BAB 5

Mystery & Detective Completed 48002

“Hari ni cikgu akan ajar awak di dalam air. Sebelum ni cikgu pantau dari luar sahaja. Cikgu nak betulkan skil berenang kamu.” kata Cikgu Azhan kepada Haifa.“Oh, boleh cikgu. Wah makin bagus lah saya lepas ni. Mesti ada peluang nak menang.Kan cikgu?”Haifa tersenyum gembira.Sememangnya inilah yang dinantikan.Berduaan dengan cikgu pujaan hatinya itu.Dia sudah memikirkan keindahan bersama-sama dengan Cikgu Azhan sebentar lagi.Hati kecilnya melonjak kegirangan.

Seperti dijanjikan Cikgu Azhan turut menyalin pakaian renang.Haifa dapat melihat susuk tubuh yang sasa itu.Itulah susuk tubuh yang selalu dimimpi-mimpikannya. Kini berada di depan mata dan sebentar lagi bakal berada di dalam pelukan. Mereka berdua mula turun ke dalam kolam renang.Haifa mempamerkan skil yang positif dan mudah diajar.Kadang kala Haifa sengaja merapatkan diri dengan Cikgu Azhan. Berharap Cikgu Azhan akan tertarik padanya.

“Ops, maaf cikgu terlanggar. Tak sengaja.” Haifa tersenyum manis padahal memang niatnya ingin merasa kehangatan tubuh guru sasa yang mengajarnya itu. Cikgu Azhan hanya tersenyum.Melihat reaksi yang positif Haifa semakin galak menyentuh dan pura-pura menempelkan badan. “Baiklah sekarang cikgu nak tengok cara kamu mengawal pernafasan kamu. Cikgu akan berada di samping kamu untuk mencatat masa okey?”Cikgu Azhan memberikan arahan.Haifa mengangguk dan mula bersedia.

Setelah habis latihan, Haifa berlari lari anak mendapatkan Cikgu Azhan yang sudah berjalan di hadapan.Haifa tekad untuk meluahkan perasaannya kerana dia dapat merasakan Cikgu Azhan juga suka padanya.Cuma karier sebagai guru yang mungkin membataskan niatnya itu. “Alah, dia langsung tak marah aku goda dia. Mesti dia suka aku jugak.” Hati kecil Haifa berpendapat. “Bupp.. Aduh cikgu tolong..” rengek Haifa yang tiba-tiba sahaja tergolek di atas lantai. Mendengar bunyi bagai nangka jatuh itu, Cikgu Azhan lantas berpusing dan terkejut mendapati sekujur tubuh pelajarnya sudah terbaring telentang di atas lantai.

“Macam mana boleh jatuh ni Haifa?”Cikgu Azhan membantunya untuk bangun tetapi Haifa tidak boleh bangun sendiri.“Saya tergelincir cikgu.Mungkin kaki ni terkehel.”Haifa seperti berada dalam kesakitan.“Tak apa lah biar cikgu papah awak sampai bilik sukan. Nanti cikgu cuba carikan minyak.” Cikgu Azhan memapah Haifa hingga tiba di bilik sukan.Tangannya ralit menyelongkar almari mencari peti kecemasan.Beliau berkira-kira pasti ada minyak yang boleh digunakan untuk merawat kaki Haifa. “Ah jumpa! Haifa, awak sekarang ni keutamaan cikgu. Cikgu kena jaga awak betul-betul. Apa apa yang berlaku ke atas awak adalah di bawah tanggungjawab cikgu.” Cikgu Azhan menyapu minyak balsam cap helang itu di pergelangan kaki dan betis Haifa. “Betul ke saya ni penting untuk cikgu?”Hiaifa bersuara.“Mestilah, awak dah jadi sebahagian dari tanggungjawab cikgu.”Cikgu Azhan tersenyum.Haifa secara tibatiba meraih tangan Cikgu Azhan.Meletakkannya di dada, “Cikgu rasa tak degup jantung saya?Sebenarnya saya dah lama menyimpan perasaan terhadap cikgu. Kalau saya ni penting untuk cikgu. Mesti cikgu boleh terima cinta saya kan?” Haifa bersungguh-sungguh meluahkan perasaannya.Cikgu Azhan nampaknya tidak terkejut mendengar pengakuan Haifa. Dia sendiri sudah dapat membaca segala pergerakan yang cuba dipamerkan Haifa untuk menarik perhatiannya. Tipu sahaja jika dia langsung tidak tergoda dan jatuh hati.Haifa adalah gadis yang sempurna, cantik dan pintar.Tubuh badannya juga tidak menghampakan.Menggiurkan lahi – lagi bila berhadapan aksi lentoknya di dalam air.Namun bukan itu yang dicari. Dia masih tahu batas antara seorang guru dan pelajar.Tugasnya disini adalah membimbing Haifa menjadi perenang berjaya.Bukan mengambil kesempatan. Cikgu Azhan tersenyum dan membelai rambut Haifa, perlahan tangannya ditarik dan dia berkata, “Awak cantik dan bijak Haifa, tak ada sebab lelaki nak menolak awak.” Haifa tersenyum malu.“Tapi, sekarang belum masanya lagi. Cikgu tak boleh nak terima cinta kamu tu. Kamu masih ada perjalanan yang jauh.Kamu kena teruskan oerjalanan hidup kamu dan menjadi seorang yang berjaya.Cikgu di sini hanya untuk membimbing kamu Haifa. Kamu ni dah macam adik cikgu sendiri tau.” Cikgu Azhan bergurau.

Nampaknya Haifa bukan senang untuk menerima.Riak air mukanya berubah seratus peratus. Hilang sudah senyum manis di bibirnya. Dia menjarakkan diri tak sangka Cikgu Azhan hanya menganggap dirinya sebagai seorang adik. Beg galas dicapai, kasut dibimbit di tangan. Haifa berlari keluar dari bilik sukan.Air matanya berjujuran.Tidak menyangka bahawa usahanya selama ini hanyalah sia-sia.

Cikgu Azhan mengeluh tapi tersenyum. “Dah agak dah kaki dia tak sakit sebenarnya.” Kalau bukan kerana dia guru sementara, kalau bukan dia pelatih renang pasti hatinya turut menaruh perasaan terhadap Haifa.

Cikgu Azhan kembali menyalin pakaian dan meneruskan kelas seperti biasa. Haifa pula tidak muncul di kelas selepas tamat waktu rehat. Kasihan Esya ditinggalkan sendirian lagi.Kini mereka berdua sama-sama mempunyai rahsia besar. Rahsia buruk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience