BAB 1

Action Series 869

Disebuah perkampungan diwaktu petang... kelihatan ramai kanak kanak sedang bermain dengan gembira, dan beberapa orang kampung sedang berbual sesama sendiri. Tetapi, keadaan diluar tidak dapat mengaburi keadaan tegang yang sedang terjadi didalam salah satu rumah disitu. Satu mesyuarat penting sedang berlangsung... ada 4 orang lelaki dewasa sedang bermesyuarat...

Orang kampung A: Apa kita nak buat ni Tok? Orang orang General dah semakin hampir ni...

Mereka yang lain hanya diam. Mereka memandang sesama sendiri. Tetapi, riak wajah mereka seolah olah tahu apa yang perlu dilakukan, cuma mereka seperti tidak berani untuk menzahirkannya dalam bentuk kata kata.

Orang kampung B: Kita semua dah tahu kan apa yang patut dibuat... salah seorang dari anak kita ni, akan bawak Al-Quran tu ke selatan... kita dah bersetuju dengan hal ini dulu...

Bapak Budak: kita undi sekarang... betul tu, benda ni kita dah setuju dari dulu. Takleh tangguh lagi dah ni...

Salah seorang orang kampung yang turut serta dalam mesyuarat itu, bangun dan berjalan menuju kesatu almari yang terdapat dibelakangnya. Dia mengeluarkan satu kotak dari almari itu, dibawanya ke meja mesyuarat, digoncangnya terlebih dahulu, dan kemudian baru diletakkan kotak itu diatas meja mesyuarat mereka.

Orang kampung B: Sekarang, seperti yang dipersetujui, kita cabut undi... siapa yang dapat kertas bertanda X, anak dia yang akan membawa Al-Quran tu...

Mereka yang lain mengangguk faham, dan seorang demi seorang mengambil satu kertas dari dalam kotak itu.

Bapak Budak: Sekarang, kita bukak dan tengok...

Perlahan lahan mereka membuka kertas yang ada ditangan mereka. Diletakkan kertas masing masing serentak diatas meja dihadapan mereka. Setelah melihat semua kepingan kertas yang sudah dibuka itu, masing masing memandang kearah Bapak Budak.

Bapak Budak hanya tersenyum memandang reaksi mereka yang lain. Dia mengangkat tangan kanannya, memberikan isyarat supaya mereka bertenang...

Bapak Budak: Kita dah tau sekarang secara adil, anak siapa yang akan membawa Al-Quran itu ke Selatan. Apa yang aku minta, sedekahkan doa kepada anak aku, semoga perjalanannya ke Selatan dilindungi Allah. Kita tahu mungkin General dan orang orangnya akan sampai lusa, jadi, aku akan minta anak aku bertolak selepas Subuh esok...

Kesemua mereka melangkah keluar dari rumah mesyuarat itu. Kelihatan isteri isteri mereka menunggu dengan penuh gelisah. Bapak Budak yang sedang menuruni tangga rumah mesyuarat itu, berhenti sebentar dan memandang tepat kepada isterinya, sambil tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

Isterinya memahami apa yang suaminya cuba sampaikan. Dia hanya menganggukkan kepala, dan air matanya mula bergenang. Menyedari apa yang terjadi, isteri isteri yang lain turut menangis dan memeluknya...

Bapak Budak menyedari, anaknya sedang memerhati dari jauh. Dia berjalan menuju kearah anaknya. Dilemparkan senyuman, dan dia menggosok kepala anaknya. Anaknya mengangkat kepala, memandang tepat kearah ayahnya, dan dipeluk ayahnya erat erat. Bapak Budak membalas membalas pelukan itu, dan mencium kepala anaknya.

PERKAMPUNGAN UTARA... WAKTU MALAM

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Sunyi suasana di perkampungan Utara. Malam yang begitu pekat.

"Tok!! General dah nak sampai!!" keheningan malam di perkampungan itu dipecahkan oleh jeritan beberapa pemuda yang panik berlari.

Bingkas bangun Bapak Budak. Terkejut dengan jeritan tersebut. Berulang kali pemuda pemuda itu menjerit “General dah nak sampai!!”. Dia pantas berlari menuju ke bilik anaknya, mengejutkan dia dari tidur.

“Nak, maafkan ayah… tapi kau kena bertolak sekarang” katanya sambil mengejutkan anaknya.

Tanpa membantah, anaknya bingkas bangun, menyambar sebuah beg sandang yang sedia ada di sebelah katilnya. Diambil juga sebuah beg yang lebih kecil, dipeluk beg itu seerat-eratnya…

“Tak mengapa ayah, saya dah bersedia” katanya sambil dia dan ayahnya berlari menuju keluar rumah.

Suasana panik dan kelam kabut mula menyelubungi perkampungan tersebut. Penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri. Kelihatan beberapa orang pemuda sudah bersedia dengan parang di tangan mereka. Sudah bersedia untuk bertempur. Beberapa orang dari mereka mula berlari seiring dengan Bapak Budak dan anaknya, melindungi mereka sehingga sampai ke pinggir hutan disebelah kampung.

“Nak, ingat pesan ayah. Kalau kau jumpa seseorang yang dipanggil Kapten, kau cakap dengan dia kau nak mintak tolongnya ikut kau ke Selatan, dan kau berikan dia wang yang ada di dalam beg tu. Insyaallah, dia akan tolong” pesan Bapak Budak kepada anaknya, sebelum anaknya berlari dan hilang dalam kegelapan hutan…

“Ya Allah, kau selamatkanlah perjalanan anak ku ini” doanya didalam hati.

Bapak Budak memusingkan badannya, memandang perkampungan Utara. Perlahan lahan dia berjalan menuju ke perkampungan itu. Berlinang air matanya melihat rumah rumah yang mula di jilat api. Kegelapan malam di perkampungan itu, mulai hilang, diterangi api api yang marak menjulang.

Pemuda pemuda yang bersedia dengan parang tadi, mula gugur satu persatu. Tidak mampu mereka nak bertempur dengan tentera General yang lebih ramai. Tangisan anak anak kecil memecahkan kesunyian tadi. Ada yang melutut, mengejutkan ayah dan ibu mereka yang tidak bernyawa lagi. Digoncang sekuat hati tubuh ayah dan ibu mereka

Dicelah celah hiruk pikuk dan kacau bilau disekelilingnya, Bapak Budak hanya memandang pada seorang sahaja. Seseorang yang tinggi, gagah, kemas pergerakannya

Watak itu langsung tidak menghayunkan dua bilah pedang yang tersarung dibelakangnya. Hanya memerhatikan apa yang orang orangnya lakukan tanpa bersuara.

Memakai baju hitam, tanpa lengan tetapi berhud, sukar untuk dilihat wajahnya. Tapi Bapak Budak cukup kenal siapa lelaki itu.

“General!!!” jerit Bapak Budak sambil berlari kearah pemuda berhud tadi, memegang parang yang diambilnya di tanah. General membuka hudnya, menampakkan parut di matanya.

Wajah yang penuh bengis itu hanya tersenyum sinis memandang Bapak Budak yang berlari kearahnya. Dia memperkemaskan kuda kudanya. Dia sudah sedia untuk bertarung. Walaupun Bapak Budak sudah dekat dengannya, dia masih tenang. Masih belum menghunuskan pedang yang kemas tersandang di belakangnya, pertarungan antara General dan Bapak Budak… bermula.

*********************************************

Bapak Budak memandang kebawah. Tubuhnya lemah, hanya mampu berlutut. Walaupun jarak antara matanya dan tanah itu dekat, pandangannya kabur. Matanya bengkak, darah mengalir dari kepalanya. Parang yang dipegangnya tadi sudah terlucut dari genggamannya. Perlahan lahan dia mengangkat kepalanya, mendongak ke atas.

Disebalik kekaburan penglihatannya, dia masih mampu melihat wajah angkuh yang merenung kebawah, melihatnya berlutut. Satu senyuman sinikal diberikan oleh pemilik wajah angkuh itu. Wajah angkuh General.

“Aku dah pernah cakap ngan engkau, aku akan buat kau melutut didepan aku satu hari nanti” walaupun dengan nada yang perlahan, penuh riak lontaran kata kata General itu. Kedua dua tangannya masih menggenggam penumbuk yang masih berdarah, tetapi darah itu bukan miliknya. Darah itu milik Bapak Budak. Dua bilah pedang yang disandangnya tadi masih belum dihunusnya, menunjukkan Bapak Budak tewas dengan mudah dalam pertarungannya dengan General.

Dua orang askar Israel mendekati General.

“General, kami dah cari merata, tapi Al-Quran tu takder disini”

"Kau pasti? Kau dah cari di semua tempat?”

“Dah General, semua tempat kami dah geledah. Tapi tak dapat jumpa Al-Quran tu”

General termenung sebentar, berkerut dahinya cuba memikirkan dimana Al-Quran itu disembunyikan. Semua rumah dan bangsal dah digeledah. Namun Al-Quran itu tetap tak dijumpai.

Perlahan lahan General memandang sekelilingnya. Mengamati setiap penduduk kampung puak Utara yang ada. Diamatinya dengan teliti. Pandangannya tiba tiba terhenti. Riak wajahnya tiba tiba berubah, seperti dia menyedari sesuatu. Dia mengalihkan pandangannya kembali kepada Bapak Budak.

“Mana anak kau?” tanya General kepada Bapak Budak. Pertanyaannya hanya dijawab dengan senyuman dan ketawa kecil dari Bapak Budak.

“MANA… ANAK…. KAU!!” semakin keras nada pertanyaan General.

Ditendangnya bahu Bapak Budak. Walaupun sedang terbaring diatas tanah akibat ditendang General, Bapak Budak masih tersenyum dan ketawa. Untuk seketika, puas rasa hatinya melihat reaksi General.

“Anak kau dah larikan Al-Quran tu kan? Dia nak larikan Al-Quran tu ke puak selatan kan? Kau bagitau aku sekarang betul atau tidak!” jerit General sambil menendang rusuk Bapak Budak.

Kesakitan, tapi Bapak Budak masih tersenyum dan ketawa. Geram dengan reaksi Bapak Budak, General mencekak leher baju Bapak Budak, mengangkatnya sehingga Bapak Budak berdiri.

“Tadi kau datang dari arah hutan sana. Hutan tu menuju kearah Timur, bukannya Selatan. Kenapa kau hantar anak kau kearah situ? Apa yang ada disitu? Kau cakap sekarang” ujar General.

“Cuba kau fikir, kenapa aku hantar anak aku kearah situ” perlahan suara jawapan Bapak Budak. Perlahan, namun cukup untuk membuatkan General berfikir sebentar. Terbuka luas mata General apabila dia mula menyedari sebab Bapak Budak berbuat begitu.

“Kau sengaja nak bagi anak kau bertemu dengan…” General tidak menghabiskan ayatnya.

“Biarkan aku habiskan ayat kau. Bertemu dengan…Kapten” berubah air muka General apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Bapak Budak itu. Wajah yang riak dan angkuh tadi, berubah menjadi terkejut. Jelas, pemilik nama Kapten itu memberikan impak yang luar biasa kepada General, ketua tentera Israel yang digeruni.

“Kenapa? Kau dah goyang?” sinis nada suara Bapak Budak bertanya kepada General yang masih mencekak leher bajunya. Marah dengan soalan itu, General mencampak Bapak Budak kembali ketanah. Bertambah marah General kerana Bapak Budak masih ketawa kecil.

“Jahat Berenam pun kalah dengan Kapten dan orang orang dia. Kau ingat askar askar kau ni mampu ke nak lawan pasukan Kapten tu? Silap silap dipijak-pijaknya diaorang ni macam lipas… Hahahaha” sambung Bapak Budak, sengaja nak menaikkan kemarahan General.

“Askar askar kau yang ni tak tahukan siapa Kapten dan pasukannya… diaorang tak tahukan kenapa Israel sanggup buat perjanjian dengan Kapten? Kau tak cerita ngan dia orang?” sambung Bapak Budak lagi.

“Kau tak pernah cerita ngan askar askar kau, kenapa kononnya kumpulan pembunuh terhebat Israel, yang dipanggil Jahat Berenam tu, sekarang dah tinggal empat orang ja? Mana lagi dua?”

Walaupun marah, namun aneh, tiada reaksi dari General. Dia memandang kearah lain. Seolah olah mengiyakan kata kata Bapak Budak tadi.

“Kau… kumpulkan orang kita. Anak dia dah bawak lari Al-Quran tu. Esok pagi, kita bertolak. Kita masuk kehutan tu dan cari anak dia sampai dapat” arahan General kepada salah seorang askarnya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada seorang lagi askarnya.

“Kau pulak, bawak balik dia ke markas kita, dan penjarakan dia” General memberikan arahan. Jari telunjuk tangan kanannya menuding kearah Bapak Budak.

General hanya memerhatikan Bapak Budak diangkat, diheret ke arah lori tentera milik tentera Israel. Sesudah Bapak Budak diheret melepasinya, General mengalihkan pandangan ke arah hutan yang akan dimasukinya esok.

“Kapten, aku harap takkan bertembung dengan kau lagi sekali” kata General didalam hati.

Dia berpusing, memerhatikan askar askarnya berkumpul. Ada didalam 30orang. Ada satu persoalan yang bermain dikepala mereka, tetapi mereka tidak berani untuk bertanya kepada General.

“Macammana General tahu, orang yang dia belasah tadi tu, ada anak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience