BAB 7

Mystery & Detective Completed 48037

“Cikgu Azhan?” esya mengetuk pintu bilik sukan beberapa kali dan menjenguk ke dalam.Tetapi tiada yang menyahut. “Mana pergi pulak lah Cikgu Azhan ni.” Bebel Esya dalam hati.Tiba-tiba pintu dibuka, kelihatan Cikgu Azhan berseluar renang dan tidak berbaju.Mungkin baru sahaja habis kelas tebak Esya. “Maaf Esya, cikgu kemas kat belakang tadi. Tak dengar suara lembut kamu tu.” Jawab Cikgu Azhan tersenyum manis. Esya terus masuk ke dalam bilik sukan.Cikgu Azhan menutup dan mengunci pintu. “Biar tak ada orang ganggu perbincagan kita.” Cikgu Azhan cepat menerangkan stelah melihat wajah Esya yang sedikit berubah.

Esya menganngguk. “Ah tak kisahlah, cepat aku pujuk cikgu ni. Cepat aku keluar. Aku ada janji ni.” Seperti biasa teman lelakinya akan menunggu pada waktu begini di koperasi sekolah. Menjalankan projek seperti biasa.Esya tersenyum.

“okey, cerita apa masalah kamu?” Cikgu Azhan mengambil tempat berhadapan dengan Esya. “Macam ni, cikgu tahu kan Haifa tu kawan baik saya? Cikgu pun tahu dah berapa hari dia tak datang sekolah. Latihan renang pun dia tak pergi kan?” soal Esya. “Betul tu, cikgu pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba berubah.Cikgu harap sangat dia datang latihan. Pertandingan dah tak lama dah.” Cikgu Azhan menyuarakan kekesalannya.“Sebenarnya, Haifa nak cikgu terima cinta dia. Kalau cikgu terima, dia janji akan datang ke sekolah dan jalani latihan macam biasa. Cikgu terima lah dia.” Esya berusaha memujuk.“Cikgu bukan tak nak tapi hati cikgu tak ada untuk dia. Hati cikgu hanya untuk seorang saja wanita. Hanya untuk dia.” Cikgu Azhan akhirnya jujur.“Oh jadi cikgu sedang bercita lah ya?” esya bertanya.Cikgu Azhan mengeluh, “tak.Cikgu dah lama berpisah dengan dia. Tapi hati cikgu belum dapat melupakan dia. Hanum, Siti Hanum Abd Majid.” Esya terkejut besar.Kerusinya terkebelakang sedikit. Riak wajahnya berubah memandang Cikgu Azhan dengan penuh tanda tanya. “Kenapa nama tu…” tergagap-gagap Esya menyusun ayat.

“Iya Esya, mak kamu. Beliau adalah cinta pertama cikgu sejak zaman sekolah lagi.Tapi beliau menolak cinta cikgu semata-mata…” air mata Cikgu Azhan mula berlinang.Esya yang tidak dapat menerima semua ini lantas berlari untuk meninggalkan bilik sukan.Namun pintu bilik itu telah dikunci dan kuncinya hanya terdapat pada Cikgu Azhan.Lelaki yang menjadi guru ganti di sekolahnya.Lelaki yang mengaku pernah mencintai arwah ibunya. “Cikgu buka pintu ni! Saya cakap buka! Apa cikgu merepek ni?” suara Esya bergetar antara takut dan terkejut.

“Bukan ke kita sedang berbincang fasal Haifa? Duduk lah dulu.” Cikgu Azhan tersenyum sambil bangun menarik tangan Esya.Kini Cikgu Azhan sudah berubah wajah.Dia bukan lagi guru yang penuh sopan santun dan lemah lembut ketika bercakap.Semua perkataan yang keluar dari mulutnya hanya berbaur sarkastik seperti ada dendam yang telah lama terpendam.Esya meronta minta dilepaskan.

“cikgu jangan buat hal! Saya jerit kang!” Esya cuba mempertahankan diri.Cikgu Azhan tidak mempedulikan rayuan Esya, baginya inilah masa yang sesuai untuknya membuat perhitungan. Kalau bukan kerana dendam dengan arwah ibunya, dia tidak akan sewenang-wenangnya memalsukan semua sijil mengajarnya untuk diterima menjadi guru ganti di sekolah ini. Usahanya sejak pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini, mengekori kemana jua Esya pergi.Memerhati dengan siapa Esya berkawan semuanya bukan sia-sia. Semua demi dendam lama ini! Cikgu Azhan menolak badan Esya baring terlentang di atas katil balapan lompat tinggi.Tangan Esya dipegang erat.Mana mungkin Esya yang kecil molek itu melepaskan diri.Kaki dan tangannya sudah dikunci kemas oleh lelaki sasa itu. Bukan! Kini pandangan Esya kepadanya bukan sebagai lelaki yang bergelar guru tetapi binatang jantan yang buas!

“Shuhh..janganlah menangis sayang. Ini semua demi ibumu. Aku sayang dia. Aku sanggup buat semuanya untuk dia. Tapi apa dia balas? Dia ikut bapak kau yang tak ada harta tu! Hidup dia susah, banyak kali aku pujuk dia tetap cintakan bapak kau yang miskin tu!” tengking Cikgu Azhan.Air mata Esya semakin laju, tenaganya semakin luntur berlawan dengan gergasi besar ini di atasnya. “Apa kau nak hah? Kau nak bunuh aku? Semua rahsia kau akan terbongkar! Aku akan cakap semua ni pada pengetua!”Esya mengherdik dan meludah.Jijik sekali dia melihat lelaki dihadapannya ini.

“Pangg!” satu tamparan hinggap di pipi kiri Esya.“Kurang ajar! Anak dengan ibu sama je! Menyusahkan orang! Kau nak bagitahu pengetua?Sila lah, tapi sebelum tu tengok ni dulu.”Cikgu Azhan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menayangkan satu video. Video Esya dan teman lelakinya di dalam koperasi, asyik dan leka memadu asmara. Esya sekali lagi tergamam.Kepalanya terasa berpinar.Pandangannya mula kabur. “Woi bangun bangun, tengok lah aksi kau ni. Aku ingat kau hebat belajar je.Atas ranjang pun hebat!” gelak Cikgu Azhan semakin galak.

“Tolong jangan sebarkan.. Tolong..”Esya merayu kepenatan. “Alah kesian dia. Tak sayang cikgu tak akan sebarkan tapi semua ini ada harga!” cikgu Azhan sudah gila! “Cikgu tolong lah terima Haifa, hati cikgu akan terubat bersama Haifa.Cukup lah cikgu berdendam.Ibu saya pun dah lama tak ada.”Esya menggunakan sisa baki tenaga yang tinggal untuk bersuara.

Satu lagi tamparan hinggap di pipi kanan Esya pula.Kini mulutya sudah berdarah.Kelopak matanya sudah banjir.Cikgu Azhan tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience