BAB 4

Action Series 869

SEMPADAN PEKAN TINGGAL

General melangkah keluar dari khemahnya. Hari sudah gelap. Dia memandang sekeliling. Melihat askar askarnya bersiap sedia untuk esok. Entah berapa orang pulak yang akan mati kali ni… fikirnya. Dia lihat ada yang sedang mencuci senapang mereka, ada yang berbual bual, dan ada yang hanya duduk termenung. General mengubah pandangannya kearah pekan tinggal itu. Fikirannya kembali kepada pertemuannya dengan Kapten petang tadi.

Juga didalam fikirannya, pertempuran pertempuran yang pernah dia hadapi, berdepan dengan Kapten dan orang orangnya. Konvoinya pernah diserang Kapten. Dia hilang hampir separuh askarnya dalam serangan itu. Dia masih ingat ketika itu, setelah dia tewas bertarung dengan Kapten, Kapten meletakkan parangnya di leher General. Tetapi tidak dikelar leher General. Kapten hanya berkata ‘aku takkan bunuh kau hari ni. Aku nak kau ingat, aku lepaskan kau hari ini dan kau berhutang nyawa ngan aku. Itu lagi siksa untuk kau dari mati….’

Markas tenteranya pernah juga diserang Kapten. Dua markasnya diletupkan. Lebih kurang 70 orang askarnya terbunuh dalam serangan itu. Masih jelas di ingatannya, melihat Tupai, yang entah bagaimana berjaya menyelinap masuk kemarkasnya tanpa disedari sesiapa, memasang bahan letupan di sekeliling markasnya, melambaikan tangan kepadanya dari jauh, sambil memerhatikan letupan letupan disekeliling markasnya. Berdiri di sebelah Tupai ketika itu, adalah Kapten. Takkan dia lupa, senyuman sinis yang dilemparkan Kapten kepadanya waktu itu.

Tapi, pertempuran paling dahsyat, adalah pertempuran yang sekarang digelar ‘THE GREAT BATTLE OF MINDEF’. Pertempuran terakhirnya dengan Kapten dan orang orangnya sehinggalah mereka bertemu lagi petang tadi. Pertempuran yang melonjakkan nama Kapten paling atas didalam senarai, The Most Wanted Man oleh Israel. Pertama kali dia melihat Kapten membunuh. Atau lebih tepat lagi, memenggal. Askar askar General yang tumbang ketika itu, hampir semuanya tumbang kerana dipenggal Kapten dan orang orangnya. Mujur dia dan dua anggota kumpulan Jahat Berenam, Si Ular dan Mata Satu, berjaya menyelamatkan diri. Tapi tidak untuk seorang lagi, yang digelar Si Bisu.

Kepalanya dipenggal Kapten. Sudahlah dipenggal, kepalanya ditendang seperti seorang penjaga gol menendang bola kearah General, Si Ular dan Mata Satu yang sedang berlari menyelamatkan diri. Paling mengejutkan, esok paginya, kepala kepala askar Israel yang mati dipenggal Kapten dan orang orangnya, diletak menimbun didepan pintu masuk markas tentera Israel.

Israel membalas. Menghantar salah seorang salah seorang anggota Jahat Berenam, yang digelar Si Bayang ke markas tentera Kapten dengan misi membunuhnya. Bayangkan betapa terkejutnya General, bila dia bangun esoknya dan mendapati kepala Si Bayang berada di sisi katilnya, dengan nota yang dilekat di kepala Si Bayang. Nota yang tertulis ‘From Kapten with Love’.

Serangan Kapten dan orang orangnya terhadap tentera Israel tidak berhenti setakat itu sahaja. Banyak markas tentera Israel dimusnahkan oleh Kapten. Askar askar Israel banyak yang mati dipenggal. Sehingga memaksa pihak Israel membuat perjanjian dengan Kapten. Pihak Israel tidak akan mengganggu Kapten jika Kapten tidak mengganggu operasinya. Perjanjian yang dipersetujui Kapten.

General sekali lagi memandang sekeliling, melihat askar askarnya. Dia sedar, mereka tidak setanding dengan Kapten dan orang orangnya. Berapa ramai askarnya yang akan mati kali ini, dia sendiri tak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience