Chapter 2

Fanfiction - KPOP Completed 7370

Sekejap saja sudah tibanya majlis perkahwinan Eunmi dan Chanyeol yang diadakan di sebuah dewan besar yang terletak di bandar Gangnam . Eunmi berdiri di hadapan cermin melihat penampilannya. Ini merupakan pertama kali dia memakai baju pengantin ,selama dia menjadi model koleksi baju terbaru sepanjang 5 tahun .

"Wahh cantiknya anak omma ni ". Puan Ji tersenyum mmandang Eunmi .

"Omma, Eun tak sedia lagi la dengan semua ni ". Aku mencebir bibir .

"Aigoo nak ,kamu dah dewasa ,tiba la saatnya kamu harus mendirikan rumah tngga .Nanti lama-lama kamu biasa la hidup berumah tangga ni ". Puan Ji mengusap perlahan kepala Eunmi .

"Erm..nae omma ". Aku mengangguk perlahan .

"Jom la ,pengantin lelaki mesti dah tunggu tu ". Puan Ji pergi mendahului Eunmi .

"Haih ..tolong la jangan buat aku menyesal dengan semua ni ". Aku berdoa dalam hati .

Tanpa membuang masa , aku terus berjalan menuju ke pintu masuk dewan .Appa awal lagi sudah menanti kehadiranku .Orang ramai memenuhi suasana di dewan itu .

"Fokus Eun ! ". Aku cuba menarik dalam nafasku . Melihat suasana perkahwinan besar besaran begini buat aku rasa gementar pula .

"Gwenchana?". Appa memandang wajahku .

"Nae Eun ok je ". Aku tersenyum tawar . Mesti la tak ok appa , soal perkahwinan ni bukan satu benda yang main2! lagi2 dengan namja yang langsung Eun tak kenal ! tah apa la nasib Eun duduk sebumbung dengan dia nanti !!!

Alunan muzik 'The Bride' berkumandang . Appa memimpin tangan aku berjalan perlahan menuju ke arah lelaki tinggi itu .Aku terlupa pula apa namanya .Baru saja omma sebut kemarin . Mesti tak penting sangat kan namja ni sampai aku malas nak ingat nama dia . Tiba saja di hadapan , appa melepaskan tangan aku dan mengundur perlahan ke belakang . Lelaki tinggi ini menyua tangannya pula .Tiberrr lak Nampak sweet . Tipu la kalau aku cakap aku tak cair tengok penampilannya .

Just satu benda yang aku tertanya sekarang ..dia kerja apa ? ke menganggur ? eh tak mungkin la! family dia kaya giler kot ! ke duduk rumah goyang kaki je sebab family dah kaya ? ah lantak la .Tak penting pun .

"Pengantin lelaki , sudikah kau blablablalba ". Selesai paderi itu berbicara , Chanyeol terus berkata ' I Do'. "Pengantin perempuan ,sudikah kau blablabla ". Kini paderi memandang Eunmi pula .Usai memberi kata-kata itu semua orang menunggu jawapan Eunmi .

"Aduhh tolong la ..apa harus aku lakukan ni ..". Jerit aku dalam hati . Tiba-tiba terasa seperti tanganku dipegang kuat oleh lelaki tinggi ini . Aku terus memandang dia . Dia tiba-tiba menjegil ke arahku.Seram siaaaa .

"I do I do ". Kataku dengan laju . Semua orang memberi tepukan gemuruh .

"Pengantin lelaki boleh mencium pengantin perempuan ". Kata paderi sambil tersenyum .

"Awak jangan ambil first ki-". o_o . Tanpa sempat habis cakap lelaki tinggi ini terus mengucup bibir aku. Slamberrrr nyaaa!!!!! .

"Aku tak teringin pun buat semua ni .Pikir parent kita dekat bawah tu tengah tengok kita". Bisik Chanyeol di telinga Eunmi .

Sekali lagi orang ramai berdiri dan memberi tepukan gemuruh .
S
K I
P

Usai majlis perkahwinan , keluarga Ji dan keluarga Park berkumpul di hadapan dewan .

"Arrgghh menantu omma !! ". Omma Park terus memeluk tubuhku .Hampir tercekik aku dibuatnya.

"Omma ..kesian isteri Yeol ". Chanyeol memegang bahu Puan Park .

"Omo ! mianhae Eunmi yaa .Omma terover pula ". Puan Park tersengih .

"Gwenchana ". Aku hanya tersenyum tawar memandang Omma Park .

"Malam ni Eun tido rumah omma Park ye ". Puan Ji memegang bahu Eunmi .

"Ehh takpe , malam ni Eunmi dengan Chanyeol boleh tido di rumah omma Ji ". Puan Park menolak .Rasa tak manis pula ,sudah la dia paling over dari Puan ji dekat situ .

"Mana boleh macam tu , pengantin perempuan kena la ikut pengantin lelaki ". Puan Ji menolak .

"Haa sudahh .Isu tidur rumah mana pulakkk ". Aku hanya mampu mengeluh kecil memandang kedua omma aku bersuara .

"Malam ni Eunmi tidur rumah Yeol je . Apa guna Yeol ada rumah sendiri tapi tak bawa Eunmi ke sana". Celah Chanyeol yang dari tadi terdiam .

"Encik Ji dan Encik Park ,telah la .Hanya mampu berdiam melihat isteri mereka saling bertolak ansur tak kena gaya tu .

"Ha! lupa pula omma ! Eunmi tidur rumah Yeol ye malam ni .Bukan malam ni je , selama mungkin la". Puan Park tersenyum memandang Eunmi .

"D-de ? r-rumah Chanyeol ?". Bulat mata aku dengar kena tidur rumah Chanyeol . Macam mana kalau dia apa-apa kan aku ?! macam mana kalau dia dera aku ?! arghh!! tak nak !!! .

"Iye , rumah Yeol tak jauh sangat dari rumah omma ,kalau kamu bosan duduk sorang ke datang la rumah omma ye .Kita boleh masak sama-sama . Lagipun Yeol kerja tak ikut masa , susah ada masa free". Omma park memandangku dengan sayu .

"Bwo ? wae? dia kerja apa sampai busy sangat nak balik rumah tu ?". Bsik aku dalam hati . "aa nae omma ". Aku hanya mampu mengangguk sambil tersenyum . Kalau ditolak kang pelawaan tu dikata sombong pula nanti .Lagipun aku kan sudah menjadi isteri tak rela Chanyeol , nak tak nak kena la ikut juga dia macam mana pun .

"Kami pergi dulu ye omma ,appa ". Chanyeol menunduk hormat .

"Omma appa jaga diri baik2 ye .Ada masa Eun datang rumah ,lawat ". Aku memeluk erat tubuh omma ku . Omma yang selalu aku berkepit 24 jam kini aku kena berpisah pula .Sadisss .

"Ye, kamu pun jaga diri baik2 ye nak ". Puan Ji mengucup lembut dahi Eunmi .

"Jaga Eunmi baik2 tau .Omma dapat tau kamu kasar dengan dia ,siap! ". Puan Park jegil memandang Chanyeol . "Sebab ni la aku takut dengan omma ". Bisik Chanyeol dalam hati .

"Nae omma ,jangan risau la .Yeol jaga dia baik2". Chanyeol memeluk tubuh Puan Park .

"Aigoo ..besar dah anak omma ni ". Puan Park sudah berlinang air mata .

"Take care son !". Encik Park menepuk bahu Chanyeol sambil tersenyum .

"Nae appa ". Chanyeol mengangguk .

S
K I
P

Aku dan Chanyeol menaiki kereta menuju ke rumah Chanyeol . Kata dia malam ni aku perlu memakai baju dia dulu , esok baru kami akan pergi ke rumah omma Ji untuk mengambil baju dan keperluan aku . Katanya hari sudah lewat malam , dia malas nak berulang alik .Takpe ,aku faham .Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 12 malam .Dasyat betul adakan majlis perkahwinan di malam hari ni .Disebabkan siang masing-masing semua busy ,termasuk aku .So terpaksa la buat malam majlis ni .

Beberapa minit kemudian , kami tiba di rmah kediaman Chanyeol .

"Bapak la! besar gila siot ! muat 20 orang 1 rumah ! apa dia buat sorang2 dalam rumah besar ni ! kan aku cakap dia ketua mafia ,sebab tu kaya boleh beli rumah besar macam ni .Rumah omma appa dia pn besar juga , tapi no wonder la appa dia ada syarikat sendiri . Aku tengok Uncle Park takde la manjakan Chanyeol ni sangat .Biasa je dia layan Chanyeol .Maksud aku , takda la jenis Chanyeol nak apa saja dia akan belikan . Ishh! nak tanya ke tak ea suami aku ni kerja apa .

"Asal kau tengok aku macam tu ". Chanyeol menutup suis enjin kereta . Terkejut beruk aku dibuatnya .Fikirku dia tidak perasan aku memerhati dia dari tadi .

"A-aniyo .Mana ada saya tengok awak .Cuma ...ni rumah awak ke ?". Tanyaku meminta kepastian .

"Habis takkan rumah kawan aku .Kau nak ke tidur rumah dia ? rumah dia lagi besar ". Chanyeol terus keluar dari perut kereta .Nampak tak 'super dumb' dia dekat situ? tanya sepatah jawab 1000 patah tapi jawapan tetap menyakitkan hati .

"Tanya je pun ! ". Bentak aku . Tanpa membuang masa, aku terus membuka pintu kereta dan memandang sekeliling kawasan .Serius la dia boleh duduk sorang dengan rumah besar ,kawasan besar macam ni ? Ishh kaya betul ni !

.

.

Masuk saja ke dalam rumah Chanyeol , aku lihat frame-frame di dinding kebanyakan tentang pembedahan . Ruang tamunya pun besarrrrrrr sangat! Boleh main lari2 lagi.

"Eiii ". Aku menggigil .Aku memang takut dengan darah ,termasuk darah aku sendiri .Boleh pengsan aku kalau tengok darah depan mata aku .Setakat gambar je takpa la .

"Bilik kau dekat tingkat atas . Gi ah mandi dulu .Pakai je mana-mana baju yang ada dalam almari tu ".Chanyeol terus berlalu pergi menuju ke arah belakang .

"Eo ? kenapa dia cakap macam tu ? bilik dia dekat bawah ke ? ". Aku perlahan mengikuti dia dari belakang . Aku Nampak dia masuk ke dalam sebuah bilik berdekatan dengan ruang dapur .Ruang dapur pun boleh muat kolam sejibikkk .

"Kenapa la tidur dekat bawah .Kalau aku jadi dia,aku takkan tidur di bawah .Lagi2 dekat dengan dapur .Seram oii ". Aku terus mengorak langkah menaiki anak tangga menuju ke bilik tingkat 2 .

//Krak// Aku memulas tombol bilik dan memandang sekeliling .

"Wahhh kemasnya ...". Aku memandang suasana bilik itu dengan terkejut . Jauh sekali beza dengan bilik aku yang macam tokang pecah itu .

Aku melabuh punggung duduk di atas katil .

"Argh letihnya harini !! ". Aku terus baringkan diri dan memandang siling . "Rasa rindu pula dengan bilik aku sendiri . Macam mana pun bilik kita sendiri dengan bilik orang lain tetap tak sama kannn.

"Panas! nak mandi ". Aku memandang pakaian pengantin yang masih tersarung kemas di tubuh aku ."Wait........macam mana aku nak buka butang belakang leher aku dengan zip dekat belakang aku yang sampai pinggang ni ? ". Aku memandang pakaian pengantin ini dengan terkejut . "Aduh!! napa omma pilih baju macam ni !! susah la nak buka!! ". Aku cuba memanjangkan tangan membuka butang di belakang leher aku . Berjaya ! . Satu lagi masalah besar . Macam mana aku nak tarik zip dari belakang leher sampai ke pinggang ni ? . Sekali lagi aku memanjangkan tangan aku . "Aduh aduh ! ". Aku memegang bahu aku . Rasa nak tergeliat saja . "Alaaa tak boleh!! ". Aku mengelupur di atas katil ."Haish ! takkan la aku nak pakai sampai esok baju ni ! sumpah panas ! ". Aku termenung seketika ."Takkan la aku nak ......tak boleh tak boleh !!! nanti kalau dia ambil kesempatan macam mana!! ". Aku menggeleng laju . Baru saja aku fikir nak suruh Chanyeol ! ."Tapi.....jap ! ". Aku mendapat satu idea bernas ! . Aku terus menuju ke almari sebesar dinasour tu dan mencri sesuatu di dalamnya .

"Dia letak mana benda alah tu ..". Satu per satu barang dalam tu aku tolak . "Jumpa!!! ". Aku memegang penutup mata tu .

Aku terus menuju ke bilik Chanyeol di tingkat bawah .

//tok tok tok // "Awak ". Panggilku .

Krik krik krik ....

"Bwoya! takkan tidur dah ? awak saya nak minta to-".

//Krak// Pintu bilik dibuka oleh Chanyeol .

"Omooo!!!! ". Aku menutup rapat mata aku .Terkejut aku melihat Chanyeol tanpa baju .

"Kau nak apa lagi ?". Chanyeol mengerut kening memandang Eunmi .

"S-sa-saya na-nak minta tolong ! ". Aku terus menunjuk penutup mata itu tepat di muka Chanyeol .

"Buat apa dengan benda alah ni ?". Chanyeol mengambil penutup mata itu dari tangan Eunmi.

"Saya nak minta tolong......buka zip baju saya dekat belakang ni ". Aku pula yang tutup mata dan tidak memandang Chanyeol .

Chanyeol menganggalkan bajunya dan hanya memakai seluar slack sahaja.

"Oo kau nak suruh aku buka zip baju kau dengan tutup mata aku guna benda ni ?". Chanyeol mengangkat kening .

"Haah . Tolong la ". Aku mengangguk .

"Buka je la mata kau ! bukan aku tak pakai apa2 langsung dekat badan aku !". Chanyeol hanya memegang penutup mata itu dan tidak memakainya .

"Bwoya .Saya ingat awak dah pakai benda tu .Tutup la mata awak ".

"Asal aku kena tutup mata aku pula ? kau bini aku , salah ke kalau tengok belakang kau je pun?".

"Ishh saya malu laa". Bentak aku .

"Malu? eh selalunya Baju ketat , singkat , jarang! terdedah sana sini ! kau nak tunjuk dekat siapa badan kau?negro?.Time tu tak malu pula". Sindir Chanyeol .

"Aishh !! taknak tolong takpe la". Aku memusingkan badanku ingin balik ke bilik semula .Tiba-tiba terasa tanganku dipegang .

"B-bwo...". Terbuntang mata aku dibuatnya .Chanyeol betul2 berdiri rapat di belakang tubuh aku .Ceringgggg bulu roma aku dibuatnya !

"Nak buka zip baju je pun .Takyah nak segan bagai dengan suami kau .Duduk diam2!". Chanyeol menarik perlahan zip baju pengantin Eunmi dari belakang hingga paras pinggang . "Dah ". Kta Chanyeol sepatah .

Tanpa menoleh memandang Chanyeol , aku terus berlari anak menuju ke bilikku di tingkat 2 .Malunya! mukaku sudah merah padam lebih pada tomato lagi ! .Satu badan aku panas macam nak demam saja menahan malu itu .

"Tsk .Ada ke suruh aku pakai benda ni ". Chanyeol smirk memandang penutup mata di tangannya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience