Chapter 3

Fanfiction - KPOP Completed 7370

Awal pagi lagi Chanyeol sudah bangun bersiap2 membersihkan diri , dan menyediakan sarapan .

"Ai .. minah ni tak bangun lagi ke ?". Omel Chanyeol sendirian sambil merenung jam tangannya .

Tanpa membuang masa , Chanyeol melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik Eunmi .

//Krak// Dibuka perlahan pintu bilik lalu memandang ke arah katil . Eunmi masih nyenyak tidur dibuai mimpi .

"Aigoo bini aku ni . Tah dekat rumah kol berapa la baru bangun ni ". Chanyeol mengatur langkah menuju ke katil Eunmi . Ditenung wajah mugil itu dengan sengihan . "Nama je perempuan , dengkur bukan main kuat lagi ". Bisik Chanyeol dalam hati .

"Oi .. bangun ". Chanyeol menolak perlahan bahu Eunmi . Eunmi masih tidak sedar . "Eunmi yaa ..bangun ". Sekali lagi Chanyeol menolak bahu Eunmi .

"Ishh kejap la omma . Nanti Eun bangun la ". Kata Eunmi dengan mata yang masih pejam .

"Sejak bila pula aku jadi omma dia ". Bisik Chanyeol dengan hairan .

"Eunmi ..bangun la . Aku nak pergi kerja ni ". Chanyeol masih tidak berganjak .

"Omma tak peluk Eun lagi ". Eunmi mendepa tangannya tanpa membuka mata.

"Haih .. macam mana la Ji Omma layan anak perempuan dia sorang ni dekat rumah . Memang pagi2 kena peluk dulu ke ?". Bebel Chanyeol sendirian .

Tiba-tiba Eunmi merangkul leher Chanyeol lalu mengucup perlahan pipi Chanyeol .

"Yeoja ni nak tackle aku ke apa ?". Bisik Chanyeol dalam hati sambil mengangkat kening .

"Omma dah buat sarapan ke ....". Eunmi tertidur di bahu Chanyeol .

"Haah . Omma dah buat sarapan . Special lagi untuk anak kesayangan omma . So , Eun bangun ye mandi2 pastu sarapan ". Kata Chanyeol dengan nada ajukan .

"Suara tu ....". Eunmi cepat-cepat membuka matanya . "Y-yahh !! awak buat apa dekat bilik saya ?". Eunmi cepat2 menolak tubuh Chanyeol .

"Haa ! sedar dah ? aku ingat kau nak bermanja aku sampai lewat malam ni " . Chanyeol menyilang tangan .

"Aishh malunya ..". Bisik Eunmi dalam hati lalu menekup mulunya dengan kedua belah tapak tangannya .

"Kau takde kerja ke pagi ni ? kol 8 dah tak reti bangun lagi ?". Chanyeol tunjuk jam tangannya .

"IShh saya free lagi harini ! takde shooting ". Eunmi mencebik .

"Dah la . Aku nak masuk kerja ni . Bangun cepat sikit . Jangan nak membuta je . Sarapan aku dah siapkan . Jangan tak makan lak , nanti masuk angin perut kau ".

"Saya tak suka makan pagi . Berat badan saya jenis cepat naik , bukan senang tau nak maintain kan berat badan ".

"Jangan fikir berat badan kau . Fikir kesihatan kau ".

"Eii awak ni bebel macam doktor dah kenapa . Saya tau la ". Eunmi menarik semula selimutnya .

"Haa ! jangan nak gatal tarik selimut ea . Bangun terus . Jangan malas sangat nak mandi . Kalau orang nampak kau dengan keadaan macam ni orang mesti terkejut . Model ke ni ?". Sindir Chanyeol .

"Yah ..awak nak pergi kerja tu pergi je la . Saya nak mandi la ni ". Eunmi mengetap gigi .

"Bai ". Chanyeol terus berlalu pergi .

"Bwoyah . Gitu je ?". Eunmi hanya memandang Chanyeol terus berlalu pergi .

Skip!!
. .

Usai mandi dan bersiap , Eunmi menuruni anak tangga menuju ke arah dapur .

"Sarapan apa la dia buat ". Omel Eunmi sendirian . "Apa yang....dia buat ni ". Ternganga Eunmi melihat sarapan di atas meja .

Salad karot , jus tomato pudina dan telur separuh masak .

"Eii ..asal sarapan semua sayur2 ni . Dah la aku tak makan sayur ". Eunmi menekup mulut seperti nak muntah . "Baik aku minum susu je ". Eunmi menuju ke peti sejuk .

Skip!!
. .

//Tok tok tok //

"Masuk ".

"Yo bro ! hapo kabo ". Sapa Doktor Baekhyun lalu duduk di kerusi berhadapan meja Chanyeol .

"Oii Baek ! ". Chanyeol tersenyum .

"Amboi kau . Lepas kawin ni lagi bertambah seri ek aku tengok ". Sindir Baekhyun sambil tersengih .

"Seri apanya . Mengarut kau . Asal kau tak datang haritu masa aku kahwin ". Chanyeol mencebik .

"Haa jangan nak tanya kenapa pulak ea . Bukan ke aku yang kena take patient kau ?sampai 2 orang ". Baekhyun menepuk meja .

"Ohh haah la . Lupa aku . Sorry ah susahkan kau . Nanti aku belanja kau makan ea ". Pujuk Chanyeol.

"Buat teruk lak kau . Aku ok je la . Setakat 2 orang tu apa la sangat ". Baekhyun flip hair .

//Krak// "Doktor Chanyeol !!! ada pesakit dalam wad kecemasan !! palliwa!! ". Jerit seorang nurse yang tiba-tiba menerjah bilik Chanyeol .

"De? arraso ! ". Chanyeol mencapi stetoskop nya di atas meja dan bergegas keluar dari biliknya . Baekhyun juga membuntuti di belakang .

"Macam mana keadaan pesakit ?". Soal Chanyeol seraya tiba di Zon Kuning . Dia memakai stetoskop pada telinganya dan menyemak keadaan seorang pesakit .

"Pesakit ditimpa oleh batu besar dan menyebabkan serpihan batu tajam menusuk ke dalam betis ". Jawab seorang nurse perempuan bernama Kim Yeonmi .

"Arraso . Bawa pesakit ke bilik bedah sekarang ". Arah Chanyeol .

"Uisa Park ! kita ada lagi 4 orang pesakit mengalami kecederaan yang sama !! ". Jerit seorang nurse lagi yang bernama Jaera .

"Aku bantu kau ! ". Doktor Baekhyun memegang bahu Chanyeol sambil mengangguk .

"Arraso ,kajja! ". Chanyeol lari ke arah laluan bilik bedah .

"Bawa 2 orang pesakit ke bilik bedah . Lagi 3 orang saya nak awak pantau dan catat kadar darah setiap masa . Pakaikan pesakit alat bantuan penafasan , ppali! ". Arah Doktor Baekhyun .

"Nae uisaseonsaengnim! ". Jaera menurut arahan Baekhyun .

Skip!!
. .

Eunmi duduk di kerusi di ruang tamu sambil mengunyah popcorn yang diambil di dapur sebentar tadi . Direnung ke arah jam di dinding .

"Arghh ! baru pukul 2 petang asal aku bosan sangat2 ni !! ". Eunmi mengelupur di atas sofa .

//Kring kring // " Yahh!! kau dekat mana!! cepat la datang ambil aku !! " Eunmi mengangkat panggilan .

"Bwoyah ..kau kenapa marah2 ni ?! relax ar . kau dekat mana ni ?". Soal Haemin , pembantu Eunmi selaku kawan karib Eunmi sejak di SMA .

"Dekat rumah suami aku . Cepat la datang !! aku bosan ni ". Sekali lagi Eunmi mengelupur di atas sofa .

"Arraso2 ! aku nak datang la ni . Rumah suami kau dekat mana ?". Soal Haemin.

"Entah . Aku tak tau . Pandai2 kau la . Cepat sikit ! ". Eunmi terus tutup talian .

"Yahh !! kau ingat aku robot ke boleh detect lokasi kau sekelip mata!! ". Jerit Haemin sendirian .

Skip !!
. .

[Di bilik Bedah]

Chanyeol masih berusaha mengeluarkan batu kecil-kecil yang tertusuk dalam kaki pesakit . Masuk ini sudah 3 orang sempat diselamatkan .

//Tittttt tittt tittttttt// Tiba-tiba mesin oksigen mengeluarkan bunyi .

"Park uisaseonsaengnim! jatung pesakit semakin lemah ! ". Jerit Yeonmi yang berdiri di hadapan Chanyeol .

"Berapa percent! ". Soal Chanyeol yang masih fokus pada bahagian pinggang pesakit .

"70% ! 65% ! ". Yeonmi membaca kadar jantung di mesin .

Tiba-tiba kelenjar kuning keluar di bahagian perut pesakit .

"Pyelonephiritis! ". Chanyeol tercengang seketika .

"W-waeyo Uisaseonsaengnim ?". Yeonmi memandang wajah Chanyeol .

"Pesakit ada masalah pada buah pinggang ! mungkin mengalami keradangan buah pinggang atau disebabkan batu2 kecil-kecil yang tertusuk di tempat trsebut! ".

"Apa kita perlu lakukan ?". Soal Yeonmi lagi . Tangannya sudah menggeletar . Salahnya juga kerana tidak membuat semakan secara dalaman ke atas pesakit tersebut .

"Kim Yeonmi ssi . Awak pergi keluar". Arah Doktor Baekhyun yang baru tiba setelah selesai jalani pembedahan ke atas pesakitnya .

"De? ". Yeonmi masih tercengang .

"Pergi keluar! ". Tegas Chanyeol .

"D-de! ". Yeonmi terus berlari keluar dari bilik bedah .

"Kenapa ni ?". Soal Baekhyun .

"Kita kena cepat ! . Pesakit mengalami Pyelonephiritis.

"Arraso . First kita buang dulu kelenjar kuning tu , baru kita fokus bahagian buah pinggang pesakit . Buah pinggang dia dalam keadaan stabil ke tidak ?". Soal Doktor Baek .

"Ya , setakat ni buah pinggang pesakit masih dalam keadaan stabil ". kata seorang nurse yang dampingi Doktor Chanyeol .

"Arraso , nanti bawakan colonoscopy secepat mungkin ". Arah Chanyeol pula .

"Tapi kita kekurangan Colonoscopy ". Jawab nurse Lee.

"Bwo ?! ".

"Ya , colonoscopy terakhir sudah diambil Doktor Shin sebentar tadi , jadi kita tidak mempunyai lagi".

"Takpe , ambilkan lampu kanta ".

"Tapi lampu kanta terlalu susah kalau kau nak guna sekarang! . Batu yang tertusuk tu terlalu dalam ! ". Ujar Doktor Baekhyun pula .

"Gwenchana . Aku akan cuba apa saja untuk selamatkan pesakit ni . Selagi kau di sini , kau kena bantu aku juga". Balas Chanyeol tanpa memandang wajah Baekhyun . Chanyeol hanya memberi tumpuan membersihkan darah pesakit .

"Arraso ". Doktor Baekhyun hanya turut kata-kata Chanyeol .

Skip!!
. .

Jam menunjukkan pukul 9 malam . Eunmi dan Haemin tiba di perkarangan rumah agam Chanyeol . Setelah meluangkan masa di pusat beli belah dan mengambil angin tepi pantai ,mereka terus bergerak pulang .

"Yah kelam je rumah . Takkan suami kau tak balik lagi ?". Soal Haemin .

"Molla .. ". Balas Eunmi seperti malas ambil tahu . Dalam hatinya penuh dengan rasa tanya . Di mana Chanyeol berada sekarang ? apa dia buat ? dia masih kerja ke? apa kerja dia ?

"Call la dia . Tanya dia dekat mana ". Haemin mencuit Eunmi .

"Eii taknak la aku . Nanti kang dia fikir bukan2 pula . Tak pasal aku kena cop rindu dia ke apa ". Eunmi menolak .

"Yahh ! kau ni isteri ! kena la ambil tau apa suami kau buat . Takkan kau nak diam je . Mana la tau suami kau ada masalah ke apa ke ". Marah Haemin .

"Argh taknak . Tah tah dia sibuk layan yeoja lain ke apa tu ". Eunmi terus keluar dari perut kereta .

"Eii ke situ pula fikirnya . Eunmi..Eunmi ". Haemin sekadar menggeleng kepala .
. .
.

Setelah lama berbual dengan Eunmi , Haemin minta untuk pulang ke rumah . Jam sudah menunjukkan 12 malam . Matanya juga sudah layu dan memanggil katil saja .

"Eii mana Chanyeol ni !!! taknak balik rumah dah ke!! ". Eunmi cepat2 mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Chanyeol .

//Kring kring// Telefon Chanyeol berdering .

"Bwoyah ! busy sangat ke tak angkat fon ni ". Eunmi masih lagi mendail nombor telefon Chanyeol . Masuk ini sudah 5 kali dia menghubungi Chanyeol tetapi masih gagal dijawab.

"Yoboseyo ". Tiba-tiba Chanyeol mengangkat panggilan . Dia terus menekan butang loud speaker seraya membuka coat putih yang tersarung kemas di badannya .

"Yahh !! awak dekat mana!! kenapa tak balik lagi !! ". Jerit Eunmi di talian .

"oh Eunmi ssi ..malam ni aku tak balik kut ". Chanyeol merenung jam tangannya . Hari sudah lewat malam . Lagi pula dia mempunyai tugas yang perlu disiapkan secepat mungkin .

"B-bwo ? tak boleh !! awak kena balik juga!! ". Minta Eunmi lagi . Suaranya seperti nak nangis saja .

"Kau tidur la . Dah lewat ni ". Ujar Chanyeol .

"Taknak ! saya takut . Awak balik la . Awak ni kerja apa ha sampai tak ingat nak balik rumah ! ". Sekali lagi Eunmi marah .

"Kalau kau takut sangat , kau tidur rumah omma malam ni . Rumah omma dekat je . Naik je mana-mana kereta kau nak . Ada dekat garaj tu ".

"Shireo ! . Nak keluar depan rumah awak pun saya takut ,apatah lagi pergi dekat garaj awak yang kelam tu ". Eunmi menggeleng laju .

"Haa dah tau takut , tidur je la . Kau dah makan ke belum ni ?". Soal Chanyeol .

"Dah . Saya makan dekat luar dengan kawan saya tadi ".

"Ohh bagus la kalau macam tu . Esok pagi aku balik ".

"Eii dia taknak tanya ke kawan aku lelaki ke perempuan ! ". Jerit Eunmi dalam hati .
"Bwo?! esok ?! lambatnya !! saya kena tidur sorang la ni ?". Soal Eunmi lagi .

"Asal ? kau nak tidur dengan aku ke kalau aku balik rumah ?". Chanyeol tersengih sambil menggeleng kepala . Ada-ada saja la isterinya sorang ni .

"A-ani ! bukan tu maksud saya . Tapi kalau awak ada dekat rumah ni takda la saya takut sangat . Dah la rumah awak besar ! ".

"Tak boleh Eunmi . Aku minta maaf sangat2 sebab tak bagitau kau awal2 tadi yang aku tak boleh balik harini ".

"Eii ! takyah balik terus la! ". Jerit Eunmi seraya mematikan talian .

"Merajuk la tu ". Chanyeol sekadar menggeleng kepala sambil tersengih .

//Krak// "Oi yeol . Aku balik dulu ea. Kau ada shif malam ea". Doktor Baekhyun menjengul di muka pintu .

"Haah aku shif malam harini . Lagipun aku ada dokumen nak kena submit sikit ni ". Balas Chanyeol .

"Oh yeke . Haa takpe la . Aku balik dulu . Jumpa esok bro . Apa-apa pun tahniah sekali lagi kau dapat selamatkan pesakit tadi . Caiyaa la wehh . Kau memang hebat ". Baekhyun mengangkat thumbs up sambil tersenyum .

"Aniyo . Kau pun banyak bantu aku tadi . Yang penting dia selamat kan ". Chanyeol juga tersenyum .

"Fighting Park uisaseonsaengnim ! ". Jerit Baekhyun sebelum berlalu pergi .

"Baek..Baek..". Omel CHanyeol sendirian sambil tersenyum .

Skip !!
. .

Chanyeol tiba di perkarangan rumahnya pada jam 7 pagi . Selesai saja kerjanya dia terus bergegas pulang ke rumah .

"Mesti tak bangun lagi minah ni ". Omel Chanyeol sendirian dan mengatur langkah menuju ke dalam rumahnya .

Tanpa membuang masa Chanyeol terus menaiki anak tangga menuju ke bilik Eunmi . Dipulas perlahan tombol pintu agar tidak kedengaran Eunmi .

"Chanyeol !!! ". Eunmi terus terjun katil dan memeluk erat tubuh CHanyeol .

"B-bwoya! ". Chanyeol tergamam seketika . "Yahh gwenchana ?". Soal Chanyeol .

"Tak ok . Saya tak dapat tidur semalaman ! . Awak tau tak macam2 bunyi dekat rumah awak ni ! saya takut !! ". Eunmi masih memeluk erat tubuh Chanyeol .

"Lah ... takut apanya . Bukan ada hantu pun rumah aku ni ". Chanyeol mengeluh kecil .

"Awak jangan la keluar lama2 . Saya takut la . Saya tak tau rumah omma park dekat mana . Rumah omma saya lagi la jauh dari sini ". Eunmi menangis .

"Tsk . Aigoo Eunmi..Eunmi .. dah dah . Harini siang aku free. Malam baru masuk kerja ". Chanyeol tersengih .

"Tengok tu ! . Mesti malam ni awak tinggal saya lagi kan !! ". Jerit Eunmi .

"Kejap lagi aku hantar la kau pergi rumah omma . Haih . Gi ah mandi dulu . Aku pun tak mandi lagi ni ". Chanyeol hanya membiarkan Eunmi yang masih memeluk tubuhnya .

"Awak..". Panggil Eunmi .

"Apa?".

"Saya lapar...". Manja saja nadanya .

"Tsk . Kau mandi la dulu . Kejap aku sediakan sarapan ". Sekali lagi Chanyeol tersengih . Kelakar saja dipandang wajah Eunmi dekat2 . Matanya ada lingkaran hitam dan wajahnya kelihatan sembab . Disebabkan CHanyeol sudah biasa tidak tidur di waktu malam , jadi dia jarang mempunyai lingkaran hitam itu .

"Janji ea . Awak jangan lari pula! . Kang saya habis mandi nanti tiba-tiba awak hilang " . Eunmi menepuk dada Chanyeol .

"IShh ada ke pula macam tu . Tak lah . Kau ingat aku ni apa ha ? chipsmore ? kejap ada kejap takda".

"Memang chipsmore pun! ". Eunmi terus mencapai tualanya lalu menuju ke bilik mandi .

"Aigoo..apa kena la isteri aku sorang ni ". CHanyeol tergelak kecil .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

alessya1234
2020-07-05 14:09:39 

wow best sangat cerita ni .nanti buat lah lagi ye


NovelPlus Premium

The best ads free experience