Eunmi masih lagi tidur dibuai mimpi . Tubuh Eunmi di katilnya dipandang sekilas sebelum berlalu pergi . Chanyeol menuju ke arah dapur . Dia menyediakan minuman susu dan makanan seperti telur separuh masak bersama daging bakar . Usai menyediakan semua makanan itu dia terus berlalu pergi .

Eunmi tersedar dari tidurnya apabil terdengar bunyi deruman kereta di halaman rumah .

"Eo ? abang!". Eunmi cepat-cepat bangun lalu menuju ke arah tingkap bilik . "Ala abang dah pergi". Eunmi mencebir bibir . Dia hanya mampu melihat kereta Chanyeol keluar dari halaman rumah .

Eunmi langsung menuju ke arah dapur . Dia tahu Chanyeol pasti menyediakan hidangan sarapan buatnya . Eunmi mencapai sticky note yang dilekatkan pada segelas susu .

'Jangan lupa makan sarapan ni . Harini saya tak balik . Saya tidur di hospital .Saya ada operation pada jam 12 malam '

"Tsk . Kenapa abang tak chat sayang je ". Eunmi tersenyum melihat sticky note itu . "Wait..kenapa dia dah start panggil awak saya ? dia lupa ke dia kena panggil aku apa? ". Soal Eunmi sendirian .

//Kring kring // "Yoboseyo ?". Eunmi mengangkat panggilan dari Hyunhye .

"Yah Eun ! siap cepat . Kau ada shooting harini ". Jerit Hyunhye di talian .

"De? lahhh aku ingat free harini . Baru nak pergi hospital nanti jenguk suami aku ". Eunmi mengeluh .

"Suami kau ? oh suami kau dah ok ke dengan kau ?". Soal Hyunhye sepontan .

"Kenapa kau tanya aku macam tu ?". Eunmi menjungkit kening.

"Eh ? takdalah . Saja tanya tanya . Suami kau kan suka layan kau acuh tak acuh dulu ". Hyunhye mencari idea . "Dah la aku sibuk ni ! siap cepat sebelum aku datang ambil kau kejap lagi. Bai!". Hyunhye mematikan panggilan .

"Bwoyah?! asal aku tengok jadual aku kosong je harini . Tiba-tiba je ada shooting". Eunmi mencebir bibir sendirian .
Skip!!
. .
"Yeol , kita ada satu je operation pastu malam ni kita ada perjumpaan dengan president Korea ". Kata Baekhyun lalu melabuhkan punggung di hadapan meja Chanyeol.

"Bwo ? perjumpaan dengan president korea? buat apa ?". Soal Chanyeol .

"Molla . Kim sajangnim yang suruh kita pergi majlis birthday President bagi wakil Hospital kita . Ada 5 orang doktor pakar termasuk kau , aku kena pergi pun sebab jadi assistant kau la katakan ". Baekhyun roll eyes.

"Hahaha kau kan tak boleh berpisah dengan aku ". Chanyeol ketawa besar .

"Haa gelak2! . Oh weh ..nak tanya ..kau dengan bini kau ok dah ke?". Soal Baekhyun .

"Hmm entah la Baek . Aku rindu dia . Tipu la tak rindu ,berapa hari tak jumpa . Tapi setiap kali aku tengok muka dia , perkara tu mesti bermain dekat fikiran aku . Aku jadi benci pulak dengan dia ". Chanyeol meraup wajah .

"Kau jangan la kejam dengan bini kau sangat . Buatnya dia pun tak tau apa jadi dekat dia masa tu , maksud aku kena sabotaj la .Kau jangan menyesal dengan perbuatan kau ni Yeol .Aku tau kau sayang dia". Nasihat Baekhyun .

"Dah la Baek . Takyah cakap pasal tu lagi . So ..operation kita start pukul berapa ni ?". Soal Chanyeol .

"Petang ni . Pukul 3 . Now kita free je .Eh kau je la free! . Aku ada patient yang nak kena jalani kemoterapi kejap lagi ". Baekhyun menepuk dahi .

"Goodluck dengan kemoterapi kau ". Chanyeol tersengih .
Skip!!
. .
Eunmi melihat satu per satu pakaian model nya . Kali ini pakaiannya bertemakan garden . Dress bunga-bungaan itu dipandang dengan penuh minat .

"Cantiknya..". Ujar Eunmi perlahan .

"Weh Eunmi , lepas shooting nanti kau boleh rehat kejap je sebab malam ni ada majlis birthday president . Kau kena pergi .Jung sajangnim dah list nama kau dalam kad jemputan tu ". Terang Hyunhye .

"Bwo ? kenapa pula ? ". Eunmi melepaskan keluhan berat .

"Ala pergi je . Bukan kau sorang kena pergi . Taeyong , Minji , Sejong pun kena pergi bagi wakil model Ent kita . Artis lain pun ada juga nanti kena pergi . Tu majlis besar besaran tau . Kau mungkin jadi model baju untuk malam tu ".Kata Hyunhye bersungguh .

"Model baju maksud kau ?". Soal Eunmi .

"Jung sajangnim dah sediakan baju untuk kau ke majlis tu . Baju siapa paling cantik , akan dapat ganjaran dari President tau tak . Kau pun tau la, president takkan kasi ganjaran yang sikit la ". Hyunhye tersengih .

"Peduli apa aku . Aku tak perlukan apa-apa . Cukup la Chanyeol di samping aku ". Eunmi tersenyum sendirian .

"Wow ..kau cinta suami kau macam tu sekali ?". Hyunhye seperti tidak percaya .

"Yelah . Aku cintakan dia dan aku takkan lepaskan dia pada sesiapa . Chanyeol aku punya ". Eunmi menyilang tangan .

"Haih pape je la". Hyunhye menggeleng kepala .
Skip!!
. .
"Macam mana keadaan pesakit?". Soal Chanyeol sambil memandang ke arah pesakit yang bernama Kim Min Jung .

"Buah pinggang kanan pesakit tidak berfungsi . Buah pinggang kiri pesakit pula mempunyai ketumbuhan . Kalau buah pinggang kiri pesakit rosak akibat ketumbuhan , pesakit tidak dapat diselamatkan lagi ". Terang Nurse Eun .

"Pesakit tak ada penderma buah pinggang ke?". Soal Chanyeol .

"Buat masa ni , tak ada". Kata Nurse Eun lagi .

"Susah macam ni Yeol . Risiko nak bedah satu buah pinggang terlalu sukar apatah lagi dia tak ada sokongan buah pinggang lain ". Terang Baekhyun pula .

"Haih ..". Chanyeol melepaskan keluhan berat. Kepalanya tiba-tiba terasa pusing memikirkan jalan penyelesaian .

"Chan sunbaenim ! . Ji seonsaengnim nak jumpa sunbaenim di biliknya sekarang". Kata Nurse Shin yang tiba-tiba datang .

"Waeyo ?". Chanyeol mengerut kening . Jarang sekali namanya dipanggil kecuali dia melakukan kesalahan .Kesalahan apa pula kali ini .

"Takkan la pasal...". Bulat mata baekhyun memandang Chanyeol .

"Arraso , kejap lagi saya pergi ". Balas Chanyeol sambil mengangguk perlahan .

"Yeol ..". Baekhyun memegang lengan Chanyeol .

"Aigoo jangan risau la. Tak ada apa punya ". Chanyeol tersengih .

"Erm". Baekhyun menunduk wajah .
Skip!!
. .
Chanyeol melangkah masuk ke dalam bilik Ji Sanhyuk . Iaitu ketua jabatan doktor pakar .

"Sunbaenim ?". Sapa Chanyeol setibanya di bilik itu .

"Oh Yeol ...duduk duduk". Pelawa Uisa Ji .

"Sunbaenim cari saya ke". Soal Chanyeol lalu menarik kerusi dan duduk .

"Nae. Saya ada benda nak cakap sikit . Saya rasa kamu tahu pasal apa kan ". Uisa Ji melepaskan keluhan kecil .

"Tentang pesakit yang bernama Kim Dae Eun kan?". Chanyeol meneka .

"Nae . Majayo . Nama sebenar dia Lee Dae Eun . Dia anak president hospital kita .Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kerana berjaya jalani pembedahan tu . Walaupun pesakit tak sedarkan diri lagi tapi peratus pesakit untuk sembuh adalah 95% . Yang tu kamu tak perlu risau , ada benda lain yang kamu perlu risau sekarang ". Uisa Ji tiba-tiba menunduk wajah .

"Kenapa sunbae?". Soal Chanyeol lalu memandang wajah Uisa Ji.

"Lesen kamu ditarik untuk sementara waktu . Kamu tak boleh jalani pembedahan selama 2 minggu dan Baekhyun pula selama seminggu kerana membantu kamu . Ni perbincangan dari pihak atasan . Saya dah cuba pertahankan jabatan kita tapi kita tak dapat sokongan dari jabatan lain . Nak tak nak kamu tak boleh datang ke hospital selama 2 minggu . Buat la apa kamu suka ". Sayu saja kedengaran nada Uisa Ji .

"Ya , saya tak kesah tentang lesen saya tapi Baekhyun tak patut disabitkan dalam hal ni . Dia buat semua tu disebabkan saya . Pihak hospital tak boleh tarik lesen Baekhyun macam tu je .Dia hanya ikut arahan saya ". Tegas Chanyeol .

"Ya tapi pandangan pihak ketua jabatan lain pula Baekhyun sepatutnya menahan kamu dari melanjutkan pembedahan tu . Bukan membantu kamu dan ambil risiko untuk semua tu ". Kata Uisa Ji lagi .

"Andwae . Saya takkan benarkan pihak hospital tahan lesen Baekhyun . Saya akan ambil hukuman Baekhyun . Saya takkan jejak kaki di hospital ni selama 3 minggu . Tolong jangan tarik lesen Baekhyun ". Chanyeol memohon .

"Tapi Chan-"
"Ani . Saya tetap berkeras juga . Baekhyun dah usaha sejauh ni untuk mendapatkan tempat saya iaitu doktor bedah . Selama ni dia hanya jadi doktor biasa dan langsung tak dibenarkan jejak kaki ke bilik bedah . Saya taknak disebabkan risiko yang saya ambil , Baekhyun pun kena tanggung sekali " . Chanyeol menggeleng laju .

"Arraso . Kalau tu yang kamu nak , saya akan pertimbangkan dengan pihak atasan .Saya akan cuba pertahankan lesen Baekhyun" . Uisa Ji mengangguk perlahan .

"Kamsahamnida sunbae!". Chanyeol memegang tangan Uisa Ji .

"Haih..Chanyeol... Chanyeol ". Uisa Ji sekadar menggeleng kepala .
Skip!!
. .
"Baek .. pembedahan petang ni ..aku tak dapat join kau sekali . Aku ada hal sikit. Kau boleh kan handel dengan doktor lain ?". Soal Chanyeol setibanya di meja Baekhyun .

"Huh ? kenapa ? kau nak pergi mana ?". Soal Baekhyun.

"Aku ada hal sikit . Kau pun tau kan kita kena jumpa dengan President Korea nanti . Ada benda aku kena prepare ". Tipu Chanyeol.

"Ohh haah la pasal tu . Ha takpe lah . Aku tanya Ji sunbaenim je la nanti ". Baekhyun mengangguk perlahan .

"Ha ok juga tu . Ji Sunbaenim takde jadual petang ni ,boleh kau minta tolong dia ". Ujar Chanyeol .

"Orite . Tu kau buka coat putih bagai nak ke mana?". Soal Baekhyun .

"Nak keluar shopping jap . Aku dapat keizinan nak beli baju untuk malam ni ". Chanyeol tersengih .

"Wahh jinjja?! aishh aku nak ikut kau juga! .Mana aci kau sorang ni ". Baekhyun mencebik .

"Tak boleh . Kau prepare la dulu dokumen apa semua untuk pesakit bedah petang ni . Aku pergi dulu ye Baek ". Ujar Chanyeol sambil membuka kad doktor yang tergantung di lehernya .

"Arraso ,halkke!". Baekhyun melambai tangan pada Chanyeol .
Skip!!
. .
Eunmi menaip sesuatu di telefonnya dan menghantar pesanan pada Chanyeol .

'Abang , malam ni sayang kena pergi ke majlis sambutan hari jadi president .Sayang nak minta izin abang untuk pakai pakaian yang company sediakan . Kalau abang tak bagi sayang pakai , sayang takkan pakai ' [Eunmi]

"Oi . Buat apa tu ?". Hyunhye mencuit bahu Eunmi .

"Takda apa la" . Eunmi menggeleng perlahan .

"Tunggu apa lagi ? cepat la siap . Dah pukul 6 petang ni ". Hyunhye merenung jam tangannya .

"Jap suami aku tak balas mesej aku lagi ". Eunmi mencebir bibir .

"Kau cakap apa dekat dia ?". Soal Hyunhye.

"Pakaian aku tu ha . Kau tak rasa terlalu sexy ke ? macam mana kalau suami aku tak bagi aku pakai macam tu ?". Eunmi merenung ke arah dress merah paras paha , bersama kain ropol jarang yang akan disambungkan ke bawah dress itu .

"Sexy ke ? sebelum ni kau pakai ok je ". Hyunhye memikir .

"Aishh tu sebelum aku kahwin . Sekarang ni aku dah ada suami . Aku kena la ikut cakap suami aku ". Tegas Eunmi .

"Habis tu laki kau reply apa ? kau kena siap dah tau sekarang ".

"Molla . Dia tak reply lagi mesej aku . Mungkin dia sibuk sebab dia cakap dia tak pulang rumah malam ni . Dia tidur dekat hospital ". Eunmi mengeluh sambil mengetuk meja dengan kukunya .

"Aku kasi sampai 10 minit je ea tunggu chat suami kau . Kalau dia tak balas juga , kau kena pakai dress tu juga . Kau tau kos untuk dress tu berapa puluh ribu ? ha jangan buat taknak pakai lak , kang marah Jung sajangnim nanti ". Hyunhye terus berlalu pergi .
SKip!!
. .
Setelah siap melekapkan tuxedo putih , bersama reben merah di bahagian leher , Chanyeol memperkemaskan rambutnya .

//kring kring // "Hello ". Chanyeol mengangkat panggilan .

"Oi ! kau dah sampai ke belom ? berjanggut aku tunggu kau tak nampak batang hidung pun". Jerit Baekhyun di talian .

"Lah cepatnya kau sampai . Ok2 aku on the way ". Chanyeol mematikan talian .
. .

15 minit kemudian , Chanyeol tiba di majlis itu . Kiri kanan depan belakang dia mencari kelibat Baekhyun .

"Mana dia Baek ni .Tadi suruh aku cepat sangat , ni kelibat dia pun tak nampak ".Chanyeol merenung jam di tangan . Sudah hampir 8 malam . Suasana majlis meriah dihiasi pelbagai jenis lampu .

"Oii Yeol!! sini!!" panggil Baekhyun di suatu sudut .

"Amboi dia ni datang majlis nak cari awek ke nak buat apa ". Omel Chanyeol sendirian apabila ternampak Baekhyun dikelilingi oleh beberapa orang wanita .

"Baiklah hadirin sekalian , terima kasih kerana datang dan bla bla bla ". Ucapan dari President Korea itu berlangsung selama 10 minit dan kininya mereka dibenarkan untuk menjamu selera .

"Chanyeol ssi ?". Sapa seorang perempuan .

"Eo ? Eunji ssi ". Chanyeol tergamam seketika . Jung Eunji merupakan kawan lamanya nya semasa di university medical . Mereka perpisah semasa Eunji terpaksa melanjutkan pelajarannya di US .

"Wow...Yeol kenal yeoja lagi lawa la malam ni ". Baekhyun muncungkan bibir .

"Lama tak jumpa . Awak apa khabar?". Eunji menghulur tangan untuk berjabat tangan .

"Ya saya sihat je . Awak ?". Chanyeol menyambut tangan Eunji .

"Haha saya pun macam ni lah ". Eunji tersenyum ."Oh ..awak sekarang jadi doktor di hospital mana?". Soal Eunji .

"Hospital Besar Seoul!". Celah Baekhyun cepat-cepat sebelum Chanyeol menyebut .

"Ou jinja? wahh daebak ". Eunji menepuk tangan .

"Saya Baekhyun , assistant Chanyeol " . Baekhyun menghulur tangan dengan megahnya .

"Eunji ". Eunji juga menyahut huluran Baekhyun .

"Aww macam bantal la tangan dia~~". Bisik Baekhyun dalam hati .

Chanyeol cepat-cepat mencuit Baekhyun untuk lepaskan tangan Eunji .
. .
Eunmi jalan sambil menarik-narik bajunya yang singkat. Dia agak kurang selesa dengan baju yang dipakainya malam ini .

"Aduhh asal diorang ni sediakan baju macam ni ". Omel Eunmi sendirian lalu menuju ke bahagian makanan pencuci mulut . "Wow!! nampak sedap la semua!!". Eunmi rambang mata . "Andwae2!! kau tak boleh makan banyak . Baju ni terlalu ketat . Macam mana kalau nampak perut buncit nanti ". Eunmi menggeleng laju .

"Eunmi ?". Tiba-tiba Taeyong datang pada Eunmi .

"Oh..Taeyong ssi..". Eunmi hanya layan Taeyong endah tak endah . Dia agak kurang selesa dengan Taeyong. Entah mengapa .

"Lama tak nampak lepas kejadian di London . Kenapa awak tak pulang dengan suami awak ?". Taeyong tersenyum sinis .

"Bwo? maksud awak ?". Eunmi sudah mengerut kening .

"Takda apa . Awak makan apa ni ". Taeyong memandang ke arah bahagian makanan .

"Taeyong ssi . Awak ada sorok apa-apa dari saya ke?". Eunmi memegang lengan Taeyong .

"Hm ?". Taeyong mengangkat kening . Pura pura tidak tahu .
***
"Yeol , aku lapar la . Jom melantak dulu ". Baekhyun memegang perutnya .

"Aish kau ni . Makan je keja". Chanyeol menggeleng kepala .

"Mesti la . Kau ingat kerja doktor ni kita sempat makan ke?". Baekhyun mencebik .

"Aku tak lapar sangat . Kau pergi la makan ". Kata Chanyeol .

"Jom la makan sikit. Jamah pencuci mulut sikit pun takpe . Di bahagian sana". Ajak Eunji pada Chanyeol ."Awak nak makan makanan berat , pergi bahagian sana . Ada pasta , bulgogi pun ada tau ". Eunji tersengih memandang Baekhyun .

"jinjja?!!! arraso! gomawo ! awak the best!". Baekhyun terus berlari ke arah makanan berat .

Chanyeol jalan bersama-sama Eunji menuju ke bahagian makanan pencuci mulut .

//Pak// "Aduh". Eunji Hampir terjatuh apabila tumit kasutnya termasuk di satu lubang kecil .Nasib tubuhnya sempat disambut Chanyeol .

"Gwenchana?". Soal Chanyeol sambil memegang tangan Eunji .

"Ya saya tak apa-apa tapi..". Eunji memegang kakinya yang sakit .

"Kejap .Awak jangan bergerak ". Chanyeol tunduk lalu memegang kaki Eunji yang sudah terkesan merah pada buku lali . "Kaki awak terseliuh la". Chanyeol menekan perlahan bahagian buku lali Eunji .

"Chan..yeol ssi ". Panggil satu suara .

Chanyeol cepat-cepat mengalih pandangan apabila namanya dipanggil . Perbuatannya terhenti seketika .

"Eunmi ya..". Chanyeol berdiri perlahan apabila ternampak Eunmi bersama Taeyong .

"Awak buat apa dekat sini ?". Soal Eunmi . Dia memandang wajah Chanyeol dan Eunji bersilih ganti .

"Saya pun dijemput untuk ke majlis ni ". Jawab Chanyeol acuh tak acuh .

"Siapa tu ?". Soal Eunji perlahan .

"Kawan saya ". Jawab Chanyeol bersahaja .

Kata-kata Chanyeol sedikit sebanyak mengguris hati Eunmi .

Chanyeol hanya memandang ke arah pakaian Eunmi . Wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak suka cara pemakaian Eunmi yang terlalu menjolok mata .

"Aigoo sejuk kan malam ni ?". Soal Eunji sambil tersenyum . Eunji memeluk tubuh kerana dress nya juga agak jarang di bahagian tangan .

Chanyeol membukakan coat nya .

Eunmi tersenyum memandang Chanyeol .Fikirnya Chanyeol akan memakaikan dia coat itu namun malangnya . Coat itu dipakaikan pada tubuh Eunji .

"Eunmi , ni pakai coat saya ". Taeyong juga memakaikan Eunmi coat merahnya .

"Eunji ssi , jom ubatkan kaki awak dulu ". Chanyeol memapah tangan Eunji .

"Aa nae ". Eunji mengangguk perlahan .

Air mata sudah bergenang di kelopak mata Eunmi . Hanya tunggu masa untuk gugur saja . Perbuatan Chanyeol betul-betul membuat hatinya sedikit terguris.

"Yah Eun! asal kau nak sedih pula! kau yang minta suami kau rahsiakan tentang perkahwinan kau , tiba-tiba lak kau nak terasa bagai! . Think positive Eun , suami kau bantu yeoja tu sebab yeoja tu cedera!". Jerit Eunmi dalam hati .

"Eunmi ssi ? awak ok tak ?". Soal Taeyong .

"Nae , saya ok je ". Eunmi mengangguk perlahan sambil tersenyum .

"Mianhae Eunmi ..". Bisik Chanyeol dalam hati . Dia sempat memandang Eunmi dari belakang sebelum berlalu pergi .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience