BAB 6

Mystery & Detective Completed 48037

Esya berkunjung ke rumah Haifa selepas tamat waktu persekolahan.Haifa sudah tiga hari tidak datang ke sekolah.Esya tahu rakan kairibnya itu bukan jenis yang suka ponteng sesuka hati.Pasti ada seba musabab yang membuatkan dia mengambil cuti.Kalau sakit pasti dia sudah memberitahu Esya.Bila ditelefon juga dia tidak menjawab.Cikgu Azhan juga resah dan bersalah memikirkan pertandingan yang hampir tiba.

Setelah sampai di rumah Haifa, Pak Akob menyambutnya dan memberitahu bahawa Haifa berada di dalam biliknya. “Haifa, aku ni Esya. Buka lah pintu. Aku datang ni.” Esya cuba mengetuk pintu bilik Haifa beberapa kali namun hampa. Tiada jawapan atau sahutan.Diam. “Kau tak nak jumpa aku ke?Aku datang jauh, rindu kau tahu?Kau tak kesian ke kat aku Haifa.”Esya sekadar mengumpandan sudah pasti umpannya mengena.Haifa membuka pintu perlahanlahan.Dirinya Nampak tidak terurus. Mukanya cengkung dan matanya sembap.“Kenapa kau ni Haifa?Kau sakit ke?Kenapa tak bagitau aku?”Esya memegang wajah Haifa kerisauan.Haifa menutup dan mengunci biliknya kembali.Mereka berdua berbual di dalam bilik. Haifa menceritakan segla-galanya kepada Esya.Habis sekotak tisu digunakan untuk mengelap air mata dan hingus.Esya sekadar menjadi pendengar yang setia.Sememangnya sekarang Haifa memerlukan teman mencurah rasa. Esya cuba memujuknya untuk kembali ke sekolah. Mengingatkan dengan tarikh peperiksaan yang semakin hampir. Esya juga memujuk akan pergi berjumpa dengan Cikgu Azhan. Haifa kelihatan ceria bila mendengar cadangan Esya. Esya sekadar tersenyum hambar.Mereka berpelukan bersama.

Hari ini masuk hari keempat Haifa tidak menghadirkan diri.Dia mengambil MC cuti sakit katanya.Esya ke sekolah dengan satu tujuan hari ini.mahu bertemu dengan Cikgu Azhan. Dia perlu memujuk Cikgu Azhan untuk menerima cinta Haifa supaya Haifa ingin kembali ke sekolah belajar dan mengikuti pertandingan renang itu.Tetapi otaknya masih berkira-kira bagaimana agaknya dia mahu memujuk Cikgu Azhan sedangkan dia jarang berbual dengan cikgu sasa itu.

“Bakk..”Esya tergolek macam nangka busuk.“Aduh, sakitnya. Eh jalan tu..”Esya mengangkat wajahnya.Dia terkejut lantas tidak berani menyambung caciannya. “Maaf, cikgu tak perasan awak tadi.” Lembut Cikgu Azhan meminta maaf sambil membantunya berdiri.“Eh takpa cikgu. Saya pun salah tak pandang depan tadi. Sibuk mengelamun.” Jujur Esya. “Apa yang awak lamunkan ni? Tak elok tak pelajar asyik mengelamun. Haha.” Cikgu Azhan bergurau. Esya merasakan ini lah masa yang sesuai untuk dia cuba memujuk Cikgu Azhan. “Kalau tak boleh cara halus, aku guna cara kasar.” Rancang Esya. “Sebenarnya cikgu saya ada masalah sikit, cikgu je yang boleh tolong selesaikan.” “Eh masalah apa pula? Em macam nil ah lepas habis kelas datang bilik sukan. Cikgu ada kat sana. Kalau cikgu boleh tolong nanti cikgu tolong.” Balas Cikgu Azhan.

Esya mengangguk dan berlalu kelas sambil tersenyum ceria.“Bagai bulan jatuh ke riba. Dapat terus umpan ni.” Sengih Esya. Cikgu Azhan juga tersenyum sambil berpaling pergi.

Esya tidak sabar ingin menghabiskan kelasnya.Dia ingin berjumpa dengan Cikgu Azhan untuk memujuk.Semuanya demi Haifarakan karibnya yang disayangi itu. Jika bukan kerana Haifa, dia sendiri malas ingin bersemuka dengan guru tersebut.Baginya, Cikgu Azhan itu pelik.Bukan Esya tidak perasan, dirinya sering diperhatikan oleh Cikgu Azhan semasa kelas renang. Guru itu juga tidak kisah jika ada pelajar yang datang megurat atau tergedik-gedik padanya. “Kalau tak nak orang suka tu lain kali janganlah bagi harapan. Meluat je.” Gumam Esya geram.

Selepas loceng terakhir berbunyi, Esya segera mengemas barangnya dan bergerak menuju ke bilik sukan. Misi memujuk Cikgu Azhan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience