BAB 7

Romance Completed 6833

Lelaki duduk di atas bangku,melihat orang ramai yang lalu lalang dihadapannya,berharap semoga ada diantara wajah-wajah dihadapannya itu ialah Gadis,tapi hampa,semua tu cuma harapan semata.Matanya tiba-tiba terpaku pada satu pasangan yang sedang makan aiskrim dihadapan bangkunya.Dia seperti pernah melihat perempuan yang memakai skaf itu,disisi seorang jejaka yang tak kurang kacaknya.Apakah itu Gadis? Terlentok di bahu lelaki itu.Gadis…abang terluka!

Lelaki menghampiri pasangan itu,memang sah itu Gadis.Mana mungkin dia dapat melupakan wajah Gadis yang sentiasa menemani tidur malamnya.Apabila menghampiri pasangan itu dia bersuara.

“Gadis…” Perempuan itu menoleh,memandang tepat pada matanya,mata hitam pekat itu tak mungkin dapat dilupakan oleh Lelaki.

“Ya encik , ada apa? Boleh saya bantu?”Eh mamat nie,apahal,tiba-tiba aje datang sini,mengganggu ketenteraman awam betul. Eh melutut pulak,apahal mamat ni,nak bersandiwara apa pulak. Rizal menggelengkan kepalanya,melihat gelagat lelaki yang berada dihadapannya ini.

“Gadis,” Lelaki bersuara,perempuan itu masih menundukkan kepalanya

“Abang tau nie Gadis,kenapa tak nak pandang abang, sayang?”

Lelaki merintih,tidakkah Gadis tau yang aku benar-benar sayangkan dia? Rizal memandang sandiwara itu dengan dahi yang berkerut,siapa lelaki ini? Akhirnya Gadis mengangkat muka,tak tega dia untuk memandang tampang Lelaki itu,kekasih yang amat dirinduinya dengan sepenuh jiwa raganya.

“Gadis kenal ke siapa nie?” Rizal bertanya. Gadis mengangguk.Lelaki cuba memegang tangan Gadis.

“Jangan sentuh saya!” Tegas suara itu.Terkesima Lelaki apabila mendengarnya,suara itu keras dan serak.Gadis….mana suara manja sayang? Mana suara cinta yang membuatkan abang makan tak kenyang?

Rizal bangun dan menarik Lelaki ke belakang.Sedang ingin memulakan perbualan,terlihat Gadis yang sudah terkulai,Gadis pengsan!

“Saya tak tau….” Lelaki menggumam sambil mengeluh berat.

“Hm…thats the true story,she’s dying Lelaki,soon,very soon,” Rizal bersuara lagi.

“Saya tak tau yang dia tinggalkan saya sebab nie,”

“Hm…entah la Lelaki, i think you should read this,”

Rizal menghulurkan diari merah hati milik Gadis,lalu meninggalkan Lelaki disitu,disisi Gadis yang masih belum sedarkan diri.Lelaki duduk di kerusi,lalu membuka helaian pertama diari itu.Fotonya bersama Gadis semasa menyambut ulang tahun pertama perkenalan mereka,mereka menyambut bersama kawan-kawan di Genting Highland.Betapa indahnya kenangan itu,apatah lagi apabila melihat coretan dibawah foto itu, ‘you’re the one and only,eternal forever’

Abangkah yang buta Gadis?

Terlukakah abang?

26/10/05

Hari ni aku mengenali seorang lelaki,entah dari planet mana jatuhnya aku pun tak tau… yang pasti hatiku dipikat dan ingin meneruskan perkenalan ini.Nice to meet you….Lelaki!

09/02/06

At last,hari nie kiteorang declare as couple.Walaupun ada kawan-kawan aku yang tak suka pada dia,maybe jarak umur atau…apa ek? Entah…aku tak kisah.He’s perfect for me.Lelaki…thanks to be in my life!

15/03/06

Hari first cuti semester,Lelaki bawak aku keluar jenjalan.Dia bawak aku naik ‘eye on malaysia’ . Cutenya dia,satu tangan pegang patung pooh kesukaan aku dan satu tangan lagi pegang aiskrim kegemaran aku.Lelaki….betapa saya sayang abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience