Chapter 5

Romance Series 1975

Aku membasuh bajuku yang melekit apabila sampai di tandas. Boleh tahan teruk jugak. Haih...baju ni lawa kot. Sedihnya...Dah lah mama yang belikan.

Sedang asyik melayan perasaan,Fia melangkah masuk ke dalam tandas dan di tangannya terdapat satu beg kertas. Beg kertas itu dihulurkan kepada ku.

"Apa ni Fia?" tanya ku dalam keadaan terpinga-pinga.

"Bukalah." katanya sambil tersenyum lebar.

Aku mengeluarkan isi yang ada dalam beg kertas itu. Aku tergamam. Terkejut pun ya juga.

"Fiaaa...apa nii...susahkan kau je..."rasa nak nangis je..terharu sangat.

"Apalah kau ni. Hal kecil je pun. Mana ada susah. Kau ni kan bff aku. Tak ada hal lah." balas Fia sambil membuka pili paip untuk membasuh tangan.

"Terima kasih Fia. Kaulah sahabat dunia akhirat aku."

"Dah dah. Pergi tukar cepat. Hish dia ni..nak buat drama air mata pulak. Dah cepat." arahnya kepadaku.

Aku tergelak. Alah...baru nak acah acah feeling dia ni...lantas kaki dihayun masuk ke dalam tandas dan pintu ditutup rapat.

Sebaik sahaja selesai,aku melangkah keluar dari tandas dan melihat Fia yang asyik menghadap telefon pintarnya.

"Kau buat apa tu? Sampai aku keluar pun kau tak perasan."

"Aku tengah baca ni ha. Sedih betul cerita dia. Nasib tak nangis lagi. Kalau tak buat malu je nangis depan kau." balasnya sambil tersengih melihat ke arah ku.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Seram pulak aku tengok kau ni. Ish."

"Boleh tahan cantik baju aku beli kat kau ni. Pandai jugak aku pilih. Hehehe."

Sambil menilik baju yang tersarung di badan sendiri, aku tersenyum puas. Memang baju ni cantik pun. Harap harganya tak lah 'cantik' sangat. Masak aku nak kena bayar balik nanti.

"Dah la tu Fia. Kita nak pergi mana ni? Kalau nak tengok wayang rasanya cancel lah kot. Ni dah pukul berapa ni. Jom pergi shopping baju dengan buku. Aku belanja kau erh. Lagi pun dah lama aku tak baca novel."

"Okey juga kalau macam tu. Tengok wayang tu lain kali pun boleh. Jom. Aku pun dah lama tak usha novel." ujar Fia yang beriringan dengan ku. Tersenyum lebar aku dibuatnya dengan persetujuan Fia.

"Thanks Fia untuk hari ni. Aku hargai sangat sangat pertolongan kau tu. Again, thanks beb."

"You're welcome dear. Thanks juga untuk hari ni. Kalau tak mesti dah berkulat kat rumah tu tak tahu nak buat apa." kata Fia lalu tergelak.

"Hahahaha...sama." Serentak kami ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience