Chapter 10

Romance Series 1975

Zharif berjalan menuju ke kedai yang menjual pelbagai jenis ais krim. Dirinya terasa ingin makan makanan yang manis dan sejuk.

Langkah diatur menuju ke kaunter untuk memesan ais krim yang diinginkannya. Setelah selesai membayar ais krim, Zharif berjalan menuju ke meja berhampiran.

Matanya tertancap pada seseorang yang memakai shawl yang berwarna kuning cair. Zharif tergamam.

'Dia!'

"Fia...lama lagi ke kau nak makan ais krim tu...? Dah pukul berapa ni... Kau tak nak balik lagi ke?" soalku kepadanya.

" Sabarlah...ais krim ni sejuk kot. Nak makan laju laju kan tercekik pulak.." balas Fia.

" Tercekik lah sangat. Cepat sikit. Aku takut mama aku bising nanti kalau balik lambat sangat." ujarku pula.

" Owh...ok. Jap. Sikit je lagi ni..."

" Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam." 'Ni siapa pula yang beri salam dekat aku dengan Fia ni..?' desis hatiku.

Aku berpaling ke belakang. Aku tergamam. Arrgghhh......dia ni lagi....!!!

" Ya..ada apa?"soal ku dengan terpaksa. Nampaknya si Fia ni tak cam lagi siapa lelaki ni..

Tanpa sempat si dia ni membalas, Fia menyampuk.

" Ehhh...encik ni siapa? Macam pernah saya nampak...Tapi dekat mana erhh?" tanya Fia sambil cuba mengingati di mana dia pernah jumpa lelaki ni.

'Habislah kalau Fia ingat. Mahu gunung berapi ni meletus nanti.' bisikku di dalam hati.

" Err..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience