Chapter 14

Romance Series 1975

Kami tiba tepat pada masanya. Dari jauh aku sudah nampak kelibat sepupuku itu yang juga merangkap kawan baik aku dan Fia.

Mata Fia membulat apabila perasan akan kehadiran si dia lantas berlari menuju ke arahnya. Aku hanya tersenyum melihat Fia yang kebudak-budakan.

Fia memeluk si gerangan dengan erat sehingga aku turut mendengar si dia meminta untuk dilepaskan. Aku tertawa melihatnya. Over lah si Fia ni.

"Aduh Fia...sakitlah! Lepaslah...lemas aku dibuatnya.." marah si dia.

"Sorry sorry. Aku tak sengaja. Excited kot dapat jumpa kau semula." balas Fia dengan girang.

Kami berdua tersenyum melihat gelagat Fia yang melebih lebih itu.

"Aku tahu. Tapi tak payahlah kuat sangat. Sakit tau." ujarnya sambil menarik muka masam.

"Apa pasal kau bawa dia ni..Reny ooiii...tengok apa dah jadi. Aku yang letih ni makin letih dibuatnya." katanya sambil memandang ke arah ku.

Aku membuat simbol 'peace' bagi membalas kata-katanya. Hehe. Nasib kau lah Arin...

Sepupu aku ni namanya Arysha Mardina. Kami panggil dia, Arin.

"Ehh...jom pergi makan. Aku dah rasa lapar ni. Beg kau ni biar aku yang bawakan erh..." ujar Fia yang tetiba baik hati nak tolong bawakan beg Arin.

"Hmm...ok jugak. Kita nak makan dekat mana ni? Aku ikut je." pelawaan si Fia disambut dengan senang hati oleh Arin. Aku hanya mengikuti langkah mereka berdua. Malas mahu menyampuk. Biar diorang ni je lah pilih nak makan dekat mana-mana sekalipun. Aku dah kenyang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience