Chapter 4

Romance Series 1975

Aku dan Fia memilih untuk makan nasi ayam goreng. Aku minum air jus tembikai manakala Fia lebih selesa dengan air teh peng kegemarannya itu.

"Reny...lepas ni kita nak pergi mana dulu? Pergi butik ke? Atau tengok wayang ke? Okey jugak." soal Fia kepadaku.

Aku berhenti menyuap. Hmmm...nak pergi mana dulu erh? Aku terfikir sejenak.

"Entahlah. Kau nak pergi yang mana satu? Aku okey je mana mana pun."

"Kalau macam tu kita tengok wayang dululah. Sebab kalau kita shopping dulu mesti ada barang kan? Takkan nak buat masuk panggung kot." jawab Fia.

"Hmmm okey jugak tu. Eh..aku pergi bayar jap erh. Kau habiskan makanan tu dulu okey?"

"Baik boss." gurau Fia.

Aku tersenyum nipis. Ketika aku sedang berjalan menuju ke arah kaunter,tiba tiba aku terasa bahuku dilanggar.

Ya, terlanggar. Seorang lelaki yang memakai baju kemeja yang berwarna hitam putih telah melanggarku. Habis bajuku basah terkena air minuman si lelaki tersebut. Arhhh baju aku!!!! Macam mana ni weh.....

Merah padam muka lelaki itu. Bajunya turut terkena tumpahan airnya itu. Tapi sikit je lah. Tak seteruk baju yang dipakai olehku.

"Hello cik. Cik letak mata cik kat mana erh? Ni macam mana ni? Habis baju saya basah. Air ni pun,siapa nak ganti? Saya tak kira,saya nak cik belikan semula air tadi dan ganti rugi untuk baju saya yang dah bertukar warna ni." katanya sambil menahan geram dan marah.

"Saya mintak maaf encik. Saya tak sengaja." balas ku walaupun bukan salah aku. Malas aku nak layan dia ni. Tambah pulak aku yang haters kaum Adam ni. Haih lah nasib....

"Tahu pun salah cik. Saya nak cik jugak yang bayar. Now!" ujarnya tegas.

Malas panjangkan pertelingkahan, aku pun mengeluarkan sejumlah wang dari beg tangan yang digalasku.

Baru sahaja aku mengeluarkan purse,Fia mendekati ku dan menghalang ku dari membayar ganti rugi tersebut. Aku menjongketkan kening,bertanya secara isyarat kepada Fia.

Fia menggelengkan kepalanya yang bermaksud 'Jangan bayar Reny...Bukan salah kau pun kan?'

Aku tersenyum hambar. Aku masih berkeras nak bayar. Sorry Fia.

'Eihhh....kenapa pulak Reny yang kena bayar? Salah lelaki tu. Kenapa sahabatnya pula yang kena bayar? Sakit hati pulak aku dengan mamat bajet macho ni. Menyampah!' desis hati Fia yang geram melihat situasi tersebut.

Aku tetap bayar walaupun Fia menegah perbuatan ku itu. Nasib aku Fia..nak buat macam mana lagi.

Sebaik wang bertukar tangan,aku segera meminta diri dan memohon maaf sekali lagi dengan lelaki itu. Aku meminta dia membeli sendiri air yang telah tumpah akibat perlanggaran kami berdua kerana aku sendiri tidak pasti air apakah yang diminumnya tadi.

Aku menarik tangan Fia untuk beredar dari situ. Malu kot...ramai yang tengok. Tambah pulak baju aku yang dah tak serupa baju ni. Nasib Fia dah tolong bayarkan makanan tadi.

Aku menoleh ke arah Fia yang membatu sedari tadi. Rupanya Fia tengah menjeling tajam ke arah lelaki tadi. Tergelak aku melihat kerenahnya.

"Fia...sorry tau pasal tadi. Salah aku jugak yang tak tengok sekeliling. Nanti aku belanja kau erh? Lebur janji aku nak belanja kau makan. Last last kau pulak yang pergi bayar."

"Tak ada apalah beb. Kau kawan aku kan. Tak belanja pun tak apa. Ni..kau pergi tandas erh. Aku nak pergi sana jap." jari Fia menunjukkan ke arah satu tempat.

"Okey. Aku tunggu kau kat tandas erh. Aku pergi dulu. Malulah orang tengok baju aku ni. Melekat dekat badan." ujar ku.

Fia mengangguk sedikit lalu berjalan meninggalkan ku. Kaki ku segera menghala ke arah tandas yang berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience