Chapter 11

Fanfiction - KPOP Completed 7370

Usai mengisi perut yang kosong , Baekhyun berjalan sendirian mencari kelibat Chanyeol di pesta malam itu .

"Adoi mana dia Yeol ni?". Bisik Baekhyun sendirian . Tiba di suatu sudut dia ternampak gerangan paling dikenalinya sekali . "Eun..Mi ssi?". Baekhyun mengangkat kening . "DIa buat apa di sini ". Bisik Baekhyun sendirian .

"Pengumuman . Saya selaku pembantu peribadi kepada President juga selaku pengacara majlis ingin menjemput Ji Eunmi dan 5 orang doktor pakar kita pada malam ini sebagai tetamu khas untuk naik ke pentas sekarang .Dipersilakan". Kata Pengacara tersebut sambil tersenyum .

"D-de?". Eunmi tersentak seketika apabila namanya dipanggil.

"Bwoya . Asal Eunmi kena panggil tu ?eh jap..doktor pakar? Yeol!! mana dia pergi ni". Baekhyun memandang sekeliling mencari kelibat Chanyeol yang masih tidak kelihatan.

"Eun! palli ! diorang dah panggil kau tu ". Jerit Hyunhye perlahan di sebelah Eunmi .

"Taknak la.Aku segan la". Eunmi menunduk wajah .

"Aish pergi je ". Hyunhye menolak perlahan tubuh Eunmi.

"Nak saya temankan awak ke?". Soal Taeyong di sebelah Eunmi .

"A-ani.Saya boleh pergi sendiri". Eunmi cepat-cepat beredar dari situ . Ya, daripada dia berkepit dengan Taeyong , baik dia beredar dari situ .Rimas dibuatnya lama-lama .

Setibanya Eunmi di atas pentas , ramai orang memberi tepukan gemuruh apabila melihat tampilan Eunmi.

"Cantiknya!".
"Wow...she is the best girl tonight".
"Omo! siapa dia? model ke? lawanya!".

Ramai orang membuatkan penampilan Eunmi di hadapan .

"Tahniah Ji Eunmi ,  anda dipilih sebagai Ratu paling tercantik dalam majlis ini malam ini.Oleh itu , sebagai ganjaran anda telah diminta untuk menjamu selera bersama President Korea malam ni ". Ucap Pengacara majlis tersebut.

"De?". Sekali lagi Eunmi tergamam .

"Arghh!!!! untungnya dapat bersemuka dengan president kita!".
"Wow!!! hebatnya !! dia dapat jumpa President la!!".

"Tidak lupa juga kepada beberapa orang doktor pakar kita yang diminta untuk sertai bersama majlis menjamu selera itu ". Sambung pengacara majlis lagi .

Sekali lagi orang ramai bersorak.

"Kajja Eunmi ssi ". Pengacara majlis tersebut memegang erat tangan Eunmi .

"Aa de". Eunmi hanya mengikut tanpa membantah .

"Aduhh aku kena cari Yeol ni ". Baekhyun sekali lagi memusing di sekitar mencari kelibat Chanyeol.
. .
"Kaki awak macam mana? ok dah?". Soal Chanyeol sambil mengurut perlahan kaki Eunji .

"De. Dah ok sikit . Kamsahamnida Chanyeol ssi". Eunji tersenyum.

"Ye tak apa.Sudah tugas saya sebagai doktor merawat orang kan". Chanyeol juga tersenyum.

"Er Chanyeol ssi .Boleh saya tanya awak satu soalan?". Eunji membuka bicara.

"Ye tanya la".

"Awak..dah ada teman wanita ke?". Soal Eunji sepontan .

"Saya....". Chanyeol terdiam seketika.

"Yeol !! kau buat apa dekat sini!  tadi pengacara majlis buat announcment minta semua doktor pakar dengan bini- er maksud aku semua doktor pakar dengan seorang model nama Eunmi untuk jamu selera sekali dalam bangunan ni". Ujar Baekhyun .

"B-bwo? Eun... ". Chanyeol mati kata. "Kenapa diorang jemput Eunmi sekali dalam majlis makan malam tu ?". Bisik Chanyeol dalam hati .

"Chanyeol ssi .Kajja ". Ajak Eunji yang juga merupakan doktor pakar .

"Aa nae". Chanyeol mengangguk perlahan .
. .
Tiba di sebuah meja , Chanyeol melabuhkan punggung duduk di hadapan Eunmi. Eunji pula duduk di sebelah Chanyeol. Eunmi pula di sebelah siapa? semestinya la di sebelah President Korea ! . Chanyeol hanya memandang ke arah Eunmi yang menunduk wajah sejak tadi.Dia tahu wanita itu tidak selesa berada di situ apatah lagi dengan pakaiannya yang sedikit menonjol.

"Eo? kenapa duduk situ my pri-"
"Terima kasih kerana menjemput kami ke sini Hwajangnim". Eunji cepat-cepat mencelah kata-kata President Jung . Dia sempat lagi membuat isyarat mata pada Appa nya supaya belakon tidak mengenalinya di hadapan orang ramai .

"Aa de . Jemput makan semua ya ". Ujar President Jung sambil mengangkat gelas berisi wain.

"Nae! kamsahamnida hwajangnim! ". Jerit mereka semua seraya melagakan gelas sesama sendiri.

"Eunmi ssi . Makan la . Jangan ditenung saja". President Jung tersenyum memandang Eunji di sebelahnya .

"Aa de hwajangnim". Eunmi masih lagi menunduk wajah . Sebenarnya Eunmi sedikit tidak selesa apabila President Jung meletakkan tangannya di atas paha Eunmi sejak awal Eunmi tiba di meja itu . Perbuatan President Jung mendatangkan rasa kurang senang pada Eunmi yang berada di situ .

"Arraso. Kalau ni yang president nakkan aku kesah apa. Lagipun suami aku sendiri macam tak layan aku .Aku tak tau apa sebab Chanyeol buat semua tu tapi siapa je tak terasa dengan perbuatan dia ". Bisik Eunmi dalam hati . Dia mencapai sebotol wain merah lalu menuang ke dalam gelasnya hingga penuh .

Chanyeol yang berada di hadapan Eunmi juga terkejut memandang perbuatan isterinya itu.

"Hwajangnim ! . Saya dengar hwajangnim tidak berapa sihat kebelakangan ini .Saya cadangkan hwajangnim perlu tinggalkan minum minuman keras kerana minuman keras boleh menyebabkan pelbagai penyakit dalaman tanpa kita sedari ! . Jika mengambil terlalu banyak minuman keras , kemungkinan risiko cancer juga senang datang ". Terang Chanyeol tiba-tiba .

"Eo ? mana kamu tau saya tidak sihat kebelakangan ini ?". President Jung sudah tersenyum .

"Saya kan doktor . Sudah lama saya jalankan kerja ni.Jadi saya tau , siapa sakit dan siapa tidak sakit". Ujar Chanyeol lagi .

"Ele nak cakap dekat bini ler teww". Kata Baekhyun perlahan . Semua orang memandang ke arah Baekhyun.

"Aa selamat menjamu selera juga!". Baekhyun menyumbat daging bakar ke dalam mulutnya sebelum dia dipukul oleh Chanyeol .

"Nae betul tu hwajangnim.Aigoo hwajangnim tak sayang dekat keluarga hwajangnim ke? kalau hwajangnim sakit nanti , risau mereka tau tak ". Celah Eunji pula .

Perbuatan Eunmi yang ingin minum alkohol di tangannya terhenti seketika. "Chanyeol...kata dekat aku atau dekat president ?". Bisik hati Eunmi .

"Aigoo..kamhamnida kerana mengambil berat tentang saya . Saya akan pantang dalam pengambilan alkohol ". Ujar Presidnt Jung sambil tersenyum lagi .

Majlis makan malam itu berlangsung hampir 1 jam lebih . Kini mereka semua dibenarkan beredar apabila orang semakin mengurang di majlis tersebut.Jam sudah menunjukkan 12 malam . Mereka sempat berjabat tangan sesama sendiri sebelum beredar .

Usai berjabat tangan dengan semua orang di meja itu , Eunmi cepat-cepat beredar kerana sudah tidak tahan lagi berada di situ .

"Annyeong Kang sajangnim , macam mana keadaan sajangnim?". Soal Eunji yang baru sahaja berjabat tangan dengan Kang sajangnim di meja itu .1 Tahun lalu Eunji pernah menjadi doktor kepada Kang sajangnim semasa di US .

"Uhukkk uhukkk . Saya baik-baik saja.Cuma, kebelakangan ni saya sedikit ...uhukkkk ....sesak...uhukkk uhukkk...nafas ".

"Kang sajangnim! gwenchana?". Eunji menepuk perlahan bahu Kang sajangnim .

"Uhukkk uhukkk ...tolong ... saya ". Sapu tangan kecil yang dipegang di tangan Kang sajangnim sudah dipenuhi dengan darah .

"Chakkaman! ". Baekhyun menarik tangan Eunji .

"Wae-Waeyo?". Eunji terkejut dengan perbuatan Baekhyun yang mnahannya tiba-tiba.

"Kang sajangnim ! . Kang sajangnim ada apa-apa penyakit ke?". Soal Baekhyun .

"1 tahun lalu Kang sajangnim mengalami penyakit batuk kering dan menyebabkan kerongkongnya rosak , tapi saya dah rawat .Semua baik-baik saja ". Terang Eunji .

"Molla". Balas Kang sajangnim sepatah sebelum terbaring di lantai kerana badannya sudah terasa lemah sekali .

"Tu bukan TB . Dia juga mengalami selsema yang kuat ". Ujar Uisa Kim selaku doktor pakar di situ .

"Nae majayo . Kita perlu segera bawa pesakit ke hospital terdahulu!". Jerit Eunji .

"Ada apa ni?". Soal Chanyeol yang baru tiba dari tandas . Sekali itu dia memandang sekeliling mencari kelibat Eunmi . Belum sempat dia lihat Eunmi beredar dari situ kerana dia pergi ke tandas untuk mencuci bajunya yang terkena sedikit sos makanan.

"Molla . Kita perlu bawa Kang sajangnim ke hospital dulu untuk rawatan lanjut". Ujar Baekhyun pula.

"Tunggu!! ". Chanyeol menahan Baekhyun dan Eunji dari menyentuk Kang sajangnim.

"W-waeyo?". Eunji tersentak .

Chanyeol mengeluarkan sarung tangan putih yang dibawanya kemana saja dalam poket bajunya . Dia cepat-cepat menyarungkan ke tangannya dan menyentuh pada dahi pesakit .

"Panas...". Ujar Chanyeol sepatah . Badan pesakit juga menggigil sekali.

"Pesakit demam ke?". Soal Baekhyun .

"Ani . Ni bukan demam biasa ". Chanyeol memandang ke arah Uisa Kim .

"SARS! ". Jawab Chanyeol dan Uisa Kim serentak .

"Bwo?!! SARS?!!! ". Baekhyun dan Eunji juga terkejut . (SARS- Severe Acute Respiratory Syndrome . Sejenis penyakit paru-paru yang teruk)

"Mohon siapa yang berada di meja ni jangan beredar kemana-mana dulu!!". Jerit Chanyeol.

"Wehh Yeol ! takkan la....". Baekhyun sudah faham apa dimaksudkan dengan Chanyeol .

"Ya , kemungkinan besar penyakit ni sudah merebak rata . Eunji , bila kang sajangnim mula batuk ni ?". Soal Chanyeol  .

"Er tak silap saya masa semua orang tengah berjabat tangan tadi ". Kata Eunji dengan yakin.

"Kalau diikutkan.. Kang sajangnim duduk di sebelah kiri Eunmi dari awal Eunmi datang .Wait...mana Eunmi!! ". Jerit Chanyeol dalam hati . Dia memandang sekeliling mencari kelibat Eunmi .

"Yeol! ". Baekhyun faham akan reaksi Chanyeol sekarang .

"Eunji ,Baek tolong awasi semua orang dekat sini . Jangan bagi sesiapa beredar sebelum ambulan tiba di sini ! ". Arah Chanyeol .

"Arraso ". Eunji mengangguk perlahan .

"Aku ikut kau ". Baekhyun memegang bahu Chanyeol.

"Tapi-"

"Takpe , doktor lain ada lagi dekat sini .Kau tak boleh sendirian ".Ujar Baekhyun lagi.

"Arraso". Chanyeol mengangguk perlahan .

Tanpa membuat masa Chanyeol terus beredar keluar dari bangunan itu dan mencari kelibat Eunmi . Tangannya tak henti mencari contact number Eunmi .

"Eunmi jebal.... awak dekat mana ni ". Bisik Chanyeol perlahan . Pencariannya langsung tak henti.  "Aduhh tak angkat pulak ". Chanyeol terus dan terus menghubungi Eunmi .

"Kau dah cuba call PA dia?". Soal Baekhyun.

"Dah tapi dua-dua tak angkat". Wajah Chanyeol jelas kelihatan gusar sekali .

"Jom kita cari Eunmi dekat company diorang dulu .Kalau takda, baru pergi ke rumah kau ". Cadang Baekhyun.

"Arraso, kajja". Chanyeol akur .
. .
"Hyunhye ya...kau ada panadol tak? aku pening la ". Eunmi memegang kepalanya yang terasa pening tiba-tiba.

"Waeyo? kau ok tak ni Eun ?". Hyunhye menepuk perlahan bahu Eunmi .

"Aduhh kepala aku sakit la". Wajah Eunmi sudah berpeluh sekali .

"Jap aku ambil panadol". Hyunhye mencapai beg galasnya di belakang kereta . Mereka kini menuju ke SM ent.
. .
"Yeol...tadi bukan bukan isteri kau je yang berjabat tangan dengan Kang sajangnim...tak silap aku , Eunji pun jabat tangan dengan Kang sajangnim ". Ujar Baekhyun apabila teringat kembali kejadian tadi.

"B-bwo? yahh!! asal kau tak ckap awal2!! . Call Eunji sekarang!! . Minta dia jangan dekati sesiapa sampai ambulan tiba!". Arah Chanyeol.

"A-aku takde nombor dia".

"Aishh ni ambil fon aku , call dia cepat ". Chanyeol mencampakkan telefon bimbitnya di atas paha Baekhyun.

"Arraso". Baekhyun akur .
. .
"Eunmi ssi.Kita dah sampai ". Hyunhye menepuk perlahan paha Eunmi yang sudah tidak sedarkan diri . "Eunmi ?". Panggilnya lagi . "Omo!! panasnya badan kau !!!". Hyunhye terkejut apabila wajah Eunmi panas sekali . Bibirnya pucat lesi bagai tidak diletakkan lipstik saja. "Eunmi !!! ". Hyunhye masih lagi menepuk perlahan pipi Eunmi . "Tak boleh jadi ni!! aku kena bawa kau ke hospital !! ". Hyunhye mencapai beg galasnya dan memapah Eunmi keluar dari van .

"Hyunhye! nak pergi mana tu ?". Soal Taeyong yang ternampak kelibat mereka .

"Eunmi tak sihat! saya nak bawa dia ke hospital kejap ". Ujar Hyunhye yang kelihatan tergesa-gesa .

"Huh ? tadi dia ok je . Kenapa tiba-tiba tak sihat pula?". Soal Taeyong kehairanan .

"Ah nanti la saya jawab soalan awak tu !". Hyunhye hanya layan Taeyong acuh tak acuh .

"Pelik .Tadi mesra alam je aku tengok si Eunmi ni . Ni sakit pulak ?". Taeyong menggaru kepalanya .

Beberapa belas minit selepas Eunmi dibawa ke hospital , Chanyeol tiba kawasan SM ent dan memarkir kereta nya di hadapan pintu masuk syarikat .

"Bwoya . Siapa pulak ni?". Soal Taeyong yang baru melangkah menuju ke keretanya .

"Yahh ..mana Eunmi!!". Soal Chanyeol apabila ternampak Taeyong di keretanya .

"Eunmi? buat apa kau cari dia?". Taeyong tersenyum sumbing.

"Aku takda masa nak main dengan kau ! bagitau aku Eunmi dekat mana sekarang!!". Chanyeol sudah menggenggam tangannya .

"Wow..aku fikir kau dah tak peduli dekat dia .Kau still marah dekat dia kes di London tu ea? hahaha . Adoii aku kesian tengok hubungan korang ni . Eunmi percaya kau, cinta kau , tapi kau ... langsung tak percayakan bini kau sendiri ". Taeyong menggeleng kepala .

"Yah..aku tak kesah siapa kau , apa hubungan kau dengan Eunmi ! yang penting sekarang ni mana bini aku !". Chanyeol sudah mencengkam kuat koler baju Taeyong.

"Y-yah Yeol !! sudah laa!!". Baekhyun keluar dari perut kereta dan menarik Chanyeol.

"Mana aku tau bini kau pergi mana! . Tadi Hyunhye bawa bini kau pergi hospital! katanya bini kau tak sihat! . Tu la ! buat lagi perangai budak2 kau sampai bini kau sakit pun kau tak tau! " . Marah Taeyong.

"Hospital mana mereka pergi ?". Soal Chanyeol lagi.

"Mana aku tau . Hyunhye tak cakap apa-apa pun ". Taeyong sudah membuang pandangan .

"Aishh jinjja!! ". Chanyeol terus msuk ke dalam perut keretanya diikuti Baekhyun .

"Kita nak pergi hospital mana dulu ni ?". Soal Baekhyun .

"Hospital kita paling terdekat dengan sekitar ni pun .Aku rasa mereka dah sampai sana". Chanyeol terus menekan pedal minyak .
. .
Tiba di hospital Chanyeol terus menuju ke kaunter pertanyaan .

"Minji ssi ! tolong check nama pesakit Ji Eunmi atau Park Eunmi yang baru sampai ke sini ". Arah Chanyeol.

"Aa nae sunbaenim". Minji hanya menurut arahan . "Pesakit sekarang berada di zon merah wad B ". Kata Minji setelah menyemak maklumat di komputernya .

"Arraso gomawo !!". Chanyeol terus berlari menuju ke zon tersebut .

Tiba di Zon merah , Chanyeol membuka satu per satu tirai yang ditutup setiap pesakit dan mencari kelibat Eunmi .

"Eunmi..mana awak ..".

"Yeol!! sini!!". Panggil Baekhyun di suatu sudut .

"Bwoya! buat apa Baek berdiri di bilik kuarntin tu". Chanyeol berlari anak ke arah Baekhyun.

"Eo ? Chanyeol ssi ". Hyunhye berdiri apabila trnampak kedatangan Chanyeol.

"Apa jadi dengan Eunmi ?". Soal Chanyeol.

"Molla . Tadi awal dia ok je. Pastu tadi tiba-tiba dia minta panadol dekat saya.Dia cakap dia pening kepala . Last saya check suhu badan dia tadi hampir cecah 39c ". Kata Hyunhye.

"B-bwo? a-awak bagi panadol dekat dia?". Chanyeol tersentak seketika.

"Waeyo Yeol? tak boleh makan panadol ke?". Soal Baekhyun.

"Tak boleh !! . Eunmi dah terkena virus dari SARS tu!! . Dia tak boleh makan apa-apa ubat lagi selagi suhu badan dia tak stabil!!". Baru saja CHanyeol ingin memulas tombol pintu Baekhyun menahan tangan Chanyeol.

"Yeol!! kau tak boleh masuk!! . Kalau virus SARS bermaksud sesiapa pun tak boleh dekat dengan mereka !". Ujar Baekhyun.

"Tapi Baek-".

"Gwenchana . Aku nampak Uisa Jung dah ambil darah Eunmi tadi untuk check virus sama ada positive atau negative ".

"Eunji mana?". Soal Chanyeol .

"Tepi tepi !!! ". Seorang pesakit lagi terlantar di atas katil .

"Eun..Ji". Baekhyun memandang pesakit yang terlantar itu dengan terkejut .

"Minji !! berapa orang lagi jadi macam ni ?!". Chanyeol menahan Minji yang menolak katil Eunji ke bilik kuarntin .

"3 , termasuk Kang Taejo .Timbalan president ". Ujar Minji .

"Kalau Kang sajangnim yang bawa virus ni , Eunji dengan Eunmi dah jabat tangan dengan sajangnim maksudnya ...salah sorang mereka pasti positive atau keduanya...positive". Ujar Baekhyun dengan riaksi terkejut .

"Waeyo? Eunmi tak apa-apa kan?". Soal Hyunhye yang berdiri di sebelah Baekhyun .

"Jangan risau , awak doa je dia tak apa-apa". Baekhyun mengagahkan senyum .

"Siapa yang take incharge mereka semua ?". Soal Chanyeol lagi .

"Uisa Han ". Jawab Minji .

"B-bwo? tak mungkin la!! ". Chanyeol tercengang lagi .

"Waeyo ? kamu tak percayakan saya?". Celah Han seonsaengnim yang baru tiba.

"Saya akan rawat Eunmi sendiri ". Ujar Chanyeol .Tangannya sudah menggenggam erat katil Eunji di hadapannya .

"Bukan ke lesen kamu sudah ditarik ? 3 minggu . Jadi kamu tak boleh rawat mana-mana pesakit sekarang ". Uisa Han tersenyum .

"Yeol....apa Uisa Han cakap tu?". Soal Baekhyun yang masih tidak faham akan situasi sebenar.

"Fikir baik2. Once saya lepas tangan dekat 3 orang pesakit ni , mereka semua mungkin tak dapat diselamatkan lagi dalam masa terdekat". Ujar Uisa Han lagi .

"Han sunbaenim!!! ". Jerit Chanyeol .

"Wae? salah ke saya cakap ? jadi jangan cuba rampas pesakit saya lagi . Saya doktor juga, saya tau apa saya buat". Uisa Han terus masuk ke dalam bilik kuarntin dengan memakai set lengkap pakaian pelindung .

"Argh!!!! ". Jerit Chanyeol kuat memecahkan suasana hospital .

"Yeol ,kau kena tenangkan diri dulu . Kau tak boleh macam ni . Isteri kau dalam bahaya sekarang . Dia hanya ada kau sekarang untuk beri dia sokongan . Kalau kau terus macam ni....". Baekhyun menepuk perlahan bahu Chanyeol . Hyunhye sudah mengalirkan air mata setelah mendengar keadaan Eunmi .

"Test dah keluar! . 2 negative ,1 positive ". Ujar Nurse Minjung yang membawa kertas hasil dari darah yang diambil di tangan Eunmi , Kang Sajangnim dan Eunji .

Tanpa berkata apa Chanyeol terus merampas kertas itu dari tangan Minjung dan meneliti nama di kertas itu . Ji Eunmi ....dia melihat sebaris nama di kertas itu . Negative. Lututnya tiba-tiba berasa lemah apabila melihat hasil semakan di kertas itu . Chanyeol terus jatuh melutut.

"Chanyeol ssi....kenapa ni?". Soal Hyunhye yang melihat keadaan Chanyeol .Baekhyun sudah meraup wajah apabila dapat tahu dari reaksi Chanyeol .

"Argh!! ". Jerit Chanyeol kuat . Dia tidak dapat berbuat apa lagi apabila lesennya ditarik.Malah nak merawat isterinya juga tidak dibenarkan lagi .

"Sabar Yeol". Baekhyun menepuk perlahan belakang Chanyeol .

"Eunmi...maafkan saya, saya tak dapat selamatkan awak ". Chanyeol menangis dan meraup wajahnya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience