Chapter 7

Fanfiction - KPOP Completed 7370

Tepat jam 8 pagi Eunmi sudah siap mengemas barang-barangnya dan bersiap untuk berangkat ke London .

"Eh ? sayang ..nak pergi mana ni kemas-kemas barang ni semua ?". Soal Chanyeol sambil menyinting lengan bajunya hingga ke paras siku .

"Oh ! . Sayang lupa nak gitau abang . Pagi ni dalam pukul 9 macam tu sayang akan berangkat ke London . Ada shooting ". Eunmi menunduk wajah sambil mencebir bibir .

"Shooting ? abang tak tau pun sayang ada shooting . Berapa hari ?". Chanyeol menjungkit kening .

"Erm 3 hari . Ala kejap je . Abang jangan rindu sayang pula ". Eunmi tersenyum sinis .

"Eh abang ke sayang yang nak rindu lebih nanti ?". Sakat Chanyeol kembali .

"Abang la . Sayang busy ok . Silap2 fon pun tak sempat main nanti ". Eunmi mencari akal untuk membidas kata-kata Chanyeol .

"Ok kita tengok nanti sapa yang rindu dulu ". Chanyeol hanya tersenyum . "Erm kita sarapan dulu , pastu nanti abang hantar sayang ke airport ok ?".

"ok". Eunmi mengangguk perlahan .
. .
.

Tiba saja di airport , sudah kelihatan beberapa orang model yang akan iringi Eunmi ke London dan juga Lee Sajangnim yang awal lagi menunggu kehadiran Eunmi .

"Er abang . Abang tak payah ikut sayang la . Kawan-kawan sayang ramai dekat sana . Nanti apa pula kata mereka ". Eunmi menunduk wajah . Rasa bersalah tiba-tiba menguasai diri .

"Gwenchana . Abang faham ". Chanyeol mengusap perlahan kepala Eunmi dan hanya tersenyum saja .

"Satu lagi sayang nak minta maaf ". Eunmi memegang tangan Chanyeol .

"Hm ? kenapa ni ?". Chanyeol menggenggam erat tangan Eunmi .

"Shooting kali ni berkonsepkan hot summer . Abang faham2 sendiri la pakaian hot summer macam mana . Sayang dah tunggu abang semalam sampai terlelap . Ceo cakap kalau sayang tak dapat bagi jawapan sampai malam , kira sayang setuju dengan shooting tu ". Terang Eunmi .

"Abang tak kesah pun sebenarnya . Cuma sayang la kena jaga diri sayang baik2 . Abang pun takde free . Tapi apa-apa hal inform abang ok ? ". Chanyeol memegang pipi Eunmi .

"Nae ". Eunmi mengangguk .
Skip !!
. .

Usai menghantar Eunmi ke lapangan terbang , Chanyeol terus berangkat ke hospital . Jadualnya tiba-tiba berubah . Jika diikutkan Chanyeol mempunyai masa lapang seharian dan akan bekerja pada esoknya seperti biasa .

"Aigoo . Nasib la Eunmi ada shooting dekat London . Aku dah janji nak ajar dia masak la nak buat itu la ini la ,tiba-tiba jadual padat lak ". Omel Chanyeol sendirian seraya memarkir keretanya di bawah garaj .

//Kring kring // Bunyi panggilan dari Baekhyun .

"Eh . Awalnya si Baek ni call aku ". Bisik Chanyeol seraya menolak butang hijau pada skrin telefon bimbitnya . "Hello ?". Sahut Chanyeol .

"Yeol !! code blue! patient kau dalam masalah tu! cepat datang sekarang! ". Jerit Baekhyun di talian .

"Bwo ?! . Ha ok aku datang sekarang ! ". Chanyeol cepat-cepat keluar dari perut kereta dan bergegas ke wad pesakit .
. .

Tiba saja di bilik 201 pesakit bernama Kim Minhye, Chanyeol segera mendapatkan pesakit .

"Uisa Park ! Minhye ssi ...". Nurse Shin mati kata apabila pesakit tiba-tiba mengeluarkan muntah darah .

"Macam mana keadaan pesakit ?". Soal Chanyeol lalu menekan perlahan stetoskop ke dada pesakit .

"Tadi pesakit ragam taknak makan , tiba-tiba pesakit muntah darah ! ". Terang Nurse Shin .

"Macam mana pesakit kau Yeol ?". Soal Baekhyun yang baru tiba .

"Baek , kau tolong check bahagian tekak dia ". Arah Chanyeol .

"Ok". Baekhyun hanya lakukan seperti diminta oleh Chanyeol .

Chanyeol pula menekan perlahan perut pesakit . Tiba di satu tempat iaitu di bahagian tepi perut pesakit , tiba-tiba pesakit meragam kesakitan .

"Bahagian tekak pesakit macam bengkak . Aku rasa kita kena scan pesakit dulu ". Cadang Baekhyun .

"Arraso . Shin , tolak katil pesakit ke bilik imbasan ". Arah Chanyeol dan segera berlalu pergi .

"Nae Uisa Park! ". Nurse Shin dan Baekhyun menarik katil pesakit menuju ke bilik imbasan .
. .

"Aishh ..baru 40 minit bergerak aku dah rindukan Chanyeol .Gila ke aku ni ". Eunmi mencebik sendirian .

"Oi . Kau asal ni beb ?". Hyunhye menyiku lengan Eunmi .

"Takda apa la ". Eunmi menongkat dagu seraya memandang ke arah sayap kapal terbang .

"Yekeee . Macam ada apa-apa je ". Sakat Hyunhye sambil tersenyum sinis .

"Aishh . Mana ada la ! ". Eunmi menjeling Hyunhye sekilas .

"Yah . Suami kau kasi pulak ea kau gi London semata nak shooting tema hot summer tu ". Soal Hyunhye sambil mencuit tangan Eunmi .

"Dia cakap dia tak kesah pun ,asalkan aku boleh jaga diri aku baik2 . Ishh asal aku tak puas hati ea jawapan dia ? aku nak jawapan apa sebenarnya dari mulut dia ?". Eunmi mencebik sambil menyilang tangan .

"Haa...kau nak dia caring dengan kau eaaa". Hyunhye menekan pipi Eunmi sambil tersengih .

"Mengarut la kau ni . Dia selalu caring dengan aku la". Ujar Eunmi tanpa memandang wajah Hyunhye .

"Kau mesti rindu dia kan ? sebab tu kau monyok je ni ". Soal Hyunhye lagi .

"Aishh tak la . Nak rindu apanya . Minyak wangi dia pun tak hilang bau lagi dari hidung aku ni nak rindu dia bagai . No la . Kitorang ada deal ok ". Eunmi menguntum senyuman .

"Deal ?". Hyunhye sudah mengerut kening .

.
.

"Yeol! ". Baekhyun tercengang seketika apabila memandang ke skrin komputer . "Fibroid! ".

(Fibroid= Sejenis ketumbuhan di bahagian rahim wanita tetapi tidak berbahaya )

"Bukan ....tapi Ieiomyosarcoma! pesakit memang di bawah sakit Fibriod tapi disebabkan pembedahan akan dijalankan minggu depan , kita tak tau apa yang jadi dengan ketumbuhan tu . Ketumbuhan dah pecah di bahagian kiri rahim . Aku kena segera bedah pesakit harini ". Chanyeol meraup wajah .

(Ieiomyosarcoma= Ketumbuhan di bahagian rahim wanita dan sangat merbahaya )

"Aku rasa kita perlu buat operasi cavitary ". Cadang Baekhyun .

"Cavitary ? kita perlu bincang dengan keluarga pesakit dulu apa-apa pun . Risiko buang rahim agak tinggi ". Chanyeol memegang dagu.

"Arraso . Aku akan call keluarga pesakit . Kau uruskan dulu mana patut ". Baekhyun terus melangkah pergi dari bilik pesakit .

Skip !!
. .

"B-bwo ? bu-buang rahim ? ". Kim Sukjae jatuh melutut . Kakinya lemah sekali untuk berdiri .

"Kalau kami tak buang rahim pesakit , kemungkinan besar ketumbuhan tu akan merebak ke tempat lain ". Kata Baekhyun dengan rasa bersalah .

"Ta-tapi ...Minhye ..Minhye teringin sangat melahirkan anak ". Sukjae menyeka air matanya .

"Ya faham perasaan Encik Kim . Sebagai doktor kami pun nak yang terbaik untuk pesakit kami . Tapi hanya tu je penyelesaian untuk rawat pesakit dari menderita dengan sakit tu ". Baekhyun masih memujuk Encik Kim , suami kepada pesakit .

"Arraso . Kalau tu yang terbaik . Doktor jalankan saja pembedahan tu . Isteri saya lebih penting ". Encik Kim menunduk wajah .

"Baek! kita ada cara lain untuk rawat pesakit ! ". Tiba-tiba Chanyeol menerjah ke dalam bilik Baekhyun .

"Bwo ? maksud kau ?". Baekhyun tercengang seketika .

"Encik Kim , saya akan cuba rawat pesakit sebaik mungkin . Rahim Puan Kim tak perlu dibuang . Saya jamin 90% pembedahan ni akan lancar ". Chanyeol tersenyum memandang wajah Encik Kim .

"Jeongmalyo ?doktor tak main-main kan ?". Encik Kim berdiri dari tempatnya .

"Ya , saya akan cuba untuk selamatkan pesakit " . Chanyeol mengangguk laju .

"Kamsahamnida Uisa Park ! ". Encik Kim melutut di hadapan Chanyeol .

"Nae ". Chanyeol mengangkat tubuh Encik Kim yang sedang melutut.

"Apa yang.....". Baekhyun tergamam seketika . Masih tidak tahu apa yang Chanyeol rancangkan .

"Baek , ikut aku . Er Encik Kim boleh tunggu di depan bilik kecemasan . Kami akan jalankan pembedahan secepat mungkin ". Ujar Chanyeol seraya menepuk perlahan bahu Encik Kim .

"Nae arraso ". Encik Kim mengangguk perlahan .

Chanyeol dan Baekhyun segera beredar dari bilik menuju ke bilik kecemasan di mana pesakit sudah bersedia dibedah .

"5,4,3,2,1....col". Nurse Shin menghitung detik demi detik . Setelah pesakit dibius dengan ubat , pesakit tidak sedarkan diri . Tempoh untuk pembedahan adalah selama 1 jam .

"Baiklah . Kita akan gunakan kaedah neoplasma malignan . Saya akan buang sarcoma dan Baekhyun akan buang tisu yang terletak pada tumor pesakit . Baek , tekankan 3-5 cm untuk singkirkan ketumbuhan dekat tisu tu . Yang lain , tolong pastikan tekanan darah pesakit normal . Baca setiap jangkaan . Shin , bantu Baekhyun . Jangan biarkan darah bertakung di tempat tumor . Ada sebarang soalan ?". Soal Chanyeol sebelum memulakan sesi bedahnya .

"Takda!". Jawab semua orang serentak .

"Ok kita mula sekarang . Messer ". Chanyeol menghulur tangan .

Skip !!
. .

Jam sudah menunjukkan 6 petang . Eunmi tiba di sebuah hotel menginapan yang terletak di bandar London .

"Yah Eun . Kau taknak rehat dulu ke ?". Soal Hyunhye yang berdiri di sebelah Eunmi .

Kini mereka berada di balkoni hotel di tingkat 32 . Eunmi memandang di sekeliling kawasan . Indah sekali . Suasana di London betul-betul berbeza dengan Korea .

"Kejap lagi la . Aku call suami aku 5 kali dah tak angkat . Aku rasa dia lagi sibuk dari aku ". Eunmi menongkat dagu .

"Takkan la busy sampai tak sempat nak call kau balik ?". Soal Hyunhye kembali .

"Molla . Doktor kan ". Eunmi menunduk wajah .

"Kau rindu dia ke?". Hyunhye tersengih . Ada saja benda nak sakat kawan baiknya .

"Arraso . Sejujurnya aku rindu dia sangat2 . Dan sejujurnya aku yang jatuh cinta dengan dia dulu . Pagi tadi sebelum sampai ke sini aku yang belagak cakap tak rindu dia la , dia yang akan rindu aku dulu tengok2 semua kata-kata aku melekat setepek dekat muka aku . Aishh aku tak boleh buang ego aku ". Eunmi mengusutkan rambutnya .

"Aigoo . Kau buang je ego kau tu jauh2 . Teruskan call suami kau sampai dapat . Apa-apa hal nanti panggil aku . Aku nak rehat kejap . Esok jadual kau full , takut tak sempat pegang fon kang ". Ujar Hyunhye dan berlalu masuk ke dalam bilik.

"Aishh ! abang sibuk sangat ke sampai tak boleh call sayang ni !!". Omel Eunmi sendirian . Dia Hanya menatap wallpaper skrin telefon bimbitnya . Sambil itu dia menguntum senyuman . Gambar Chanyeol yang diambil secara diam-diam ketika Chanyeol sedang nyenyak tidur di biliknya . "Sayang rindu abang sangat2 ". Eunmi tersenyum sendirian .

Skip!!
. .

Chanyeol jalan diiringi Baekhyun untuk melawat semua pesakit mereka . Tiba di sebuah bilik , mereka melangkah perlahan sambil menguntum senyuman .

"Uisa Park ! Uisa Byun! ". Encik Kim berdiri sambil menunduk hormat .

"Eo Encik Kim , tak perlu la tunduk hormat . Kami masih muda dari encik". Chanyeol mengangkat tubuh Encik Kim .

"Kamsahamnida Uisa ...jeongmal kamsahamnida". Encik Kim menitiskan air mata kegembiraannya .

Kim Minhye telah selamat menjalani pembedahan . Ketumbuhan di bahagian rahimnya telah dibuang dan dia akan menjalani kemoterapi setiap minggu untuk memulihkan keadaannya seperti sediakala .

"Nae . Tak perlu berterima kasih , kami hanya jalani tanggungjawab kami sebagai doktor . Encik Kim juga dah bagi sokongan kepada si isteri . Saya harap Encik Kim dan Puan Kim berbahagia ". Ujar Baekhyun sambil menunduk hormat .

"Kamsahamnida Uisa Byun ". Encik Kim memegang tangan Baekhyun .

"Nae cheonma ". Baekhyun sekadar tersenyum .
. .

"Weh Yeol . Kau tak call bini kau ke ? dah pukul 7 malam ni . Kang dia risau pulak dekat rumah ". Baekhyun mencuit lengan Chanyeol setibanya di bilik Chanyeol .

"Eh haah la! . Aigoo macam mana aku lupa nak tengok fon ni . Bini aku dekat London ni . Dia ada shooting dekat sana ". Kata Chanyeol sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket coat putihnya .

"Huh ? London ? jauh tu . Kau tak rindu dia ke ". Baekhyun cuba menyakat Chanyeol .

"Giler kau tak rindu ? bini kut ". Chanyeol tersengih . "Bapak la 15 missed call ". Chanyeol memandang skrin telefonnya dengan terkejut .

"Uishh . Macam ada emergency je . Cuba kau call dia balik ". Ujar Baekhyun .

"Ok ". Chanyeol terus menekan butang call .

"Aku nak balik bilik aku dulu ok . Apa2 hal call aku ". Bisik Baekhyun . Chanyeol sekadar membalas dengan anggukan.

//Tut tut// "Yoboseyo ? abang? ". Laju saja panggilan dijawab oleh Eunmi .

"Haa sayang call abang ke ? sayang ok tak ? ada apa-apa masalah tak?". Soal Chanyeol dengan nada cemas .

"Haah . Berat sangat masalahnya ". Sayu saja nada Eunmi di talian .

"Waeyo ? masalah apa ?". Chanyeol sudah gelabah . Risau benar dengan Eunmi .

"Sayang rindu abang sangat2 . Macam mana ni . Sayang kalah ". Eunmi mencebik .

"Tsk . Aigoo ingat apa la tadi ". Chanyeol tersenyum . "Ala abang pun rindukan sayang . Takde kalah ke menang ke . Normal la kita suami isteri kan . Sayang sampai London pukul berapa ?". Soal Chanyeol .

"Erm dalam pukul 5 lebih gitu la ". Jawab Eunmi .

"Ohh . Patut la sayang call abang pukul 5.15 tadi ". Chanyeol mengangguk perlahan .

(A/N; author xtau beza masa korea dgn london . Korg pndai2 fhm la .huhu)

"Abang sibuk ke ?".

"Haah . Tadi ada patient kritikal . Abang memang tak sempat tengok fon harini . Maaf ye sayang ".

"Ala takpe . Sayang faham . Abang , kerja kerja jugak . Jangan lupa makan ok ? ".Pesan Eunmi .

"Iye , sayang pun ". Ujar Chanyeol .

"Erm abang , abang nak letak call dah ke ?". Soal Eunmi dengan nada manja .

"Kenapa ?". Chanyeol kehairanan dengan pertanyaan Eunmi .

"Abang teman la sayang malam ni . Sampai esok pagi . Jangan end call . Make sure fon abang ada bateri , takde cepat2 charge . Esok sayang busy . Sayang takut tak sempat nak call atau chat dengan abang ".

"Aigoo takkan takde masa rehat langsung . Mesti la malam pun free kan ". Chanyeol tergelak kecil .

"Abang cakap camtu taknak on call dengan sayang ea ? merajuk lah ! ". Eunmi mencebik sendirian .

"Alolo bukan tu la maksud abang . Abang ok je kalau nak on call dengan sayang 48 jam sekalipun . Cuma maksud abang takkan la boss sayang tak kasi masa rehat langsung dekat sayang. Kejam la tu kalau tak kasi rehat langsung . Nanti kalau ada masa rehat boleh sayang chat abang lagi ".

"Erm betul juga kan . Ha ok2 . Nanti kalau ada masa rehat sayang call abang boleh ?". Teruja saja Eunmi di talian .

"Erm abang tak janji boleh angkat call tu ke tak . Sebab masa free abang tak tentu pukul berapa . Kalau abang free masa tu abang angkat ok ? mianhae....". Chanyeol berkata dengan nada lembut .

"Erm ok . Takpe . Sayang faham ". Eunmi tersenyum kelat . Bagaimana pun dia perlu memahami kerja sang suami . Doktor bukanlah sejenis pekerjaan yang mudah . Mereka bagaikan menanggung beban terhadap seorang pesakit ,apatah lagi seorang doktor yang merawat lebih dari seorang pesakit .

"Sayang , abang nak siap2 ni . Nak drive balik ". Ujar Chanyeol sambil menekan butang loud speaker . Dia mengemas barang-barang di atas meja .

"Abang nak letak call dah ke ?". Soal Eunmi .

"Tak lah . Abang cakap je nak kemas2 barang kejap pastu nak drive balik ".

"Ohh ok2 . Abang kemas la ". Eunmi tersenyum .

"Yah Eunmi !!! . Kau taknak makan ke? pukul berapa dah ni !! kang makanan habis nanti kau makan la fon tu ! ". Jerit Hyunhye . Jauh saja suaranya jika didengari melalui telefon Chanyeol . Chanyeol hanya tersenyum dan menggeleng kepala apabila terdengar kata-kata hyunhye .

"Yahh !!! ". Eunmi memandang panas ke arah Hyunhye . Dia memandang ke arah skrin fon nya dan memandang ke arah Hyunhye semula seolah dia sedang on call dengan seseorang .

"Aishh Eun eun ". Hyunhye menggeleng kepala dan berlalu pergi .

"Sayang...". Panggil Chanyeol di talian .

"Ye abang ?". Sahut Eunmi .

"Makan la dulu . Kejap lagi kita borak lagi ok . Abang janji tak letak call ni ". Chanyeol menahan tawa . Sanggup isterinya tak makan semata nak on call dengannya ?

"Erm arraso . Abang drive elok2 ye ".

"Okeyy . Jangan risau ". Balas Chanyeol .

"Sayang makan dulu ye ".

"Ha okey ".

"Abang ..". Panggil Eunmi tiba-tiba .

"Nae?". Chanyeol menutup semula butang loud speaker dan menekap telefon di telinganya . Dia mengambil coat biru gelap yang disangkut di kerusinya dan menutup lampu biliknya .

"Saranghae!! ". Jerit Eunmi dan kemudian kedengaran detakan kaki berlari . Eunmi terus berlari meninggalkan telefonnnya di atas katilnya dan keluar dari biliknya menuju ke bilik Hyunhye di sebelah .

"Tsk . Nado ". Perlahan saja Chanyeol membalas . "Bogoshipeo ..Park Eunmi ". Bisik Chanyeol perlahan .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience