Chapter 3

Romance Series 1975

Tepat pukul 2 petang,aku tiba di tempat yang dijanjikan. Aku segera matikan enjin kereta dan keluar untuk mencari Fia. Dari jauh kelihatan seorang gadis yang ayu bertudung bawal dengan muka yang masam akibat lama menunggu. Dengan pantas aku mendekatinya.

"Beb... sorry...aku lambat. Aku tahu aku salah. Sebagai tanda maaf atas kesalahan aku ni..aku belanja kau makan erh? Sorry tau." kataku sambil membuat mimik muka yang comel.

"Betul ni kau nak belanja aku? Kau tahu tak,dekat sejam aku terpacak dekat sini sambil tengok orang lalu lalang. Macam tiang elektrik pun ada aku rasa." ujar Fia lalu mengeluh perlahan.

"Ye...betul. Jomlah masuk. Takkan nak buat drama sedih pulak kat sini. Orang tengok pun pelik."aku berkata sambil ketawa kecil.

"Betul jugak tu. Hehehe."

Kami masuk ke dalam sambil mencari restoran untuk mengisi perut yang dah berbunyi. Fia memilih restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang lazat. Segera aku mengikuti langkah Fia yang mendahuluiku. Betul betul lapar minah ni. Spontan kepalaku tergeleng-geleng melihat telatah Fia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience