BAB 8

Mystery & Detective Completed 48037

“Kenapa tiba-tiba nak putus ni sayang?Apa salah I? Kita bahagia je kan?” soal teman lelaki Esya dibelakang sekolah. “I tak boleh nak teruskan dengan you.I dah muak dengan perangai you.Lepasni jangan cari I lagi.”Esya berlalu meninggalkan teman lelakinya.Esya berlari menahan air mata yang hampir tumpah dari tubir matanya.Semua ini dilakukan demi sahabat baiknya Haifa dan demi menjaga maruahnya.Semua terletak pada tangan Cikgu Azhan. Cikgu gila itu!

Selepas pertemuan dengan Cikgu Azhan tempoh hari, Haifa telah kembali ke sekolah.Dia sudah mula menjalankan latihan renangnya seperti biasa.Pertandingan semakin hampir begitu juga dengan peperiksaan SPM mereka.Haifa sudah tidak murung.Kini dia bahagia kerana cintanya diterima oleh Cikgu Azhan.Segala yang dilakukan oleh Haifa kini semua bersama Cikgu Azhan.Haifa juga sudah tidak meluangkan masa bersama dengan Esya lagi.Baginya Cikgu Azhan perlu ditatang bagai minyak yang penuh. Haifa bangga kerana antara ramai-ramai pelajar dan guru wanita yang meminati beliau di sekolah itu, Cikgu Azhan tetap memilih dia. Sekarang ini pun, mereka tidak segan silu berpegangan tangan atau bertepuk tampar di hadapan pelajar lain.

Cikgu Azhan pernah dipanggil ke bilik pengetua untuk dinasihat tetapi macam tiada perubahan.Mungkin sebab beliau hanyalah guru ganti.Perkhidmatan beliau juga hampir tamat sebagai guru sementara. Pelajar lain sudah mula muak dan menyampah dengan gelagat mereka berdua. Kononnya percintaan mereka lah yang paling bahagia.Tetapi mereka semua tidak tahu, ya tidak ada seorang pun tahu.Apa harga yang perlu dibayar oleh Esya demi melihat Haifa bahagia begitu. Harganya besar, lumayan tapi cukup menyakitkan.Perasaan sayang kepada seorang kawan baik kini semakin lama bertukar dendam.Esya tersepit antara maruah dan rakannya.Sakit yang tidak tertanggung ini, terpaksa dipendamkan seorang diri.Esya tiada lagi tempat mengadu.Kini teman lelakinya pun sudah mula menjauhkan diri sejak mereka berdua putus.Esya benar-benar kesunyian.Wajahnya semakin cengkung, tubuhnya semakin kurus dan sering kellihatan tidak bermaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience