General mencapai uniform askar miliknya yang tergantung, di sarungkan ketubuhnya. Di poket kiri dan kanan uniform itu, terpampang bendera Israel. Dibutangnya uniform itu satu persatu, bermula dari bawah.
Dicapainya pula but askar. Dia duduk, memakai but itu, diikat tali but itu dengan kemas. Tidak terlalu ketat, dan tidak terlalu longgar. Dia bangun kembali, dicapainya pula dua bilah pedang yang sedia tergantung dekat dengannya. Dengan tenang, dia menyandang pedang pedang itu dibelakangnya, membentuk seperti huruf X.
Sarung pistol yang juga ada disitu, dipakai kemas meliliti pinggangnya. Dia mengeluarkan pistol yang terletak disebelah kanan pinggangnya, diperiksa sekali lalu, kemudian dimasukkan kembali kedalam sarungnya. Perkara yang serupa dia lakukan kepada pistol yang terletak di sebelah kiri pinggangnya.
Setelah berpuas hati, dia mengatur langkah keluar dari khemahnya. Diselak perlahan pintu khemah itu, orang orang kanannya sudah bersedia diluar khemahnya. Masing masing dalam posisi tabik hormat.
“General” kata mereka serentak, sambil memberikan satu tabik hormat. Disambut dengan satu anggukan dari General.
“Orang orang kita dah bersedia?” tanya General.
“Dah… semua dah bersiap sedia” jawab salah seorang orang kanannya. “Mereka semua dah bersedia di sempadan pekan tu. Hanya tunggu arahan dari General” orang kanannya menyambung.
General menganggukkan kepalanya, dan memberikan isyarat mereka semua perlu bergerak ke posisi masing masing. Kenderaan pacuan 4 roda milik mereka sudah siap tersusun di sempadan pekan itu. General mengira, ada 15 semuanya. Askar askarnya sudah bersedia didalam kenderaan kenderaan itu. General menuju ke kenderaan ditengah, masuk kedalam, dan melabuhkan duduknya.
“Test… semua masuk...” General bercakap melalui walkie talkie yang diambil dari dashboard kenderaannya.
“Ingat, kita hanya boleh bergerak setelah diaorang lepas sempadan… satu lagi… tangkap budak tu hidup hidup… yang lain lain, korang nak bunuh boleh… tapi ketua diaorang, si Kapten tu, tinggalkan untuk aku…” General memberi arahan.
Dia memandang kehadapan. Pandangannya tepat kearah rumah penginapan Kapten dan orang orangnya. Dua kenderaan pacuan 4 roda dan sebiji motosikal berkuasa besar terletak dihadapan rumah itu. Seorang demi seorang anggota kumpulan Kapten keluar. Dungun, Rembau, Fatimah, Aishah, Mak, Tupai, Romeo, dan akhir sekali, Kapten dan Budak.
“Panaskan enjin… bila aku bagi arahan, kita semua gerak serentak…” General memberikan arahan kepada askar askarnya. Dia nampak Kapten menghentikan langkah sekejap, dan memandangnya. Deruan enjin kenderaan askar askar General dapat didengar Kapten agaknya.
“Ok… semua bersedia nak gerak… semua bersedia…” sekali lagi General memberikan arahan kepada askar askarnya, sejurus selepas Kapten dan orang orangnya masuk ke kenderaaan masing masing dan mula memanaskan enjin.
Kapten dan orang orangnya mula bergerak. General memberikan ruang kepada mereka. Ikutkan perjanjian, General hanya boleh mengejar Kapten diluar kawasan Kapten. Maknanya, bila Kapten dan orang orangnya keluar dari sempadan pekan tinggal itu, barulah General akan bertindak.
“Sekarang!!” jerit General sebaik sahaja kumpulan Kapten melepasi sempadan pekan tinggal itu. Kumpulan Kapten berada lebih kurang 800meter dihadapannya. Dia yakin dia akan dapat mengejar mereka.
“Kenapa mereka perlahan ni?” fikir General apabila dia mula menyedari kumpulan Kapten tidak memandu kenderaan masing masing dengan laju. Bukan dengan kelajuan seperti seseorang yang dikejar musuh. Tetapi dengan kelajuan yang agak kasual.
“Semua jaga jaga… ada benda tak kena ni…” General bercakap melalui walkie talkie kepada orang orangnya.
General dan konvoinya hampir melepasi sempadan pekan itu. General berdiri di atas kerusi pacuan 4 roda itu, memandang kehadapan. Hatinya masih gusar. Dia dapat rasakan macam ada benda yang tak kena. Ternyata tekaannya tepat, apabila dia melihat Kapten secara tiba tiba menghentikan motosikalnya, dan memusingkan motosikal itu mengadapnya konvoi General. Di tangan Kapten, dia memegang satu alat. Kelihatan seperti alat trigger.
“Aku dah agak dah… semua berhenti!! Berhenti!! Ini perangkap!!” jeritan panik General kedengaran dari walkie talkie setiap kenderaan pacuan 4 roda askar askarnya. Tapi jeritan itu gagal menghentikan kesemua kenderaan askar askarnya. Hanya 3 yang berhenti. Terbuka luas mata General apabila dia memandang Kapten, yang sedang memandangnya, mengenyitkan mata kanannya, sambil memetik trigger tadi.
BOOM!! BOOM!! BOOM!! BOOM!! General melompat turun dari kenderaannya. Berlari sambil memekup kedua dua telinganya. Sakit telinganya mendengar bunyi dentuman bom periuk api yang dihidupkan Kapten tadi. Rupa rupanya Tupai dah menananam bom bom itu semalam, betul betul diluar sempadan pekan tinggal itu.
General meniarap. Telinganya masih ditekup. Satu per satu kenderaan kenderaan pacuan 4 roda askar askarnya meletup. Tanah dan batu batu berterbangan sana sini. General melihat ke kanannya. Beberapa orang askarnya yang terselamat turut meniarap, telinga mereka juga ditekup.
Daging daging cebisan mayat askar askarnya mulai jatuh satu persatu. Ada yang jatuh betul betul didepan muka General. Ada cebisan tangan, kaki, telinga, dan ada juga mayat askarnya yang hanya tinggal separuh. Terputus dua kerana terkena letupan tadi.
Tubuh General dan orang orangnya dikotori tanah dan batu batu yang dari letupan itu. Darah askar askarnya yang terkorban dalam letupan tadi, membasahi tubuhnya.
Setelah keadaan reda, General memusingkan badannya. Dia terbaring, memandang ke langit. Dia masih tidak mampu berdiri. Masih terkejut dengan letupan tadi. Bangkai bangkai kenderaan askar askarnya berada di merata rata. Terpelanting di sana sini kerana letupan tadi. Api masih marak membakar semua kenderaan tadi.
Dicelah celah kemarakan api itu, dia masih dapat melihat tubuh musuh ketatnya, Kapten. Masih lagi duduk diatas motosikalnya, Kapten hanya memandang kearah General. Kapten melemparkan satu senyuman sinis kepada General. Dia mengangkat tangan kirinya kepada General, memusingkan motosikalnya, dan memecut meninggalkan kawasan itu.
General mula berdiri perlahan lahan. Rasa terkejut yang ada dalam dirinya tadi, berganti dengan perasaan marah. Dia berdiri memandang Kapten yang sudah memecut dengan motosikalnya. ‘Akan ku balas Kapten… akan ku balas… akan aku bunuh semua kawan kawan kau, kecuali kau…’ bisik General didalam hati, penuh geram, penuh dendam.
“Kita patah balik ke pengkalan sekarang. Mintak bantuan tambahan…” General memberikan arahan kepada saki baki askar askarnya. Mereka semua mengganggukkan kepala, menaiki kenderaan masing masing dan berpusing balik menuju ke pengkalan. Tiada satu pun patah perkataan yang keluar dari mulut mereka sepanjang perjalanan.
Terkejut Budak mendengar bunyi letupan yang kuat di belakangnya. Spontan dia berpusing. Dia dapat melihat kenderaan askar askar General meletup hampir serentak. Kenderaan kenderaan itu melambung merata tempat. Telinganya bingit mendengar jeritan askar askar General yang menjerit apabila menyedari nyawa mereka akan melayang.
Budak memandang sekeliling kenderaan yang dinaikinya. Tiada langsung reaksi dari Romeo, Aishah dan Tupai. Tenang sahaja mereka.
“Kenapa? Kau terkejut?” Aishah bertanya kepada Budak. Dia menyedari Budak yang duduk disebelahnya seperti kehairanan dengan apa yang terjadi. Budak hanya menjawab pertanyaan Aishah tadi dengan satu anggukan.
“Tupai yang tanam periuk api tu semalam… mak yang buat” Aishah menjawab persoalan Budak.
“General dah mati ke kak?” Budak menyambung.
Tersenyum Aishah mendengar soalan Budak. Begitu juga Tupai, yang duduk disebelah pemandu, menoleh kebelakang, dan tersenyum kepada Budak. Romeo yang memandu kenderaan itu, hanya tertawa kecil.
“Tak… General tak mati” Aishah menjawab…
“Eh? Macammana akak tau? Ada ke manusia boleh hidup lepas kena letup camtu?” Budak melemparkan soalan lagi.
Aishah memandang Budak. Dia mencabut alat komunikasi dari telinga kirinya. Dia memberikan isyarat kepada Budak supaya melakukan perkara yang sama. Budak kehairanan, tapi dia menurut permintaan Aishah.
“Kapten takkan bunuh General…. Dia dah ada banyak peluang nak bunuh General, tapi tak dibunuh jugak… kau agak kenapa Kapten berhenti dan berpusing tadi? Kalau Kapten tak tunjuk trigger tu, terus je tekan, dah tentu General pun kena bom kan? Tapi Kapten tetap pusing, dan tunjuk trigger tu sebelum ditekan...” agak keliru Budak mendengar jawapan Aishah.
“Tapi… diaorang musuhkan?” Budak meminta kepastian…
“Ya, diaorang memang musuh… musuh ketat… tapi tahla, lain macam Kapten ngan General ni… Kapten pernah cakap, kalau dia bunuh General, Israel akan hantar sorang lagi ganti… jadi, lebih baik bunuh askar askar General… patahkan semangat dia...” Aishah menjawab.
Budak hanya mengangguk mendengar jawapan Aishah walaupun dia masih kurang faham. Aishah memberikan isyarat kepadanya untuk memasang kembali alat komunikasi di telinga kirinya. Budak mengikut sahaja, memasang kembali alat komunikasi, dan dia merenung keluar tingkap kenderaan itu.
Romeo, yang memandu, hanya tersenyum mendengar perbualan Aishah dan Budak. Dia tersenyum kerana dia tahu satu perkara yang mereka tak tahu, iaitu sebab mengapa Kapten tak akan membunuh General….
Share this novel