BAB 2

Romance Completed 6833

“Abang sayang dia? Juz simple question bang..”

Perlahan aku melihat tampang itu mengangguk. Aduh, luka itu terguris lebih dalam,sebak mula bertamu di jiwa.

“Abang memang nak tunggu dia ke?” Bergetar suara itu

Lambat dia menjawab, “Ya sayang….”

“Abang…kalau betul abang nak tunggu dia, dan masih mengejar dia,mengharap cinta dia, abang pergilah”

Berkerut dahi lelaki itu

Gadis itu menyambung lagi, “Saya akan pergi dari hidup abang ,supaya lebih mudah untuk abang menumpukan pada dia sahaja”

“Tapi sayang….” lelaki itu cuba memotong

“Tak ada tapi bang..izinkan saya pergi,saya cukup terseksa hidup macam nie,” Ya Allah tabahkan jiwaku,suara itu makin menggeletar. “Tak perlulah abang risaukan saya , saya masih muda,perjalanan hidup saya masih panjang, Insya Allah mungkin ada orang lain untuk saya,saya redha bang,”

“Sayang….” Roman lelaki itu berubah, tidak ada senyuman,mendung muncul di wajah itu. Terlukakah dia ? Ah,takkan mungkin dia terluka , selama ini dia mana ada perasaan.

“Usahalah bang, kalau abang betul-betul ikhlas nak dapatkan dia dan jujur pada cinta abang , Insya Allah dia untuk abang, abang jangan kecewakan dia,jangan buat dia sakit, saya doakan abang dari jauh. Kalau nanti abang nak kahwin jangan lupa jemput saya”

Gadis tergelak,ketawa yang agak sumbang di pendengaran. Tanpa sedar setitis air mata mengalir di sudut matanya

Lelaki itu tak bersuara hanya menatap dengan pandangan mata tajam pada gadis,tak diketahui apa yang ada difikirannya sekarang.

“Mulai hari ini ingatlah saya sebagai adik abang bukan kekasih abang” gadis mulai tenang

“Terima kasih segalanya atas apa yang telah abang lakukan pada saya,menjaga saya dan maafkan saya untuk segala kekurangan dan kelemahan saya yang telah membuat abang sakit…” keluhan panjang terluah dari mulut gadis,masing-masing menatap wajah tanpa sebarang kata yang terucap.

“Bang..dah lewat ni saya nak balik,”

“Sayang…abang nak tanya sesuatu,”

“Ye bang..”

“Sayang dah tak sayang abang ke?”

“Bukan tak sayang bang,tapi itulah yang terbaik untuk kita berdua,untuk abang,”

Gadis bangun, “Saya balik dulu bang,Assalamualaikum,”

Tenang Gadis melangkah pergi.Lelaki tersandar pada kerusi. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ni….

Sedang menunggu LRT, tanpa sedar air mata seorang Gadis mengalir jua,laju tanpa batasan.Menangislah Gadis,semoga dapat menghapuskan kepiluan di hati.Bukankah air mata itu anugerah terindah untuk wanita,di saat suka dan dukanya.

Tuhan,tabahkan hatiku,sudah lama aku mengambil masa untuk mewaraskan fikiranku dan aku menyedari yang inilah jalan terbaik untuk aku.Tuhan bantu aku untuk lupakan dia,tenangkan jiwaku,restuilah jalan yang kupilih ini.Tuhan luputkan cintaku padanya,semoga cintaku padaMu akan lebih bertambah.Tuhan tolong hambaMu ini.

Dah berpuluh-puluh kali aku menelefon,handset di offkan,mesej dah berpuluh-puluh dihantar tapi tak berbalas.Kemana Gadis,sayang… dia serius ke dengan apa yang dia cakap tu,tapi….hm..entah la..seorang Lelaki terbaring di atas katil…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience