Chapter 7

Romance Series 1975

Sudah seminggu berlalu sejak berlaku pelanggaran ku dengan mamat baju kemeja hitam putih tu. Huh! Tak mungkin aku lupakan kejadian pahit tu dari memori aku ni. Harap harap tak jumpa dia dah lepas ni. Kalau tak memang gelap masa depan aku.

"Ooii....dah berangan sampai mana tu..cik Aireen...tak nak ajak aku sekali ke..?"

"......"

Soalan Fia dibalas sepi. Krik krik. 'Ish...budak ni dah sampai Musytari ke? Aku tanya boleh dia senyap je..?! Nak kena ni.' desis hati Fia.

PAP! Fia menepuk meja dengan kuat. Tersentak aku dibuatnya. Haih... kurus semangat.

"Kau ni dah kenapa beb? Mengamuk pagi pagi ni. Tak elok tau. Nanti rezeki kau habis terbang dibawa angin monsun tropika." ujar ku, geram dengan tindakan Fia.

"Eh wah eh wah eh wah...ayat kau kemain lagi erh? Eh cik Aireen, aku tegur kau boleh kau buat derk je? Geram aku tahu tak? Aku dari tadi lagi ajak kau pergi dewan kuliah, kau pulak sibuk layan perasaan. Haih. Jomlah Reny...dah lambat ni...Nanti kena marah pulak." balas Fia panjang lebar.

Alamak! Dah la kelas Sir Ilham. Habislah aku...

"Sorry Fia. Aku tak perasan. Jomlah."

"Nasib kau ni BFF aku. Kalau tak, aku ingat nak biar je kau dekat sini." kata Fia, geram.

"I'm sorry okay? Dah la tu. Jom cepat." kata ku pula dan mula berlari ke tempat yang dituju. Fia berlari mengikutiku.

Selepas habis kelas, aku pergi ke mall untuk ke kedai buku. Nak beli pen dan novel. Hari tu aku ada belikan Fia novel, tapi untuk aku, aku tak beli pun. Tak ada yang berkenan. Manalah tahu hari ni aku jumpa novel best best. Hehe.

Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk, aku sudah nampak pen yang diinginkan. Segera aku melangkah ke arah pen itu. Belum sempat tangan ku mengambil pen tersebut, satu tangan telah mengambilnya dahulu. Aku terkejut. Lantas aku berpaling ke sebelah kiriku untuk melihat siapakah gerangan yang berani ambil pen tu. Dah la yang tu last. Huaaa...

Cuba korang teka siapa yang ambil pen aku tu. 'Ehh tolong sikit erh? Kau tak bayar pun lagi pen tu. Jadi..pen tu bukan yang kau punya.' bisik hatiku.

Apa apa je lah. Nak tahu siapa? Orang tu ialah manusia yang aku harap sangat tak akan muncul depan aku atas dunia ni.

"Ehem. Encik, pen tu saya yang punya. Boleh bagi balik tak?" pinta ku perlahan.

"Eh, yang cik punya ke? Tapi saya tak nampak pun nama cik dekat pen ni. So pen ni saya punya." balasnya pula.

"Tapi masalahnya saya yang nampak dulu pen tu. Jadi pen tu saya punyalah!" balasku geram.

"Mana boleh macam tu. Saya yang ambil dulukan."

"Ikut suka encik lah. Saya malas nak layan orang macam encik ni." kata ku dan dengan segera aku berlalu meninggalkannya di situ.

Aku mengatur langkah menuju ke rak rak buku yang menempatkan pelbagai jenis novel. Aku mengambil sebuah novel yang bertajuk Promise karya Ateen Khalid. Dibaca sinopsis di bahagian belakang buku sekilas. Nampak macam best je. Ambiklah.

Tangan ku mencapai lagi sebuah novel yang bertajuk Signal Hati tulisan Sha Ibrahim. Kedua dua buku yang ku pilih merupakan terbitan kaki novel. Best tau. Tak percaya? Cubalah beli. Hehe.

Aku merasakan diriku seakan diperhatikan oleh seseorang. Seraya itu mata ku meliar memerhatikan keadaan sekeliling.

'Huh...dia ni ke? Berapa kali aku nak TERserempak dengan mamat ni..Ya Allah...sakit hati betul!' komen ku sendirian.

"Ehem. Boleh saya tahu nama cik apa?" tanya si jejaka.

Aku menjeling tajam ke arahnya.

"Buat apa nak tahu? Saya bukannya kenal encik pun." balas ku.

"Sebab tak kenallah saya nak tahu nama cik apa. Mana tahu boleh jadi kawan ke?" katanya pula.

"Okeylah. You can call me Ren." balasku, secara ringkas. Malaslah nak kenalkan diri betul betul depan mamat ni. Sikit je pun jadilah.

"Ouh okey. Btw my name is Zharif Haiqal. Cik boleh panggil saya Rif." ujar Zharif lalu tersenyum.

"Okey Zharif. Nice to meet you again. Saya tak boleh lama lama ni. Saya nak ke tempat lain pulak ni. So excuse me." kata ku sambil tersenyum sedikit.

"Nice to meet you too. Kalau macam tu tak apalah. Bye. See you again."

Aku menggangguk dan segera berjalan menuju ke arah kaunter untuk membayar buku buku yang telah ku pilih sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience