BAB 3

Mystery & Detective Completed 48037

“Dah lama aku tak nampak kau waktu rehat. Kau pegi mana sebenarnya Esya?Aku baru nak ajak kau makan sekali.Tiba-tiba je kau hilang.”Haifa menyuarakan isi hatinya. Sememangnya sejak kebelakangan ini, Haifa menghabiskan waktu pagi sebelum rehat dengan berlatih renang. Selepas rehat baru masuk ke kelas. Esya pula sibuk selepas rehat kerana menguruskan koperasi sekolah setelah dilantik sebagai timbalan pengerusi koperasi. “Err, aku sibuk sikit lah. Cikgu panggil uruskan stok baru sampai.Tu yang jarang kita nak jumpa. Tak apa lepas habis kau bertanding, aku pun nak lepaskan jawatan pada junior. Kita boleh sama-sama lagi macam dulu.” Esya menerangkan dengan bersemangat.“Hehe, janji tau! Aku mana ada kawan lain. Aku ada kau je. Rindu tau?” Haifa sengaja bermanja-manja sedikit.Mereka ketawa gembira bersama.

Kata orang, jangan terlalu gembira nanti pasti menangis.Dari belakang koperasi, mata liar itu masih memandang dan memerhati dengan tajam.Di tangannya ada sehelai kain.Dihidu-hidu kain itu seperti menghidu sesuatu yang amat mengasyikkan.“Aku tak akan lepaskan kau Esya. Wangi betul sapu tangan kau ni. Buat aku gila bayang Esya.Gila!” dia tersengih seorang diri dan berlalu pergi.

Setelah tamat waktu rehat, Haifa dipanggil oleh Cikgu Azhan. “Mulai hari ni, latihan awak digandakan. Awak akan turun berlatih pada setiap petang lepas habis kelas tambahan. Boleh Haifa?” soal Cikgu Azhan.Sebenarnya Haifa keberatan kerana selepas habis kelas dia menggunakan waktu itu untuk mengejar semula pelajarannya yang tertinggal.Dia takut pelajarannya terganggu dek minat yang mendalam terhadap sukan renang ini.Melihat wajah ragu Haifa, Cikgu Azhan mula mengelus rambut Haifa dengan lembut.Perlahan-lahan tangannya turun di pinggang Haifa.“Boleh ye Haifa?Demi kebaikan kamu juga. Kamu mesti nak menang kan?” lembut Cikguazhan memujuk. Haifa yang seperti terpukau cepat-cepat menggangguk dan tersenyum.Dia kembali mengingati misinya untuk bersama dengan Cikgu Azhan.“Saya dating lepas kelas nanti. Cikgu tunggu kat kolam ya.” Ujar Haifa sebelum berlalu pergi ke kelas.Cikgu Azhan tersenyum gembira.Bahagia pelajarnya mudah mendengar kata.

Seperti yang dijanjikan pada petang itu, Haifa terus menuju ke kolam renang selepas tamat sesi persekolahan dan kelas tambahan.Nampaknya Cikgu AZhan sudah menunggu. “Cikgu dah lama tunggu ke?” Tanya Haifa polos.Cikgu Azhan Nampak sedikit keletihan.Mukanya berpeluh-peluh dan bajunya tidak kemas. “Tadi cikgu mengemas bilik sukan tu. Maklum lah dah lama tak berusik. Berhabuk banyak.” Terang Cikgu Azhan. Haifa cepat-cepat menukar pakaian renangnya dan mula terjun ke dalam kolam.Semasa sedang berlatih, tiba-tiba kakinya kejang di dalam air.Dia terlupa memanaskan badan sebelum masuk ke dalam kolam. “tolong! Cikgu kaki saya! Tolong!” jerit Haifa terkapai-kapai.Cikgu Azhan tanpa membuang masa, terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkannya.Setelah menarik Haifa keluar dari kolam tersebut, Haifa kelihatan lemah kerana telah tertelan banyak air.Mujur sahaja tidak lemas.

“Haifa awak okey tak?”Cikgu Azhan bersuara risau sambil memangku kepala Haifa.Tanpa diduga, Haifa mengambil kesempatan.Dia terus memeluk Cikgu Azhan dengan erat dan berpuapura menangis. “Cikgu saya minta maaf, saya takut cikgu.” Ujarnya sambil menangis teresakesak. “Tak apa, awak dah selamat ni. Lain kali mesti panaskan badan dulu ya.” Cikgu Azhan memberikan nasihat sambil cuba menenangkan Haifa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience