Chapter 5

Fanfiction - KPOP Completed 7370

$Typo menguasai ff! Lol$

Eunmi duduk sendirian di wad sambil termenung . Fikirannya tak henti memikirkan Chanyeol . Entah mengapa .

"Arrgh!! aku gila ke !!! asal aku asyik fikir pasal dia je ni !!!! ". Jerit Eunmi seraya mengusutkan rambut . "Kenapa aku banyak buruk sangka dengan dia sangat ....dia bukan mafia okeyy . DOKTOR ! satu pekerjaan cukup hebat bagi orang seperti dia . Kenapa aku cakap macam tu . Aigoo . Macam mana aku nak minta maaf dengan suami aku sendiri ni ". Sekali lagi Eunmi membuang pandangan ke arah jendela disebabkan katilnya menghadap tingkap sebesar bilik VIP itu .

"Harini aku boleh balik rumah dah . Omma taknak datang ambil ke? kol berapa dah ni ". Eunmi merenung jam di dinding .

//Tok tok tok// Chanyeol mengetuk bilik Eunmi sebelum memulas tombol pintu . Dipandang wajah Eunmi sambil senyum tak lekang di bibir . Hari ini dia mendapat berita baik iaitu dia akan dinaikkan pangkat sebagai Ketua di bahagian pakar bedah . Kabar itu sangat memuaskan hatinya . Mungkin kerjanya akan lebih sibuk dari sediakala .

"Aigoo jangan senyum !! .Asal aku macam ....ani ani !! aku tak boleh suka dia!! macam mana kalau ..arghh serabut tol ". Jerit Eunmi dalam hati .

"Sayang dah ok ?". Soal Chanyeol lalu melabuhkan punggung duduk di sebelah Eunmi .

"Erm makin ok je ni abang . Cuma badan sayang rasa lenguh sikit ". Eunmi memegang bahunya . "Aku dah tak rasa janggal dengan dia.....mungkin sebab cara dia layan aku ". Bisik Eunmi dalam hati .

"Oh . Memang macam tu . Effect dari ubat abang letakkan . Jangan risau , urut sikit je tu nanti ok la . Pukul 12 nanti sayang dah boleh balik . Nak abang hantarkan atau call omma datang ambil ?". Soal Chanyeol lagi .

"Erm abang sibuk ke ? ". Soal Eunmi semula .

"Pukul 12 ni memang time rehat abang , sampai pukul 1 . Ikut la kalau takde pesakit dalam masalah ". Ujar Chanyeol semula .

"Kalau macam tu ..abang hantarkan sayang balik boleh ? Sayang taknak susahkan omma ...". Eunmi menunduk pandangan .

"Boleh je ". Chanyeol tersenyum memandang Eunmi . "Sekarang baru pukul 9 pagi . Sayang rehat la dulu .Jangan banyak bergerak ok ? apa-apa tekan je butang dekat tepi tu .Abang datang nanti ". Chanyeol menolak perlahan tubuh Eunmi baring semula di katilnya .

"Abang ...". Panggil Eunmi .

"Ye ?". Sahut Chanyeol .

"Sayang lapar la ..sayang still kenaa makan makanan hospital lagi ke ? ". Eunmi mencebik .

"Alahai .Buat masa ni sayang kena makan makanan hospital lagi . Nanti balik rumah abang masakkan untuk sayang ok ". Chanyeol mengusap perlahan kepala Eunmi .

"Nae . Gomawo ". Balas Eunmi . "Sejak aku sakit ni baik je Chanyeo layan aku . Nanti bila aku dah sembuh ...dia nak ke layan aku macam ni lagi ? atau dia akan kasar dengan aku macam selalu ? aku suka Chanyeol sekarang sebab aku rasa....aku dah sukakan dia " . Bisik Eunmi dalam hati .

"Ye sama-sama ". Balas Chanyeol sambil tersenyum . "Nanti abang minta nurse hantarkan makanan untuk sayang . Abang nak lawat pesakit abang kejap tau ". Ujar Chanyeol sambil memegang tangan Eunmi .

"Arraso ". Eunmi mengangguk perlahan . "Aku suka bila Chanyeol pegang tangan aku . Terasa seperti diri aku sangat disayangi oleh dia walaupun aku sendiri tak pasti perasaan Chanyeol sebenar terhadap aku ". Bisik Eunmi dalam hati .

Skip!!
. .
Jam sudah menunjukkan di angka 12 . Chanyeol datang tepat pada masanya di bilik Eunmi .Tanpa mengetuk terdahulu , Chanyeol terus memulas tombol pintu bilik Eunmi .

"Sayang dah siap ke ?". Soal Chanyeol .

"Eo ? abang ! ". Eunmi memandang wajah Chanyeol .

"Lah tak siap lagi ? taknak balik rumah ke ?". Chanyeol tergelak kecil .

"Nak tapi ...ni nak buka macam mana ?". Eunmi menunjukkan jarum masuk air di tangannya .

"Ohh tarik je la . Takpe abang buatkan ". Chanyeol mendekati Eunmi lalu membuka perlahan tube saluran air di tangan kanan Eunmi .

"Omo! da-darah laa..". Eunmi tercengang seketika . Kepalanya tiba-tiba pusing .

"SIkit je ni . Jangan la tengok ". Chanyeol cepat2 mengambil kapas di atas meja sebelah katil Eunmi lalu menekapkan di tangan Eunmi .

"Fuhh nasib tak banyak keluar ". Eunmi melepaskan keluhan kecil .

"Dah . Pergi la salin baju . Abang tunggu dekat sini ". Chanyeol melabuh punggung di katil Eunmi . Dia hanya berpakaian kemeja lengan panjang warna purple gelap bersama seluar slack putih saja . Coat putihnya sudah dibuka dan ditinggalkan di biliknya .

"Arraso..". Eunmi mencapai satu beg kertas lalu menuju ke bilik air .

Sudah hampir 15 minit tetapi Eunmi masih tidak keluar dari bilik air .

"Lamanya bini aku salin baju . Salin baju ke jahit baju dalam tu ". Omel Chanyeol dalam hati . "Sayang ? sayang ok tak ?". Chanyeol berjalan ke arah pintu bilik mandi .

"Er okey tapi ...". Dari tadi Eunmi masih memaksa tangannya kanannya untuk menyarung blous lengan panjangnya . Agak sukar baginya kerana tangan kanannya lenguh sekali kerana ditindan badannya sendiri semalam .

"Tapi apa ?". Soal Chanyeol di pintu . Dia tiba-tiba rasa risau dengan Eunmi di dalam .

"Aduhh tangan sayang lenguh la ". Ujar Eunmi .

"Abang masuk ea ?".
"Tak per- omo! ". Eunmi terperanjat akan terjahan Chanyeol yang tiba-tiba masuk di dlam bilik air itu .

"Sini abang tolong ". Chanyeol memegang lengan kanan Eunmi.

"Aduhaiii dah la nampak habis badan aku niii. Segannyaaa!!!". Jerit Eunmi dalam hati.

"Ok dah . Seluar pun nak abang tolong pakaikan ke ?". Chanyeol memandang wajah Eunmi tanpa reaksi . Dia langsung tidak janggal dengan wanita itu .

"De?! ani! sayang boleh pakai sendiri . Abang keluar la ". Eunmi tersenyum janggal .

"Betul ni ?". Soal Chanyeol .

"Betul3 ". Eunmi mengangguk laju . Giler ke nak suruh dia pakaikan seluar!!

Skip !!
. .

Tiba saja di rumah , Chanyeol memimpin tangan Eunmi masuk ke dalam rumah seolah Eunmi mempunyai pesakit kronik saja .

"Aigoo abang , sayang ok je la . Boleh jalan sendiri ". Ujar Eunmi perlahan .

"Takpe , lepas ni abang busy mana sempat nak layan sayang macam ni dah ". Balas Chanyeol sambil tersenyum .

"De?! waeyo ? abang nak pergi mana ?!". Soal Eunmi . Laju saja pertanyaan itu diajukan .

"Tak pergi mana pun . Cuma abang baru saja dinaikkan pangkat , so lepas ni abang busy sikit la . Abang jarang dapat shif malam , jangan risau la ". Chanyeol cuba menyedapkan hati Eunmi .

"A-arraso...". Eunmi mengangguk perlahan .
SKip!!
. .

Usai menyediakan makanan untuk Eunmi , Chanyeol terus meminta diri untuk balik ke hospital semula .

"Aigoo . Dia baru je pergi tak sampai 5 minit . Asap kereta dia pun tak hilang bau lagi tapi aku rasa sunyi dah tanpa dia . Arrghh apa kena dengan aku ni !!!". Jerit Eunmi sendirian di dalam bilik .

Eunmi hanya menenung makanan yang disediakan oleh Chanyeol . Kali ini makanan seperti ayam , dan daging disediakan .

"Yeyy !! ada sup ayam !! ". Jerit Eunmi . Alahai ..sup ayam pun boleh happy . apa benda la .

"Rilex Eun , malam ni suami kau balik , terubat la rindu di hati . Ecewahh ". Eunmi tersenyum sendirian . "Yah! yah !! Ji Eunmi !! kau asal ha angau sorang2 ni !!! ". Jerit Eunmi seraya menampar pipi nya . "Aduh asal aku macam orang gila ni ". Omel Eunmi sambil melepaskan keluhan kecil .

//Kringggg kringggg// "Yahhh aku sakit kau tak datang lawat aku langsung!!!! kau pergi mana haaa !!". Jerit Eunmi di talian .

"Bwoya!! oi! terkejut aku tau !! . Kau sakit apa ? kau dekat mana ni ?! ". Soal Hyemin di talian .

"Dekat rumah la ..aku baru balik dari hospital ". Ujar Eunmi .

"Arraso2 . Aku datang kejap lagi ". Hyemin terus mematikan talian .

"Betuah punya PA! pecat kanggg . Nasib kawan baik ". Eunmi mencebik sendirian .

//TIng// Satu notification masuk .

'Esok awak ada shooting macam biasa . Tolong hadir ' [CEO KiM]

"Aii ...sakit2 pun nak pergi shooting keee ". Bebel Eunmi sendirian .

'Saya tak sihat ni sajangnim . Saya pergi minggu depan boleh ?' [Eunmi]

'Bwo ? tak sihat ? awak dekat mana ni ? awak ok tak ?' [CEO KiM]

'Saya dekat rumah . Ye makin pulih . Gwenchana , Hyemin tolong jagakan saya ' [Eunmi]

"Eii nak je aku cakap suami aku tolong jaga . Kang jadi isu terhangat dekat syarikat pulak . Diorang bukan tau pun aku dah kawin .Tak pasal lucut jawatan aku . Sia2 usaha aku nak jadi model sejak kecik ". Eunmi melepas keluhan kecil .

'Jinja? arraso . Awak boleh ambil cuti sampai awak betul2 sembuh . Apa2 call saya arraso?' [CEO Kim]

'Nae' [Eunmi]

"Haih ..CEO Kim ni still sukakan aku ke ... tau la umur tak jauh dengan aku pun . Dia tua 2 tahun dari aku je pun tapi aku tak boleh terima dia . Dengan Chanyeol dulu pun ambil masa aku nak suka dia apatah lagi CEO Kim ni . Lagi la aku tak rasa apa2 langsung dekat dia " . Eunmi baring ke katilnya .

Skip!!
. .

"Wehh Baek . Harini aku takda shif malam kan ?". Soal Chanyeol sambil menyelak helaian tugasannya .

"Minggu ni kau memang takde shif malam . Aku je ada . Minggu depan maybe kau ada shif malam . Maybe dalam 2 ,3 hari je kut . Tapi kau banyak tugas waktu siang . Prepare yourself la Yeol .Aku tak dapat tolong dah kali ni sebab aku pun dinaikkan pangkat ke tempat kau dulu . Ingat tak busy ke ". Doktor Baekhyun tersengih .

"Arraso .Kita sama2 kerja keras la ". Chanyeol mengerling Baekhyun sambil tersenyum .

"Bini kau dah ok ke ?". Soal Baekhyun .

"Pelan2 ok . Tadi aku dah hantar dia balik rumah ". Balas Chanyeol .

"Sorry kalau soalan aku agak bodoh sikit . Kau cintakan bini kau ke ? aku dengar kau kena paksa kahwin dengan dia ". Ujar Doktor Baekhyun .

"Kenapa kau tanya aku macam tu ? hahaha sejujurnya perasaan aku mungkin makin hari makin terpaut dekat dia . Tapi setakat ni masih dalam proses nak dekat dengan dia la . Lagipun aku dah nampak perubahan sikit dalam perhubungan aku dengan bini aku . Dia tu manja kalau kau nak tau . So orang manja ni mudah je nak handle ". Chanyeol mencuit hidungnya .

"Wehh aku nak bini model jugak . Kau taknak suruh bini kau kenalkan aku dekat kawan dia kee ". Baekhyun menongkat dagu memandang wajah Chanyeol .

"Gila ke kau . Aku pun omma aku tetapkan . Pandai2 kau la cari sendiri nanti ". Chanyeol menggeleng laju kepalanya .

"Ishh sentap lah ! ". Baekhyun mencebik .

//Tittt titttt tittt code bluee!! code blue!! // Kedengaran seren memenuhi ruang hospital .

"Wehh! patient kau yeol!! ". Jerit Baekhyun .

"Arraso! ". Chanyeol mencapai coat putihnya dan segera keluar dari biliknya .

Skip!!
. .

Jam sudah menunjukkan di angka 9 malam . Chanyeol masih tidak pulang ke rumah .

"Ishh mana CHanyeol nii .Tadi cakap takda shif malam , pukul 8 da boleh balik . Ni dah pukul 9 batang hidung pun tak nampak ". Eunmi mencebik .

Eunmi menenung skrin telefonnnya . Dia menunggu panggilan atau sms dari Chanyeol seharian namun satu panggilan pun langsung tidak diterimanya .

"Huarghh kalau tau abang tak balik malam ni sayang tidur rumah ibu takpee". Eunmi mengelupur di atas katil .
. .

Beberapa jam kemudian Chanyeol tiba di perkarangan rumahnya . Dia menenung ke arah lampu bilik Eunmi . Masih menyala .

"Eh ? bini aku tak tidur lagi ke ?". Soal Chanyeol sambil melihat jam tangannya yang sudah menunjuk di angka 12 malam .

Tanpa membuang masa , Chanyeol terus melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik Eunmi .

//Krak// Perlahan-lahan Chanyeol memulas tombol pintu .

"Eh? dah tidur rupanya . Dia tak tutup lampu ". Chanyeol berjalan lalu melabuh perlahan punggung di katil Eunmi . Hanya kedengaran dengkuran kecil Eunmi sahaja .

"Tidur pun comel ". Chanyeol mengusap kepala Eunmi sambil tersenyum .

"Eo ? abang dah balik ?". Tiba-tiba Eunmi tersedar apabila terasa kepalanya disentuh .

"Eh abang ganggu sayang tidur ke . Mianhae ..". Bisik Chanyeol perlahan .

"Aniyo . Tak ganggu pun . Lewatnya abang balik ". Eunmi bangun dari tidurnya .

"Abang ada pesakit dalam kritikal tadi. Tu yang balik lewat . Sayang sambung la tidur . Abang nak balik bilik abang ni ,nak mandi2 dulu ". Ujar Chanyeol .

Baru saja Chanyeol ingin berdiri dari tempat Eunmi , tiba-tiba Eunmi menarik tangannya . Chanyeol tersentak seketika .

"Abang mandi la dekat sini . Baju abang kan banyak dalam almari tu ". Kata Eunmi perlahan .

"Bini aku ni mamai ke apa ? ke dia mimpi lagi ?". Bisik Chanyeol dalam hati . "De? ". Chanyeol tercengang seketika .

"Tidur la dengan sayang . Sayang takut la tidur sorang . Please...". Eunmi memuncung bibir memohon .

"Aigoo . Iyelah . Sayang baring la . Abang nak mandi kejap ". Chanyeol bangun lalu menuju ke arah almari sebesar dinding . Dia mencapai tuala miliknya bewarna merah . Sudah lama dia tidak tidur di bilik itu sejak kehadiran Eunmi di rumah itu .

Eunmi kembali memejamkan matanya . Sememang waktunya tidur pada jam 11 malam . Sekarang sudah hampir 1 pagi . Semestinya matanya hanya memanggil tilam saja .
. .

Usai mandi dan mengenakan pijama , Chanyeol menarik selimut menutupi badan Eunmi . Dia perlahan-lahan baring di katil agar tidak kejutkan Eunmi dari tidurnya lagi . Dia tahu Eunmi masih letih setelah keluar dari hospital .

"Selamat malam sayang ". CHanyeol mengucup lembut dahi Eunmi dan merapatkan diri dengan tubuh Eunmi .

Ditenung wajah Eunmi dengan penuh minat . Sejak kali pertama dia melihat wanita itu , dia agak tidak tertarik ,tetapi lama-lama sejak dia nampak perbahan pada wanita itu , dia makin minat untuk mendekati isterinya .

-BERSAMBUNG-

(a/n: sy akan update ff ni setiap hari khamis je... Bnyk lagi ff lain nk kena siapkan.. Huhu... Hope reader bole tnggu)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience