Loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat untuk pelajar sesi pagi. Para pelajar berpusupusu menuju ke kantin dan koperasi sekolah untuk mengisi perut. Seramai lebih kurang enam ratus orang pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima yang telah berjaya melepasi ujian kecergasan fizikal dan peperiksaan bertulis sebelum diterima belajar di sekolah elit tersebut. Sekolah Berprestij Tinggi Tun Abdul Ghaffar merupakan satu sekolah yang amat dikenali di ibu kota. Bukan calang-calang orang yang boleh belajar di situ.
Di kejauhan, kelibat dua orang pelajar gadis bertubuh tinggi lampai sedang berjalan menuju ke koperasi sekolah.Dibelakang mereka terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang berjalan mengikuti langkah mereka.Tidak hairanlah, dua orang gadis yang dimaksudkan tadi adalah Haifa dan Esya.Gadis pintar kelas pertama memiliki susuk tubuh yang ramping dan menawan.Sering menjadi perhatian para pelajar lelaki yang memandang.Sering digilai dan menjadi rebutan sampai suatu ketika pernah berlaku kes bertumbuk di kalangan pelajar senior dan guru kerana berebutkan mereka.
“ Esya, nak makan apa harini? Aku kalau boleh malas lah nak pergi kantin tu, terlampau bersesak. Rasa macam tak boleh nak bernafas pun.” Ulas Haifa sambil memaut lengan sahabat karibnya itu.“ aku tak kisah lah, makan dekat koperasi ni pun dah boleh.” Ujar Esya. Mereka berjalan beriringan sehingga tiba di koperasi.
“ Eh Haifa, Esya nak beli apa?” tegur seorang pelajar lelaki di kaunter koperasi sambil tersengih-sengih. Melihat gelagatnya sahaja sudah tahu pasti dia pun turut meminati mereka.“ Bagi roti kaya tu dua dengan air kotak soya dua.” Balas Haifa.Setelah makanan dan duit bertukar milik, Haifa dan Esya ingin melangkah kembali ke kelas tetapi pelajar lelaki tadi sempat menarik tangan Esya secara tiba-tiba.Esya yang terkejut segera menarik tangannya dan pelajar lelaki tadi tersenyum-senyum sendirian sambil menjeling dengan pandangan penuh makna. Mujur tidak sempat dilihat oleh Haifa, jika tidak pasti Haifa akan mengamuk membela Esya.
Sepanjang berjalan menuju ke kelas Haifa sibuk membebel mengenai guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani mereka yang baru. Sebelum ini, pelajar lelaki dan perempuan akan diasingkan ketika kelas Pendidikan Jasmani. Disebabkan guru pelajar perempuan sedang mengambil cuti bersalin beliau terpaksa digantikan dengan seorang guru ganti baharu.
“ kau rasa cikgu baru kita tu lelaki ke perempuan? Aku tak sabar pulak nak jumpa dia. Kau rasa macam mana Esya?”Haifa masih lagi sibuk berkira-kira hingga tiba di kelas.Esya sekadar mendiamkan diri teringat peristia di koperasi tadi.Sememangnya Esya bukan jenis yang melayan lelaki seperti Haifa.Esya dilahirkan dalam keluarga yang biasa sahaja tetapi disebabkan usaha kerasnya dahulu, dia Berjaya memasuki sekolah elit ini.Berbeza dengan Haifa yang merupakan anak ahli sukan tersohor Malaysia.Ibunya pula merupakan pramugari syarikat penerbangan terkemuka di tanah air. Memang padanlah Haifa mempunyai rupa wajah yang cantik jelita seperti kacukan melayu dan arab. Mempunyai sepasang anak mata berwarna coklat dihiasi bulu mata yang lebat.Hidung yang sedikit mancung dengan bibir comel yang sering dioles dengan gincu merah jambu serta raut wajah yang putih kemerah-merahan. Jika ingin dibandingkan Esya memiliki rupa paras lebih kemelayuan dan sopan. Mempunyai sepasang mata yang bundar, berkulit sawa matang dan berkening tebal.
Setelah habis waktu rehat, kelas seterusnya adalah kelas yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar perempuan kelas 5 Kamil. Mereka bergerak menuju ke bilik persalinan yang terletak di tingkat bawah kelas mereka.Haifa dan Esya juga tidak turut ketinggalan ingin sama-sama melihat siapakah guru baru yang bakal mengajar mereka subjek Pendidikan Jasmani ini.Sedang mereka menyalin pakaian, seorang rakan kelas mereka memberitahu bahawa hari ini terdapat latihan renang bagi memilih wakil sekolah untuk dihantar bertanding.Jadi para pelajar diminta untuk menukar pakaian renang.
Esya mencari pakaian renangnya di dalam loker bilik persalinan tetapi tiada.“Haifa ada Nampak swimsuit aku tak?Rasanya minggu lepas aku dah letak balik dalam ni lepas basuh.”Soal Esya kehairanan.“Tak ada ke?Mungkin kau terlupa letak kot.Kau letak dalam loker kelas ke bukan loker sini.Cuba pergi tengok.”Haifa memberikan pendapat.“Tak apalah aku naik kelas kejap cari. Nanti kau gerak dulu dengan yang lain. Aku lambat sikit.”Ujar Esya sambil berlalu keluar dari bilik persalinan.
“Haaa ada pun dalam loker ni. Tapi pelik, bila masa aku simpan dekat sini?Tak apalah janji dah jumpa sekarang boleh pergi tukar.”Esya kembali semula ke bilik persalinan tetapi malangnya bilik persalinan telah dikunci. Mungkin Haifa terlupa memberitahu rakan yang lain supaya tidak mengunci bilik tersebut kerana dia belum menyalin pakaian renangnya lagi. Tiada pilihan lain, bimbang terlewat Esya terus menuju ke tandas dan menyalin pakaian di sana. Tanpa disedari terdapat sepasang anak mata yang sedang mengekori langkah kakinya.Sepasang anak mata itu memandang penuh makna bagai ada sesuatu.
Esya berlari-lari anak menuruni anak tangga menuju ke kolam renang sekolah. Dia dapat melihat rakan-rakannya yang lain sedang berkumpul di tepi kolam sambil memanaskan badan. Esya lantas berkumpul bersama Haifa dan rakan kelasnya.“Woi nasib baik kau sampai cepat, cikgu bar utu belum dating.Mana entah dia ni hari pertama lagi dah lewat.”Bebel Haifa.Dengan tercungap-tercungap Esya membalas, “Aku rasa dia mungkin ada kelas sebelum kita tu yang ambil masa sikit nak ke sini. Lagipun padang dengan kolam renang ni kan jauh.”
“Selamat pagi pelajar, baiklah dalam kiraan tiga semua mesti berada di dalam air. Satu..Dua..” berebut-rebut kesemua pelajar perempuan itu tadi terjun ke dalam kolam. Terdapat suarasuara kecil yang berkata sesame mereka.“Baiklah, saya akan menjadi guru ganti awak sepanjang cikgu lama kalian bercuti.Nama saya Azhan boleh panggil Cikgu Azhan.” Lelaki 20-an yang berbadan tegap berkulit cerah dengan rupa parah ala ala pelakon Melayu itu memperkenalkan dirinya. Terdapat segelintir pelajar yang sudah mula tersenyum membayangkan guru tampan ini mengajar mereka. Satu suara mengusik, “cikgu dah kahwin ke?” diikuti gelak tawa pelajar yang lain.
Cikgu Azhan tersenyum, “belum lagi, kenapa?Ada yang nak mencuba nasib?Saya terima aje.”Semakin galak para pelajar mengusiknya.Berkocak-kocak air kolam kerana pergerakan mereka.
“kita akan buat kiraan masa bagi kamu semua berenang sejauh 50 meter, siapa yang mendapat kiraan masa terpantas akan disenarai pendekkan dalam pemilihan akan dating. Sedia! Ambil tempat masing-masing silih berganti ya.”Cikgu Azhan memberikan arahan.
“Seronok jugak Cikgu Azhan tu kan Esya? Sempoi je aku tengok.Melayan je pulak tu kita gurau.Ish buat aku geram je.” Seloroh Haifa. “Tulah aku tak sangka pulak yang ganti tu cikgu lelaki. Dia dah lah nak kena ajar kita berenang untuk pemilihan wakil tu. Makin merenyam aku tengok semua.Haha tergilakan cikgu baru tu lah.Macam kau.”Esya mengusik Haifa, mereka berdua ketawa bersama sambil berjalan menuju ke kelas setelah menukar pakaian sekolah semula.
Loceng terakhir berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan pada hari tersebut. Seperti biasa Esya akan pulang bersama dengan Haifa untuk menyiapakan segala kerja sekolah. Memandangkan tahun ini mereka berdua akn menduduki peperiksaan SPM jadi mereka lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran.
“Jom balik, harini aku suruh Pak Akob tunggu awal sikit.Nak pegi beli nasi goreng kampung special kat kedai yang aku suka tu lah.”Haifa memberitahu Esya. “Oh boleh boleh, tapi aku nak pegi tandas kejap kau tunggu kat depan eh. Kejap je nah bawak beg aku. Haha.”Esya lari meninggalkan Haifa. Tanpa disedari sepasang anak mata yang sedari awal lagi sering memerhatikan Esya masih di situ, di tempat yang sama berdekatan dengan tandas pelajar perempuan. Memerhati setiap langkah Esya menuju ke tandas. Sambil terseyum perlahanlahan dia cuba mengekori dengan jarak yang dekat.
“Alah macam mana boleh taka da air pula ni. Aduh tisu pun habis.”Ujar Esya di dalam tandas. Bunyi pintu ditutup di tandas sebelah, bunyi flash tandas digunakan. Esya memberanikan diri menegur ingin mendapatkan tisu.“Maaf, siapa kat sebelah.Boleh minta tisu sikit tak?”Diam tiada jawapan yang diterima.Hanya bunyi titisan air yang kedengaran dari paip yang bocor.Mungkin ketiadaan air ini berpunca dari paip bocor itu fikir Esya.Esya bertanya lagi, “Hello, maaf boleh campakkan tisu tak?Tisu saya habis” “Plangg!”Tisu dicampak dari atas.Esya ingin memarahinya kerana tiada adab sopan namun trfikir akan Haifa yang telah lama menunggu dia membatalkan niatnya. Usai semuanya, Esya segera ingin keluar tandas, melihat ke tandas sebelah sudah tiada sesiapa lagi.“ Aku baru nak ucap terima kasih, kalau tak sebab dia mahu berbau aku tak cuci. Haha.”Esya meninggalkan tandas dan segera mendapatkan Haifa.
Tanpa diketahui disebalik pintu tandas itu ada sepasang mata yang memerhatikan segalanya.Segala yang berlaku di dalam tandas itu terakam kemas.Dia turut tersenyum, “Samasama Esya.”
“Berak batu lah kau ni. Aku berejam tunggu kau kat sini.Cepatlah.”Haifa membebel selepas melihat kelibat Esya.“Hehe maaf lah, tak ada air tadi tu yang gelabah aku.Nasib baik ada orang bagi aku tisu.” Terang Esya. “Orang bagi kau tisu?Siapa?” “Tententen..” bunyi hon kereta Mazda berwarna hitam itu mematikan pertanyaan Haifa.
“Dah jom, kang nasi goreng kampung special kau habis.Jom.”Esya segera menarik tangan Haifa memasuki kereta.“Pak Akob, pergi kedai makan yang Haifa selalu singgah tu eh. Dekat hujung taman sana tu.” Suruh Haifa. Pak Akob mengiyakan sahaja kehendak anak majikannya itu. Pak Akob sememangnya sudah faham benar akan perangai Haifa kerana dia sendiri sudah berkerja dengan keluarga mereka sejak Haifa kecil lagi. Mazda hitam itu meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah sambil diperhatikan seseorang.
Share this novel