Chapter 4

Fanfiction - KPOP Completed 7370

Hampir seharian aku melihat Chanyeol berada di rumah dan tidak kemana-mana . Dia juga terkurung di dalam bilik . Mungkin tidur kerana keletihan di waktu malam . Sampai sekarang aku masih tidak tahu pekerjaan apa yang dilakukan dia ? kenapa dia sering mengelak asal aku tanya pasal pekerjaan ? teruk sangat ke kerja dia ?

//Kring kring// "Omo! Lim sajangnim call pulak!! ". Aku menjadi gelabah tiba-tiba . Sudah aku cakap pada dia yang aku di luar negara sekarang . Bukan apa . Lim sajangnim satu-satunya CEO paling gilakan perempuan yang cantik . Dan semestinya aku juga dalam kategori kegilaan dia . Pernah sekali aku menolak tawaran dia untuk menjadi model di syarikat dia . Terus dia kejar aku sampai sekarang . Apa tak ada model lain ke nak suruh bekerja dekat syarikat dia ? .Tanpa membuang masa aku terus menerjah masuk ke dalam bilik Chanyeol .

"Omma!!!! ". Aku terus menutup rapat mata aku .

"Kau asal main terjah bilik orang ni ?". Soal Chanyeol yang baru mengikat tuala hingga paras pinggangnya .

"Asal aku selalu datang ke bilik Chanyeol time tak kena ni ". Bisikku dalam hati . "Saya nak minta tolong". Ujarku . Wajahnya langsung aku tak pandang . Asal la sexy sangat suami aku lepas mandi ni . Yah Ji Eunmi! kuatkan hati kau! jangan mudah jatuh hati dengan dia!

"Minta tolong apa pula?". Soal Chanyeol sambil mengatur langkah ke arah Eunmi .

"Ni ha nak minta to- omona!! ". Sekali lagi aku menutup muka aku dengan tanganku apabila Chanyeol betul-betul berada dekat dengan aku . Bila dia datang ?!!

"Kau jangan over boleh tak ? jentik dahi kang . Buka la mata kau! .Bukan kau tak pernah nampak laki-laki pakai macam ni dekat syarikat kau . Mesti ada lagi hot punya . Bajet takut sangat asal ". Marah Chanyeol .

"Ishh!! diorang takde la pakai macam awak ni !! one more, saya tak per-" //Kring kring// sekali lagi telefon Eunmi berbunyi . "Awak! tolong cakap dengan CEO ni kejap please!! dia tak henti2 call saya . Saya takut laa". Aku menghulurkan telefon aku pada Chanyeol .

"Asal lak aku kena cakap dengan dia ? bukan dia CEO aku ". Chanyeol sudah mengerut kening .

"Ala tolong la awak ....cakap jangan call saya lagi ..please ". Aku menayang wajah secomel mungkin meraih simpati dari suami aku .

"Haih kau ni . Yelah ". Chanyeol merampas telefon di tangan aku dan menyentuh butang hijau ".

"Eunmi ssi ..aa saya ada tawaran baik untuk awak . Kali ni tema kita tema di tepi pantai . Pakaian awak pun dah cun . Saya akan bayar aw-".
"Pakaian ape? bikini ? bayar berapa ? 100 juta? 200 juta ? setakat duit banyak tu aku pun boleh bagi dekat bini aku ". Potong Chanyeol tiba-tiba .

"B-bwoyah ! kau siapa?! ". Lim sajangnim terus meninggi suaranya yang lembut sekali sebentar tadi .

"Kau takde model lain ea nak ambik selain bini aku ? apa dah pupus perempuan dekat dunia ni selain bini aku ? aku siapa ? aku suami dia .Asal?". Nada Chanyeol jelas kelihatan bengis sekali .

"Se-serious ke ni suami aku ". Bisikku dalam hati seraya tersentak dengan percakapan Chanyeol dengan seorang lebih berusia dari dia .

"Su-suami Eunmi ke ? aa haha macam ni , saya ada tawa-"
"Terima kasih je la dengan tawaran tu . Dah jangan call bini aku lagi kalau tak kau berurusan dengan aku lepas ni ". Chanyeol terus mematikan talian .

"Nah . Dah settle . Gi keluar aku nak pakai baju ". Chanyeol menghulur semula telefon itu pada aku .

"De?".

"Asal ? taknak keluar ? ha duduk la sini . Aku nak ganti baju ". Tanpa segan silunya Chanyeol sudah membuka suku dari ikatan tuala di pinggangnya .

"Yah yah yah! saya nak keluar la ni!! ". Aku terus lari keluar dari bilik Chanyeol . Kenapa dia tak malu sekali depan aku haaa". Jerit aku dalam hati .

Usai mengenakan kemeja lengan panjang bewarna merah dan seluar slack hitam Chanyeol mencapai necktie bewarna biru gelap di dalam sebuah laci yang sememangnya tersusun pelbagai warna necktie di dalam laci itu .

"Bwoyah ..awak nak pergi dah ke ?". Soalku apabila ternampak Chanyeol jalan ke arah ruang tamu sambil melipatkan lengan bajunya .

"Haah . Kau pergi la siap dulu . Aku nak hantar kau ke rumah omma ". Ujar Chanyeol pula .

"Suami aku pakai macam pakaian pejabat . Mesti dia kerja di bawah mana-mana syarikat ni . No wonder la dia kaya ". Bisik aku dalam hati sambil terangguk-angguk .

"Tercegat apa lagi ? cepat la siap .Kau dah la siap lambat . Kang lewat aku masuk kerja nanti ". Chanyeol mengetuk-ngetuk jam di tangannya dengan jari .

"A-arraso! saya nak siap la ni ! ". Aku terus berlari anak masuk ke dalam bilik sebelum Chanyeol membuka hujahnya .

Skip!!
. .

Tiba saja di rumah Omma Park , aku turun perlahan dari perut kereta . Chanyeol awal lagi sudah berpesan yang dia tidak sempat menyinggah ke rumah omma park sebab sudah terlewat masuk ke kerja .

"Oi ". Panggil CHanyeol .

"Ap oi oi! saya ada nama la! JI EUN MI ! ". Tekanku . Suka hati je panggil orang oi .

"Salah .Tu bukan nama kau ". Balas Chanyeol .

"Yahh saya tak hilang ingatan lagi okeyyy ". Aku mengetap gigi . Ada saja benda nak cari gaduh .

"Nama kau Park Eunmi . Sedar sikit kau tu dah kahwin . Aku nak pesan je . Jaga diri baik2 . Jangan buat apa-apa yang cederakan kau . Aku bukan ada dengan kau nak pantau setiap gerakgeri kau . Banyak lagi kerja aku ". Ujar CHanyeol pula .

"Ishh orang tau la!. Saya dah besar , pandai la saya jaga diri saya ". Aku terus turun dari kereta Chanyeol dan menutup pintu kereta .

Skip!!
. .

Setibanya di perkarangan Hospital , Chanyeol terus memakaikan kad kedoktorannya di bahagian poket bajunya . Sempat lagi dia membetulkan rambutnya di cermin kereta .

Suasana di hopital seperti selalu lah . Setiap hari ada saja ambulan akan berhenti di hadapan hospital menghantar pesakit .

"Park Seonsaeng!! bantu saya!! " . Tiba-tiba kedengaran suara Yeonmi dari jauh .

"Baru je sampai ". Ujar Chanyeol sambil mengangkat kening .

"Pesakit mengalami kemalangan jalan raya dan tidak dapat bergerak ". Kata Yeonmi dengan gelabah .

"Bawa dia ke zon kuning sekarang . Kejap lagi saya sampai ". Arah Chanyeol dan bergegas lari ke arah biliknya .

"Yo Yeol! dah sampai ?". Sapa Byun Seonsaeng dari jauh .

"Wehh Baek ! kau pergi zon kuning kejap . Buat checkup dekat pesakit baru sampai tu . Kejap lagi aku datang ". Arah Chanyeol .

"Ne arraso! ". Byun Seonsaeng segera berlari ke arah Zon kuning .

Beberapa minit kemudian Chanyeol tiba setelah siap melekapkan coat putihnya dan stetoskop yang tergantung kemas di lehernya .

"Macam mana keadaan dia ?". Soal Chanyeol .

"Yeonmi dah buat x-ray tadi . Dari kajian yang aku nampak , tulang rusuk dia banyak patah dan menyebabkan pesakit langsung tidak dapat bergerak . Kalau kita tak rawat secepat mungkin pesakit akan lumpuh selamanya ". Jawab Byun seonsaeng dengan nada serius .

"Arraso .Bawa dia ke bilik bedah sekarang ". Arah Chanyeol .

"Chakkaman Park Seonsaeng! ". Tiba-tiba seorang lelaki lingkungan 50 an datang .

"Annyeonghaseyo Kim Seonsaeng! ". Park seonsaeng menunduk hormat .

"Pesakit yang bernama Jung Ilhoon tu bawah pesakit saya . Saya yang akan rawat dia ". Kata Kim Seonsaeng sambil menyilang tangan .

"Arraso .Kalau macam tu saya rasa Kim Seonsaeng kena rawat dia segera sebab tulang rusuk dia banyak patah dan akan menyebabkan dia lumpuh ". Terang Chanyeol .

"Saya tak boleh rawat dia lagi sekarang . Tekanan darah dia terlalu tinggi ". Ujar Kim Seonsaeng pula .

"Tapi kita tak boleh lewatkan pembedahan ke atas pesakit tu ". Tegas Chanyeol pula .

"Saya dah suruh Minjung letakkan ubat tahan sakit pada dia . Tunggu ja tekanan darah dia menurun . Saya akan jalani pembedahan terus ". Balas Kim seonsaeng .
. .

//Titttttt tittttt titttt// " J-Jung Ilhoon ssi!!! ". Minjung tergamam seketika apabila tekanan darah pesakit turun mendadak .

"Apa kena ni! ". Soal Byun seonsaeng yang baru tiba .

"Mo-molla tekanan darah dia tiba-tiba turun mendadak ! ". Jawab Minjung dengan gelabah .

"Awak ada suntik dia dengan apa-apa ubat tak ?". Soal Byun Seonsaeng .

"Saya hanya suntik pesakit dengan ubat tahan sakit saja ".

"Siapa suruh awak suntik dia dengan ubat tahan sakit ! . Rekod pesakit mengatakan pesakit ada alahan ubat tahan sakit! ". Marah Byun seonsaeng .

"Kenapa ni!". Soal Chanyeol dan Kim seonsaeng yang baru tiba .

"Pesakit ada alahan ubat tahan sakit! ". Jawab Baekhyun .

"Bwo ?! ". Kim seonsaeng tergamam seketika .

"Tukar ubat tahan sakit yang lain!". Arah Kim seonsaeng .

"Kim seonsaeng! kita kena segera bedah dia ! . Kita boleh sedut semula ubat tu ". Ujar Doktor Chanyeol .

"Kim seonsaeng ! ada pesakit dalam keadaan kritikal ! ". Jerit seorang nurse .

"Arraso . Saya datang sekarang . Saya takkan bedah selagi pesakit tidak berada dalam keadaan stabil". Pesan Doktor Kim sebelum berlalu pergi .

"Macam mana ni ?". Soal Doktor Baekhyun yang sudah meraup wajah .

//Titttttttttttttttttttt// Tiba-tiba jantung pesakit yang bernama Ilhoon berhenti .

"Tinggikan voltan ke 100! ". Arah Chanyeol yang mencapai defebrilator .
"Coll! ". Doktor Chanyeol menekapkan alat pada dada pesakit . Keadaan masih sama . Jantung pesakit tidak berfungsi . "200! ". Jerit Chanyeol lagi . Baekhyun hanya ikut seperti dikatakan Chanyeol . "Coll!! ". Sekali lagi Chanyeol menekapkan pada dada pesakit .

//TItt titt tit// Kadar jantung pesakit kembali normal .

"Bawa pesakit ke bilik bedah sekarang ". Arah Chanyeol lagi .

"Tapi pesakit ni bawah pesakit Kim seon-".

"Dengar arahan saya ! ". Jerit Chanyeol .

"Bawak je ". Arah Baek seonsaeng sambil bantu Minjung bawa pesakit ke bilik bedah .

Skip!!
. .

"Omma masak apa tu ?". Soal Eunmi sambil berlari anak ke arah dapur .

"Eun jangan lari bahaya di dapur ". Ujar Puan Park sambil menggeleng kepala .

"Ala takpe ". Aku sengih memandang omma park . "Sedapnyaa bauuu ". Aku memejamkan mata menikmati aroma masakan Omma park .

"Haha mana boleh lawan masakan omma Ji kan . Biasa2 je ni ". Puan Park merendah diri.

"Ish siapa cakap tak boleh . Omma park dengan Omma Ji dua2 pandai masak . Eun je tk pandai masak ". Aku mencebir bibir . Sudah beberapa kali aku cuba masak namun hasilnya betul2 tidak memuaskan hati . Telur pun hangus kalau aku masak apatah lagi masakan macam ni haa tak pasal tak boleh makan terus!

"Eun ..tolong ambil mangkuk dalam almari atas tu ". Puan park tunjuk ke arah rak pinggan di dapur .

"Mak aii . Besor nau . Muat badan macam aku 10 orang dalam ni ". Bsik aku dalam hati . Buka saja rak aku aku terus pandang atas . Aku yang tinggi ni pun terginjat-ginjat nak ambil mangkuk tu apatah lagi omma Park yang pendek sikit dari aku . Lagilah .

"Hati-hati Eun , dekat atas tu ada pinggan ka-".
"Omma!! ". Jerit aku apabila seekor ular tiba-tiba patuk kaki aku.Kelihatan ular itu seperti masuk melalui pintu belakang!

"Eunmi!!!! ". Jerit Omma park seraya berlari ke arah Eunmi .

"Arghh ular tu dah patuk Eun!! ". Aku memegang kaki yang ada sedikit kesan patukan ular itu . Rasanya tidak lah terlalu sakit seperti aku sangka di dalam tv .

"Lari Eun ! ". Puan Park membawa aku ke ruang tamu . Dari jauh aku sudah nampak ular itu menuruni tangga pintu belakang dan keluar melalui pintu .

"Kita kena ke hospital secepat mungkin ni !! ". Ujar Puan Park . wajahnya jelas kelihatan risau sekali .

"Ala sikit je ni omma . Tak sakit dah pun ". Ujar aku perlahan . Sungguh aku tidak rasa apa-apa di kaki aku . Mujur tak keluar banyak darah . Boleh pengsan aku tengok darah.

"Tak boleh ! bisa tu ! ". Puan Park mencapai kunci kereta .

"Macam mana la ada ular boleh masuk dekat pintu belakang tu .Bukan ada hutan ke apa ke .Pelik betul ".Bebel aku sendirian .

"Eunmi yaa..Gwenchana ?". Tiba-tiba Puan Park memandang Eunmi dengan terkejut .

"W-wae?Eun ok je ". Aku mengangguk perlahan .

"Wajah kamu makin biru ". Kata Omma Park dengan gelabah .

"B-bwo ?". Betul kata omma . Kulit aku semakin biru . Kaki aku betul-betul tak rasa apa-apa langsung! macam mana ni !!
. .

"Doktor Park!! behenti!! ". Jerit Doktor Kim di pintu bilik bedah . Dia sudah siap memakaikan pakaian bedah dan penutup muka .

Langkah Chanyeol terhenti seketika .

"Apa kamu tidak dengar kata-kata saya ? ni pesakit saya! ". Marah Doktor Kim .

"Kim seonsaeng , kita tak ada masa sekarang. Alang-alang seonsaeng dah dekat sini , baik seonsaeng bedah dia cepat sebelum saya ambil tindakan ke atas pesakit ". Ujar Chanyeol dan terus keluar dari bilik bedah .

"Apa kena Chanyeol ni! ". Marah Doktor Kim .

"Betul kata Doktor Park tu . Keadaan pesakit betul2 kritikal dah . Kalau Doktor lambat nak rawat dia . Kami tak dapat bantu lagi ". Ujar Baekhyun yang berdiri di hadapan Doktor Kim .

"Kamu nak pergi mana ?". Soal Doktor Kim .

"Keluar . Saya taknak bekerjasama dengan Doktor yang langsung takda tanggungjawab . Ada 7 orang pembantu lagi dekat sana . Pandai2 Doktor arah diorang ". Ujar Baekhyun dan terus berlalu pergi .

"Yah!! ". Jerit Doktor Kim .
. .

"Palli Eun ! ". Puan Park bantu Eunmi yang sudah lemah skali .

"Omma...Eun dah tak larat jalan ....". Nada aku semakin lama semakin lemah untuk bercakap . Terasa 1 badan aku sudah pegal sekali . Tolong.....sesiapa tolong aku ....

"Tolong!!!! ". Jerit Puan Park apabila Eunmi sudah pengsan . Nasib lah mereka sudah tiba di hospital .

"O-Omma! ". Chanyeol tergamam seketika apabila ternampak Puan Park dan Eunmi berada di pintu masuk hospital .Tanpa membuang masa Chanyeol terus berlari ke arah mereka .

"Cepat! bawa pesakit ke zon kuning!! ". Jerit seorang doktor .

"Takpe! saya akan ambil pesakit ni ! ". Jerit Chanyeol lalu mengangkat tubuh Eunmi .

"Omonim! ". Baekhyun berdiri di sebelah Puan Park . "Kenapa dengan yeoja tu ?". Soal Baekhyun yang tidak tahu pasal Eunmi .

"Dia dipatuk ular tadi dekat rumah . Mujur la hospital tak jauh dengan rumah kalau tak .Aigoo ni semua salah omma ". Puan Park sudah melutut di tengah laluan .

"Omonim! gwenchana, Chanyeol mesti boleh selamatkan dia! ". Baekhyun bantu Puan Park .
. .

"Aigoo Eun..kan aku dah pesan dekat kau untuk hati2 ". Jelas sekali kelihatan raut wajah Chanyeol yang risau melihat keadaan Eunmi .

"Macam mana dengan dia ?". Soal Baekhyun .

"Bisa tu dah merebak dalam badan dia . Aku dah suntik dengan Morfin.
"Syukur la dia sempat dibawa ke sini . Adik kau ke ni ?". Soal Baekhyun.

"Kau gila ke apa . Sejak bila aku ada adik ! ni bini aku la". Ujar Chanyeol .

"Lah ni ke bini kau ?! lawa bhaii ". Sempat lagi Baekhyun jenaka .

"Wehh nanti la story mory . Aku nak rawat dia cepat-cepat ni . Bantu aku ".

"Arraso2 ". Baekhyun mengangguk laju .

SKip!!
. .

Puan Park mundar mandir di luar bilik . Setelah 50 minit kemudian Chanyeol keluar sambil membuka topeng mukanya .

"Macam mana dengan isteri kamu nak ?". Soal Puan Park .

"Gwenchana omma , Eun dah ok tu . Kejap lagi diorang bawa ke bilik vip .Omma lawat Eun di sana ". Chanyeol menepuk perlahan bahu Puan Park .

"Ni semua salah omma ". Puan Park menyeka air matanya .

"Aniyo . Kita tak tau pun benda tu ada di situ . Bukan salah omma . Gwenchana . Nanti Yeol pantau Eun ". Chanyeol memeluk tubuh Puan Park .

Skip!
. .

"Weh Yeol . Kau buat apa di sini? tak pergi tengok bini kau ?". Soal baekhyun yang menjengul di bilik Chanyeol .

"Kejap lagi la . Kang dia terkejut pula tengok aku dekat sini ". Ujar Chanyeol sambil bersandar di kerusi .

"Hah? kenapa pula nak terkejut ?". Baekhyun terus melangkah masuk ke dalam bilik Chanyeol .

"Dia tak tau pun aku kerja doktor ".

"Bwo ? asal kau tak bagitau dia ?".

"Dia takut darah .Kang tak lama lagi dia takut aku pula tiap hari hadap darah ".

"Ish ke situ pula kau . Bukan ada darah dekat baju kau pun yang dia nak takut ". Baekhyun menggeleng kepala .

"Dah pergi la lawat dia! ". Arah baekhyun.

"Haih kau ni tak boleh tengok aku senang langsung ". Chanyeol mencebik .

"Omma kau duduk sini berjam-jam tau . Sekarang ni dah pukul 8 malam . Kau taknak suruh dia balik ke ? kesian aku tengok omma kau .Letih ". Balas Baekhyun.

"Omo! dah pukul 8 ? alahai . Tak sedar aku . Kerja aku banyak sangat la . Ha yelah .Aku pergi dulu ". CHanyeol mencapai coat putih di kerusi dan keluar dari biliknya .

"Yeol..yeol..buat kerja sampai tak tengok jam ". Baekhyun menggeleng kepala .

Skip!!
. .

//Tok tok tok // Chanyeol memulas perlahan tombol bilik A216 . Pesakit bernama Park Eunmi .

"Haah la . Betul kata Baek . Omma dah letih sampai tertidur ". Chanyeol jalan perlahan ke arah Puan Park .

"Omma ..bangun omma..". Chanyeol menyentuh lembut bahu Puan Park .

"Eo Yeol-ah ". Puan Park tersedar dari tidurnya .

"Omma balik ye . Biar Yeol jaga Eun ". Ujar Chanyeol perlahan .

"Aigoo takpe . Omma boleh jaga . Kamu kan banyak kerja nak kena siapkan ".

"Dah habis pun kerja Yeol . Esok Yeol masuk kerja macam biasa . Takda shif malam dah ".

"Jinjja ? arraso . Kalau macam tu kamu jaga tau isteri kamu ni baik2 . Omma risau sangat2 ".

"Iye ma . Yeol akan jaga Eun baik2 . Omma pun kena jaga kesihatan omma ". Chanyeol memeluk Puan Park .

"Arraso . Kamu pun ". Balas Puan Park .

Setelah beberapa minit Puan Park pergi , Chanyeol duduk di kerusi yang terletak di sebelah katil pesakit menggantikan tempat Puan Park .

"Harini ular , esok apa pula? biawak ? lipan?. Aigoo Eun eun ... kan aku suruh hati2 ". Chanyeol menolak rambut yang menutupi separuh wajah Eunmi .

"Omma...". Kata Eunmi perlahan . Air mata menuruni tepi matanya .

"Gwenchana . Kau dah ok ". bisik Chanyeol sambil menyeka air mata Eunmi . Tangan Eunmi diambil lalu digenggam sekemasnya .

"Ch-chanyeol ssi.....". Tiba-tiba Eunmi membuka matanya .

"Ha dah sedar?". Chanyeol tersenyum memandang wajah Eunmi .

"A-awak buat apa dekat sini ?". Perlahan saja nada Eunmi . Tidak seperti selalu yang kalah dengan mikrofon saja suaranya .

"Kerja la buat apa lagi ". Chanyeol tersengih .

"Awak doktor ?". Jelas sekali yang Eunmi seperti tidak percaya .

"Dah dah . jangan banyak bergerak . Kau tu lemah lagi . Badan kau biru sangat2 tadi tau tak . Risau aku ".

"Omma ok ? omma tak apa-apa kan ?". Soal Eunmi .

"Ishh omma pula dirisaunya. Omma ok je . Aku baru suruh omma balik . Kau rehat la . Kalau takda apa-apa aku nak per-".
"Tunggu!". Eunmi menggenggam erat tangan Chanyeol .

"Wae? kau sakit ke?". Chanyeol memandang Eunmi dengan terkejut .

"Teman la saya kalau awak tak sibuk . Saya takut sorang2 ". Manja saja nadanya .

"Haih kau ni . Yelah . Memang aku takda kerja pun . Tapi kejap lagi aku kena pantau pesakit lain pula . Kau tidur ye ". Chanyeol kembali duduk si kerusinya .

"Boleh tak stop panggil saya kau ? macam orang asing sangat2 dengan awak tu! ". Eunmi mencebik .

"Habis nak aku panggil apa ? sayang?". Chanyeol menahan tawa .

"Nae! .Saya lagi suka panggil tu dari sekarang tau takk ". Eunmi menjeling CHanyeol .

"Then kau kena panggil aku abang". Sakat Chanyeol .

"Abang?". Eunmi terus terdiam .

"Ha, tak boleh kan ? mesti janggal kan ? aku ok je la mana-mana pun . Aku jenis tak kesah . Kau ni tak openminded macam-"
"Abang...".Lembut saja panggilan itu .

Terperanjat Chanyeol seketika dengan panggilan itu . Dia cuba mengawal reaksi supaya tidak terkejut dengan panggilan itu .

"Ye sayang ?". Chanyeol tersenyum .

"Jangan pergi mana-mana. Duduk situ diam2". Eunmi mencebik .

"Iyela sayang . Sayang tidur la". Chanyeol menyentuh pipi Eunmi .

"Walaupun baru sekejap hubungan aku dengan Chanyeol sebagai suami isteri tapi aku cukup selesa dengan dia . Adakah aku ...dah cintakan dia?". Bisik Eunmi dalam hati .

//Kring kring // Chanyeol mengangkat panggilan . "Yoboseyo ".

"Oi Yeol!! datang zon merah cepat!! ada pesakit kritikal ! . Doktor semua sibuk uruskan pesakit masing2 . Ada 2 orang . Aku tak boleh rawat dua orang sekali gus! ". Jerit Baekhyun.

"Arraso2 aku datang sekarang! ". Chanyeol meletakkan paggilan .

"Sayang , abang ada pesakit ni . Nanti abang datang semula! ". Chanyeol melepaskan tangan Eunmi .

"Abangg! ". Eunmi memandang Chanyeol .

"Aigoo kejap lagi abang datang . Abang janji ". Chanyeol sempat mengucup dahi Eunmi sebelum berlalu pergi .

"Apa yang.........dia buat ........".Eunmi tergamam seketika .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience