Chapter 6

Romance Series 1975

Zharif baring di atas katil dan tangan kirinya diletakkan di atas dahi. Fikirannya terbayang akan kejadian yang berlaku siang tadi. Dia tersenyum sendirian apabila mengingatkan gadis yang dilanggarnya. Zharif sedar yang sebenarnya dirinya sendiri yang salah. Tetapi ego menghalang dirinya dari meminta maaf.

'Teruknya aku ni. Siap suruh dia ganti lagi. Haih.' bisik Zharif sendirian dan mengeluh perlahan.

TOK TOK TOK "Rif, mari makan. Umi dah siap masak tu." ajak Zhafira Hanani, kakaknya.

"Sekejap. Nanti Rif turun."

"Okey. Kakak turun dulu."

Zharif bingkas bangun dari pembaringan. Langkah diatur menuju ke arah pintu bilik dan dengan segera Zharif keluar. Dari atas sudah kelihatan keluarganya yang telah berkumpul di meja makan. Zharif tersenyum segaris.

"Zharif..kamu tunggu apa lagi tu? Cepatlah turun. Nanti sejuk tak sedap pulak. Hish budak ni.." bebel umi.

Zharif tersengih mendengarnya. "Ye umi. Rif datanglah ni."

Umi menjeling Zharif yang mendekatinya. Zharif memeluk bahu umi kesayangan, lalu di dudukkan di atas kerusi dan Zharif pun bergerak menuju ke singki dapur untuk membasuh tangan.

"Cepatlah abang. Hanis dah lapar ni. Tunggu abang minggu depan pun belum tentu boleh makan. Ish!" rungut si adik bongsu, Zhaqiera Hanis.

"Ye ye. Kan abang dah datang ni. Sabar. Tak larinya makanan tu.." balas Zharif lalu duduk di sebelah Hanis.

Hanis menjeling tajam ke arah abangnya yang suka sangat mengusiknya. Zharif tersengih memandang wajah adiknya yang sedang menahan geram terhadap dirinya. Baru sahaja tangan Hanis bergerak ingin mencubit abangnya itu, satu suara menegur mereka berdua.

"Sudah sudahlah tu. Eish kamu berdua ni,pantang jumpa mesti nak bergaduh. Dah sekarang ni kita makan. Lagipun tak elok bergaduh depan rezeki." abah mereka bersuara bagi menghentikan pergaduhan Zharif dan Hanis. Zharif dan Hanis tersengih memandang abah mereka, Dato' Zainal Hanafi.

"Hehe. Sorry abah." balas Zharif sambil menjeling adiknya di sebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience