BAB 5

Action Series 869

MARKAS KAPTEN

Budak memberikan salam, menamatkan solat Isyaknya. Setelah berwirid sebentar, dia bangun, melipat sejadah dan melangkah keluar dari bilik yang digunakannya untuk solat. Dia memandang sekeliling. Melihat Kapten dan orang orangnya.

Di satu sudut, Kapten sedang berborak dengan Mak. Sesekali ketawa kecil keluar dari mulut mereka. Aishah sedang leka menajamkan mata anak panahnya. Romeo bersamanya, mengusik Aishah. Sesekali Aishah tersenyum dengan usikan Romeo.

Disatu sudut lagi, Dungun dan Rembau, sedang sibuk memeriksa rifle mereka. Entah apa yang dikatakan oleh Rembau, Dungun hanya mengangguk anggukkan kepalanya. Fatimah pula, sedang termenung, merenung keluar tingkap. Budak memandang sekeliling, Tupai tiada disitu.
Kapten berhenti bercakap dengan Mak bila menyedari Budak sudah keluar dari bilik dia bersolat. Kapten memandang sekeliling, melihat orang orangnya. Kesemua mereka berhenti dari apa yang mereka lakukan tadi. Kapten bangun, mengambil sebuah kerusi yang kosong, dan meletakkannya di tengah tengah ruang tamu itu.

“Budak, kau duduk sini” ujar Kapten. Perlahan lahan Budak berjalan menuju ke kerusi itu, melabuhkan duduknya. Dia memandang sekeliling, melihat orang orang Kapten yang mula membetulkan duduk mereka, mengadapnya. Dia mengalihkan pandangannya ke salah satu tingkap yang ada disitu, bila dia menyedari Tupai sedang melompat masuk ke ruang tamu itu melalui tingkap tersebut.

“Dah?” tanya Romeo kepada Tupai.

“Siap” jawab Tupai. Dia duduk disebelah Romeo, memandang Budak.

Melihat kesemua orang orangnya sudah ada, Kapten memandang Budak. Dia sedar, Budak agak gementar. Dia melemparkan senyuman kepada Budak, cuba menenangkannya.

"Budak... rilek... bertenang... sini semua orang orang baik... jangan risau" kata Kapten, cuba untuk menenangkan Budak.

"Nama aku Kapten... Yang ini, Romeo... Mak kau dah kenalkan?" Budak mengangguk. Kapten kemudian menyambung...

"Yang baru melompat masuk tadi, kitaorang panggil dia Tupai... yang pegang rifle tu, yang topi kebelakang tu, Rembau... yang sebelah dia tu, tu Dungun... Diaorang la yang tembak askar askar General petang tadi..." Budak memerhatikan kearah yang ditunjukkan Kapten. Dia senyum pada Tupai, Rembau dan kemudian Dungun.

"Yang nama Dungun tu, kau jangan kecik hati ngan dia pulak... Dia tu memang tak bercakap... Nak dengar 10 patah perkataan sehari pun susah..." terang Kapten. Dia kemudian menyambung lagi...

"Yang pegang panah tu, nama dia Aishah... Yang sebelah dia tu, Fatimah... Nanti nanti, kau ingatlah nama nama kami ni..." Kapten selesai memperkenalkan rakan rakannya kepada Budak.
"Macammana awak semua boleh kenal sesama sendiri?" tanya Budak pula kepada Kapten

"Aku, Romeo, Rembau, Dungun dulu memang sama sama dalam Angkatan Tentera Malaysia... Mak, kami kenal di MINDEF... Tupai, kami jumpa dirumah anak yatim.. Aishah ni dulunya pemanah negara, kami jumpa dia di kompleks Sukan Negara.. Fatimah pula..." Kapten terdiam. Dia memandang kearah Fatimah sebentar. Dia kemudian menyambung...

"Itu, dia cerita sendirilah nanti kat engkau..."

“Budak, yang kejar kau petang tadi tu, nama dia General. Dia ketua tentera Israel disini. Sekarang kau cerita dengan kami, kenapa seorang ketua tentera nak kejar budak macam kau ni” tanya Kapten kepada Budak.

Budak memandang Kapten. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada semua orang orang Kapten. Diperhatikan mereka seorang demi seorang. Dia memeluk erat beg sandang kecil yang sentiasa dibawanya kemana sahaja.

“Kerana apa yang ada dalam beg ni Kapten. Dalam beg ni, ada Al-Quran. Al-Quran yang terakhir di Malaysia ni” Budak tenang menjawab persoalan Kapten sebentar tadi.

Berubah riak muka Kapten dan orang orangnya mendengar jawapan Budak tadi. Mereka memandang sesama sendiri. Mereka jelas terkejut dengan jawapan itu. Sungguh tidak disangka mereka, jawapan itu yang diberikan Budak.

“Kau biar betul… dalam beg kau tu ada Al-Quran?” Fatimah bertanya. Masih agak kurang percaya dia dengan jawapan Budak tadi.

“Betul …” jawab Budak. Dia membuka zip beg sandang itu, mengeluarkan Al-Quran yang tersimpan didalamnya. Dia menunjukkan Al-Quran itu kepada Kapten dan orang orangnya, memandang mereka seorang demi seorang.

“Eh… memang betul la… kitaorang selama ni memang ada dengar khabar angin, ada satu Al-Quran yang masih terselamat. Kitaorang ingatkan itu propaganda Israel… saja diaorang buat propaganda tu untuk cari alasan menyerang puak utara dan puak Selatan” ujar Tupai, memandang tepat pada Al-Quran yang sedang dipegang Budak.

“Sekarang ni, kau nak kemana?” tanya Kapten.

“Saya nak ke Selatan bang… Ayah saya pesan bawak Al-Quran ni ke sana. Mereka boleh lindungi Al-Quran ni…” jawab Budak.

“Habis tu, kenapa kau boleh sampai ke sini? Sini Timur…” tanya Kapten lagi.

“Ayah saya bang… dia yang tunjukkan arah mana nak lari pada saya masa kampung kami kena serang ngan General hari tu... saya ikut je arah mana yang dia tunjukkan” jawab Budak.

Kapten menoleh memandang Romeo setelah mendengar jawapan Budak. Begitu juga dengan Romeo, dia menoleh memandang Kapten.

“Keluarga kau macammana? Diaorang selamat?” giliran Mak pula bertanya kepada Budak.

Budak menundukkan kepalanya apabila mendengar soalan dari Mak. Riak wajahnya mula bertukar menjadi sedih.

“Saya pun taktau sebenarnya apa yang terjadi kepada mereka… entah hidup, entah tidak. Sebelum saya lari masuk ke hutan tu, saya sempat tengok ke belakang. Saya nampak api bukan main tinggi… bakar rumah rumah situ… yang menjerit minta tolong bukan main ramai lagi…” tersedu sedu Budak menjawab pertanyaan Mak tadi, menahan airmatanya.

Terdiam Kapten dan orang orangnya mendengar jawapan Budak tadi. Ada perasaan geram dan marah mula membuak dalam diri mereka apabila mengenangkan apa yang askar askar General telah lakukan di perkampungan puak Utara.

Budak membuka zip beg sandang miliknya yang satu lagi. Dikeluarkan satu sampul surat berwarna coklat. Dihulurkannya kepada Kapten.

“Ayah saya pesan bang, kalau jumpa orang yang dipanggil Kapten, bagi duit ni, dan mintak tolong hantar saya ke selatan. Dia cakap Kapten akan tolong” ujar Budak.

“Tunggu kejap… aku belum tanya diaorang ni nak tolong kau atau tak” serentak dengan jawapan itu, Kapten bangun, berdiri mengadap orang orangnya.

“Dungun… kau nak?” Dungun hanya menjawab dengan menganggukkan kepalanya…

“Rembau? Kau?” Kapten mengalihkan soalannya kepada Rembau pula.

“Sudah semestinya Kapten… dah lama tak menembak ni… dah bosan hari hari tembak tin jer ni ha…” jawab Rembau sambil tersenyum. Ketawa kecil rakan rakannya yang lain mendengar jawapannya.

“Hahaha… kau ni... Tupai? Kau?” Tupai pula ditanya Kapten.

“Sudah semestinya saya akan ikut Kapten. Tapi dengan syarat, biarkan saya bunuh seberapa banyak askar Israel yang boleh” jawab Tupai.

“Takder hal… rekod kau pun mana ada orang pecahkan lagi. Aishah? Fatimah? Korang nak ikut?”

“Nak Kapten… saya nak pecahkan rekod Tupai… berapa rekod dia sekarang? Dia bunuh 110 askar Israel kan? Nanti lagi ramai saya bunuh” jawab Aishah. Tupai tersenyum mendengar jawapan Aishah tadi.

“Pakai bom mana aci… aku bunuh depan depan tau” Tupai membalas jawapan Aishah tadi.

“Dah dah… nanti korang lawanla siapa paling banyak bunuh. Saya ikut Kapten” Fatimah menyampuk.

“Kalau Mak tak ikut, korang nak makan apa? Siapa nak rawat korang kalau cedera? Siapa nak baiki peralatan korang kalau rosak?
Siapa nak buat bom untuk korang?” Mak menjawab sebelum Kapten sempat bertanya.

“Betul tu Mak, kang kalau kebulur, camna nak lawan General?” sampuk Romeo. Yang lain lain tersenyum dan ada yang tertawa kecil mendengar jawapan Romeo. Tapi tidak Budak. Dia merasa hairan kenapa mereka begitu tenang, sedangkan General sedang menunggu peluang untuk menyerang mereka.

Kapten berpusing mengadap Budak. Diletakkan tangan kirinya di bahu Budak. Bibirnya mengukirkan senyuman.

“Nampaknya, esok kami semua akan bertolak ke selatan, ikut kau” ujar Kapten.

“Terimakasih bang… nah duitnya bang” jawab Budak, sekali lagi menghulurkan sampul surat berwarna coklat tadi.

"Tak payah... kau simpan je duit kau tu... bagi balik pada ayaj kau bila jumpa dia semula nanti... takpun, biar aku je yang bagi pada dia" Kapten menjawab, sambil tersenyum.

"Abang kenal ayah saya ke?" tanya Budak, agak keliru dia dengan jawapan Kapten tadi.

Kapten tidak menjawab pertanyaan Budak. Dia hanya melemparkan satu senyuman kearah Budak. Kemudian, Kapten berpusing dan mengadap rakan rakannya.

“Kita bertolak pagi esok. Sekarang, berehat. Kita perlu pakai banyak tenaga esok ni” ucap Kapten.

Rakan rakannya menggangguk, dan mula meninggalkan ruang tamu itu, menuju ke tempat tidur masing masing. Kapten pula, berjalan kearah Mak. Diajaknya Mak ke luar rumah. Mak hanya mendengar apa yang Kapten cakapkan kepadanya bila mereka sampai diluar. Dia termenung seketika, kemudian menganggukkan kepalanya. Dia berjalan masuk kerumah itu, perlahan lahan berjalan menuju ke tempat tidurnya.

Kapten melabuhkan duduknya diatas sebuah kerusi yang ada di luar rumah itu. Dia hanya merenung kosong dihadapan. Sesekali dia mengalihkan pandangannya kekanan, memerhatikan kawasan perkhemahan General di sempadan pekan itu. Dia menoleh kebelakang, apabila menyedari kehadiran Romeo yang baru sampai, bersandar dibingkai pintu rumah itu, memegang dua cawan minuman panas.

“Nah…” kata Romeo, sambil menghulurkan satu cawan kepada Kapten.

“Terimakasih…” jawab Kapten sambil tangannya menyambut cawan yang diberikan oleh Romeo. Diperhatikan isi cawan itu, dan dia kembali menoleh memandang Romeo.

“Susu? Kau bagi aku susu panas? Kau ingat aku umur 12 ke?” kata Kapten sambil ketawa kecil.

“Aku malas la nak buat air. Ini yang paling senang. Minum je lah” jawab Romeo.

Tersenyum Kapten sambil menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Romeo. Dihirupnya susu panas yang diberikan Romeo tadi. Dia dan Romeo sama sama memerhatikan perkhemahan General.

“Dia saja jer kan, suruh anak dia lalu Timur. Dia tau anak dia akan bertembung dengan kita kalau ikut Timur…” kata Romeo, masih memerhatikan kawasan perkhemahan General.

“Itula pasal, dan dia tau, aku pasti akan tolong anak dia punyalah” balas Kapten.

“Kau rasa dia hidup lagi tak?” tanya Romeo sambil mengalihkan pandangannya kepada Kapten.

“Aku rasa, dia masih hidup lagi. Kau pun taukan, General takkan bunuh dia. Penjarakan mungkin, tapi kalau bunuh, memang tak” jawab Kapten.

Romeo hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar jawapan Kapten. Dia kembali memandang kawasan perkhemahan General. Suasana kembali sunyi diantara dia dan Kapten.

“Eh… tadi aku tak nampak pulak Jahat Berenam dengan General… eh silap, Jahat Berempat dah sekarang….” Romeo memecah kesunyian.

“Hahaha… kurang ajar kau kan… mentang mentanglah dua dari enam tu kita dah bunuh, kau berlagak ya” balas Kapten.

“Siapa yang tinggal eh? Si Ular, Kinetik, Mata Satu ngan Serigala kan? Mana diaorang sekarang eh?” Romeo menyambung perbualan mereka.

“Entahlah… tapi kita kena jaga jaga jugak… mana tau kot kot diaorang pergi bertapa… kang muncul balik, lagi kuat dari dulu” balas Kapten, menundukkan kepalanya ke bawah, memandang lantai. Dia menyambung…

“Kita dah bunuh 2 rakan rakan mereka… perasaan dendam diaorang memang kuat pada kita… yang tu buat diaorang bahaya sekarang ni… lagi bahaya dari dulu… kalau dulu, diaorang ikut cakap kerajaan Israel ja… sekarang, dah jadi personal… dendam diaorang tu akan jadi motivasi untuk bunuh kita. Lagipun, diaorang kalah dulu pun pasal pandang rendah ngan kita, terlampau konfiden…. Angkuh… aku takut nanti kita pulak yang jadi camtu… angkuh dan terlampau konfiden pasal kita pernah kalahkan mereka…”

Romeo tidak menjawab. Dia terus memandang kawasan perkhemahan General. Memang betul apa yang Kapten cakap tadi. Dulu, Jahat Berenam hanya askar upahan, tapi sekarang, dah jadi personal matter.

“Mak macammana? Dia ok ke kita ngan plan kita nak singgah MINDEF esok?” tanya Romeo.

“Dia cakap dia ok… aku dah slow talk ngan dia tadi… dia paham, kita kena singgah sana untuk dapatkan senjata… kita tak cukup senjata kalau nak ke selatan ni” jawab Kapten.

“Tapi kita kena siap sedia jugakla… takut Mak masih trauma… dia tu cakap jer dia ok kalau ke MINDEF, tapi nama pun Mak, dia mesti taknak susahkan kita punya” ujar Romeo. Kapten menganggukkan kepalanya, tanda bersetuju dengan apa yang Romeo katakan.

“Ya la… sebab tu kita panggil dia Mak… dia ada ciri-ciri keibuan tu… Cuma dia ibu yang pakar buat bom la… hahaha” ujar Kapten sambil ketawa, disambut oleh Romeo.

“Ok la, aku masuk tidur dulu… esok kalau nasib baik, kita bertempur… dah gian aku ni… asyik tumbuk punching bag hari hari… dah lama tak pecahkan muka askar Israel ni…” kata Romeo, sambil berpusing dan melangkah masuk kembali ke rumah mereka.

“Ada rezeki, adalah….” Jawab Kapten, sambil bangun dari kerusinya. Dia menoleh sekali lagi kearah kawasan perkhemahan General, sebelum menutup pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience