“Hari ni pun latihan renang juga ke? Naik kecut dah kulit aku ni. Macam mana pula lah aku dengan si Maya tu jugak yang boleh terpilih.Aku ingatkan aku sorang.Melepas peluang aku nak berduaan dengan Cikgu Azhan tu.”Haifa menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada Esya.Baginya Maya merupakan anak orang korporat yang selama ini memang menjadi musuh tradisi.Apa sahaja yang dilakukan oleh Haifa pasti akan diikuti oleh Maya. Hiafa rimas dengan tingkah laku Maya dan terus mengisytiharkannya sebagai musuh ketat. “Ish kau ni, ke situ pulak. Sekurang-kurangnya kau ada lah kawan nak borak.Teman kau latihan.Aku tak lepas ujian renang haritu.Maaf Haifa aku ingat aku dah cukup laju.”Esya sedikit kecewa.
“Alah kau pula nak sentap. Tak apa lah lain kali kau cuba lagi. Kita masuk sesama ya.Pasal Maya tu em nantilah aku cuba fikirkan.”Haifa memeluk Esya sambil bibirnya menguntum senyum sinis.Sudah bermain satu rancangan jahat di kepalanya.Misinya satu, mendapatkan Cikgu Azhan.Sejak pertama kali melihat Cikgu Azhan hatinya sudah terpaut. Haifa bukan jenis gadis lembik yang mudah jatuh hati pada ayat romeo disekolahnya. Katakan saja, apa yang tidak pernah diperoleh dari pelajar lelaki yang meminatinya. Hampir setiap hari, ada bunga dan coklat dihadiahkan bersama surat cinta demi memenangi hatinya. Tetapi Haifa tidak mengendahkan malah memberikan hadiahnya itu kepada rakannya yang lain. Tapi kali ini berbeza, selepas pertemuan pertama dengan Cikgu Azhan dia kerap teringatkan beliau.Nafsu nakalnya sampai terbawa bawa ke dalam mimpi.Dia bertekad mahu menjadikan Cikgu Azhan orang yang istimewa dihatinya. Dia akan memastikan Cikgu Azhan jatuh hati padanya.
Haifa dan Maya jalan beriringan menuju ke kolam renang.Ketika senang memanaskan badan, Haifa sengaja melunjurkan kakinya dibelakang Maya.Apabila Maya berpusing dia hilang keseimbangan dan kemudian tergelincir di tangga kolam.Haifa pur-pura cemas dan memanggil Cikgu Azhan untuk meminta tolong.Cikgu Azhan berlari kea rah mereka dan terkejut melihat kolam mula dibanjiri cecair merah. Darah!
Akibat hentakan di belakang kepalanya, Maya menerima lima jahitan dan kakinya juga terseliuh. Maya terpaksa menarik diri dari pemilihan wakil renang atas ebab tersebut.Haifa berpura-pura sedih dan menunjukkan simpati padahal itulah yang dia mahukan. “Apahal tak mati je perempuan ni.” Gumam Haifa geram.Tetapi tidak mengapa asalkan rancangannya berjalan lancer. Selepas ini, Cikgu Azhan akan menjadi miliknya. Ya, miliknya seorang! Haifa tersengih.
“Haifa, boleh cikgu tahu macam mana Maya boleh terjatuh semalam?” soal Cikgu Azhan ketika Haifa dipanggil ke bilik guru sukan berdekatan dengan padang. Jauh di blok paling belakang. “Maya tu cuai cikgu. Dia berdiri tepi sangat dengan kolam tu. Sebab itulah dia tergelincir, tepi tu kan licin.” Jawab Haifa sambill membuat muka kasihan. “Cikgu pelik juga, selama ni kita latihan tak pernah pula ada kes macam ni. Kesian dia. Dia bersungguh-sungguh nak masuk pertandingan renang ni.” Ujar Cikgu Azhan kesal.
Dia merasakan gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai guru ganti.Dia sepatutnya lebih peka dengan keselamatan pelajarnya.Apatah lagi dia bertanggungjawab dalam pemilihan atlet renang dalam pertandingan kali ini.Dia sedikit terkilan dan kecewa.Haifa bangun dan merapati Cikgu Azhan.Dia merasakan inilah saat yang sesuai untuk dia memulakan rancangannya. Haifa mengusap belakang Cikgu Azhan dan cuba memujuk. Cikgu Azhan sedikit tersentak tetapi tidak menghalang.Mungkin dia juga ingin dipujuk.“Wah, tak marah. Ini satu permulaan yang bagus.” Desis Haifa.Tangannya semakin galak mengelus lembut bahu dan dada Cikgu Azhan.Haifa mula hilang pertimbangan.
Mujur sahaja telefon binbit Cikgu Azhan berbunyi.Dia mematikan niatnya untuk menggoda Cikgu Azhan.“Terima kasih Haifa sebab menenangkan cikgu.Sebelum terlupa, disebabkan awak sorang je yang tinggal.Awak dipilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan kali ini dan awak akan berlatih di bawah saya.”Cikgu Azhan berpesan sebelum segera meninggalkan bilik sukan.Haifa tersenyum bahagia. Selepas ini, apa yang dihajatkannya akan tercapai.
Hajat untuk memiliki hati dan jiwa Cikgu Azhan.Lelaki yang sekarang bertakhta dihatinya.Menjadi pujaan dan sering membuatkan dia hilang pertimbangan. Sasau! Sah Haifa sudah sasau.Angau dengan percintaan pertamanya.
Share this novel